Wednesday, January 25, 2012

let him to HIM:)

bila dia menjauh
bila masa membina jarak
dan jarak membina tembok
jangan pernah lupa
bahawa kita pernah bertanya pada DIA tentang dia
jangan pernah lupa
bahawa kita pernah meminta
agar DIA jauhkan kita
bila dia bukan untuk kita
maka..
bila dia semakin jauh
mungkin ini petunjuk dariNYA
belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri
belajarlah menerima dengan redha dan lapang dada
kerana aturan DIA lebih indah dan baik dari yang dijangka
jangan pernah lupa
semua hanya boleh berlaku dengan izin dan redhaNYA
maka bila bukan namanya yang tertulis dalam rencanaNYA
maka..,
biarlah DIA menjarakkan dia dari kita:)

Monday, January 23, 2012

alangkah ruginya kita::


Ramai berlumba-lumba nak jadi ‘SOLEH SOLEHAH’ tapi sayang,niat bukan kerana Allah,tapi niat semata-mata untuk mendapat pasangan yang ‘SOLEH SOLEHAH’.
Rugilah kita,kerana dunia,kita berubah,kerana dunia,kita usaha,kerana dunia kita berkorban tapi tidak bertunjangkan lillahi Ta’ala.Alangkah ruginya kerana kita tidak usaha untuk cuba rasai nikmat CINTA ALLAH.Tapi hanya cinta makhluknya yang kita dambakan.Rugi,serugi,ruginya..
"

Saturday, January 21, 2012

KMPh DAN KSKB

travelog HATI DHAIF::

NUR ADILA SAIFUL BAHRI::

pesanmu dulu
kita di haluan yang sama
meski kita jauh hati kita tetap satu.

pesanmu dulu
berpisah kita di sana
bertemu kita di sini
dan akhirnya
aku pergi lagi
moga di JANNAH
terminal terakhir kita

HARWANI OMAR::

pandangan pertama
tak memberi erti
aku aku
dan kamu hanyalah kamu

berbicara hanya sekali
akhirnya menemukan kita di tempat terasing
meski baru bertaaruf
aku seakan dirimu
dan dirimu bermakna bagiku.

HARWANI
dirimu cerminan diriku kini
kerana kita adalah hati-hati
yang bersatu demi rabitahNYA
kini langkah kita makin sukar
bukan kerana fikrah kita berbeza
tapi fitrah menyaksikan
betapa banyaknya hati-hati
yang makin menjauh dariNYA

hari ini
aku melihat banyaknya bunga-bunga yang layu
hari ini
haruman indah itu makin berbau
bukan aku yang gagal
tapi diriku lemah

ADILA
langkah kta tak lagi satu
di saat betapa aku perlukan semangat juang darimu
ALLAH mentakdirkan aku
makin jauh darimu..
aku tak mengerti dulu
dan akhirnya aku mengerti kini

adanya aku di sini
adalah keranaNYA

perjuangan aku yang tak kesampaian di sana
akan ku teruskan di sini

meski lelah
meski rebah

demi ALLAH!
aku kuat!
demi RASULULLAH!
takkan aku mengalah!!

HARWANI..pegang erat tanganku.jangan lepaskan aku lagi.aku ingin bersamamu.menegakkan kalimah syahadah di daerah ini!


ADILA..doakan aku kuat.moga kau jua tabah di sana.jangan gentar dengan dugaan.ALLAH maha mengetahui.moga kelak kita bertemu di raudhatul jannah..dan bersama bertasbih.meratib cintaNYA!allahumma amin::
LAILAHALLAHMUHAMMADRASULULLAH!