Wednesday, January 25, 2012

let him to HIM:)

bila dia menjauh
bila masa membina jarak
dan jarak membina tembok
jangan pernah lupa
bahawa kita pernah bertanya pada DIA tentang dia
jangan pernah lupa
bahawa kita pernah meminta
agar DIA jauhkan kita
bila dia bukan untuk kita
maka..
bila dia semakin jauh
mungkin ini petunjuk dariNYA
belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri
belajarlah menerima dengan redha dan lapang dada
kerana aturan DIA lebih indah dan baik dari yang dijangka
jangan pernah lupa
semua hanya boleh berlaku dengan izin dan redhaNYA
maka bila bukan namanya yang tertulis dalam rencanaNYA
maka..,
biarlah DIA menjarakkan dia dari kita:)

No comments:

Post a Comment