Wednesday, February 29, 2012

cup-cake

assalam.

walaupun aku tahu apa yang aku lakar kat sini tak ada orang baca..tapi aku tetap nak terus menulis.,sebab aku tak mampu nak sampaikan melalui kata-kata.wahuwa ma'akum:)

hanya kerana hijab yang laen dari orang laen,makanya kadangkala kelihatan lemah..hinggakan kadangkala terpaksa mengalah dengan keadaan.oh Tuhan..

moga hati ini terjaga dari menjadi tempat singgahan lelaki semata mata.

. . .
2 minggu yang lepas, ada satu cup-cake hinggap di meja aku. bersama sekeping nota kecil berlipat yang berwarna pink.

oh ya! kek itu nampak sangat sedap dengan strawbery yang menggiurkan!

mahu ditakdirkan Allah, kek itu adalah hadiah dari seorang course-mate aku. Dan , cup-cake tu dihantar oleh ahli satu kelab kebudayaan di kolej aku. 
kiranya, akan ada orang yang order kek itu dari kelab tersebut, dan kelab tersebut bertanggungjawab untuk menghantar kek tersebut kepada orang yang di alamatkan tu.

oh, and i wrote this entry in full sentence ! gorgeous!

berbalik pada cerita tadi.
kemudiannya, sampai sahaja kek tu depan mata aku, kecohlah kawan-kawan aku pakat duk berteka-teki siapakah gerangan hero-koyak-rabak macam tu yang sangat tak gentleman tu.

dan alkisahnya, aku tak makan kek tu walau nampak sedap. Tapi, aku juga tak buang. Membazir tu kerja syaitan , so aku bagi kat seorang kawan aku. 
begitulah serba ringkas ceritanya.

jadi, pengajarannya. Janganlah tak gentleman sangat bagi-bagi hadiah macam tu dengan nota yang poyo habis. Kalau nak bagi hadiah tak ada masalah. Tapi nota macam nota budak sekolah tu tak perlu rasanya. (:

oh ya, maaf terlalu garang. Tak sengaja keraskan suara. Takkan selamanya nak bertegas pun kena guna suara sopan kan .

tapi, memang aku terkenal dengan garang-dan-sombong pun kan? 
jadi, itu bukan satu hal yang perlu diberatkan.

maaf kerana menjadi wanita yang tidak bersidai di tepi pagar.
masih banyak kain yang perlu dilipat di dalam almari.

oh ya, pembetulan sedikit. Birthday saya 2 mac , dan nama saya TIADA " H" di belakang. 

Thursday, February 23, 2012

sanah helwa:)

macam tak-ada-keje-sangat-je-buat-post-gini(clear throat lah~tak ade makna)

BUAT SAHABAT YG TAK PERNAH AKU LUPA:)

selangkah kau mengejar realiti,

moga kasih Allah memayungimu..

setapak kau mencari dirimu,

moga cinta Allah yang kau temui

buat teman yang diingati::

doaku agar kejayaan milikmu dunia akhirat.

harapku moga  kau menjadi insan yang berpegang pada quran dan sunnah

titipku moga kasih Allah menemani perjalan mu teman:)

s a y a n g a n d a ! a m a t : p a l i n g : s a n g a t:)

TENGKU NUR MAZNI BT TG ABDUL GHANI
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YG K 19:)
23 FEBRUARI 1993 n_n

Saturday, February 18, 2012

Qalbii~

sekarang aku rasa nak menulis.dan aku nak meluahkan.tapi  bukan di sini.tapi di hadapanNYA
O ALLAH..
i wanna hev a better tomorrow..
fitrah.untuk seorang insan biasa mencintai yang lain.
tapi aku pohon.
biarlah fitrah itu hadir dengan rasa yang suci.tulus keranaMU Allah..
kadangkala aku cuba menjauh,
namun ia makin mendekat.
makin jauhku lari..
makin aku dekat dengannya..
o Allah..