Saturday, March 24, 2012

sanah helwah kak lily-ha !

assalamualaikum

buat kak melly
sanah helwah yang ke 20!
walaupun macam dah agak terlewat..tap takdela lewat sangat kan !

moga Allah merahmati dan meredhai perjuangan kak melly dan suami!

semoga kita graduate on-time, inshaAllah !







Friday, March 09, 2012

kisah katak


adat sebuah layar kehidupan..
bilamana insan mula mengenepikan akhirah..maka dunia lah yang akan menjadi plihan utama.
aku bukan berkata pada yang lain..aku sedang berkata pada diriku sendiri..
yang sering alpa dan leka dalam jaga..
maka,.

"kadangkala,kenangan silam membuatkan mata kita terbuka luas,mula sedar kesilapan diri..kelalaian diri..dan tika itu barulah kita mula menghitung nikmat tuhan"


aku nak kongsi satu pengalaman lampau tapi baru aku nak terfikir sekarang
dulu time skolah menengah aku ni boleh dikatakan agak nakal laa~


dulu time sekolah aku pernah prank seorang muslimin nih
-____-
and couple of days ago, waktu aku berjalan aku terserempak dengan seekor katak, aku jadi terfikir pulak tentang kejahatan aku suatu ketika dahulu . ecece.

satu pagi yang hening disebuah sekolah , aku dan 4 orang lagi pergi la rehat..name pun waktu rehat kan, jadi kami berlima pun pergilah mengimarahkan kantin tu.
balik je dari kantin ,dengan tiba tiba kawan aku datang kat aku dengan muka 5 kupang-tak-siap.

dia datang mengadu cakap ada orang staple beg skolah dia kat bahagian zip beg sekolah dia. Habis satu beg di stapler kan nye. memang baik-gila-amat-paling-sangat budak tuh.

di luar kelas, seangkatan muslimin sedang gelak terkekek kekek. jadi, tahulah kami, semua itu adalah kerja Fadzlan bin Salim dan kroni.

nak dijadikan cerita, malam tuh ada pesta buah-buahan kat dewan terbuka. Dan waktu turun je dari surau lepas isya' tuh, ada seekor katak melintas depan seorang kawan aku. Dan dia pun apa lagi, menjeritlah terkejut.
dan tiba-tiba, terus idea jahat sign in dalam otak.

dengan penuh kegelian dan berbekalkan sedikit keberanian yang beransur hilang..aku tangkap katak tuh! tapi, guna plastic lah.
dan perlahan-lahan kami semua menapak ke arah kelas si muslimin tersebut. Niat nak letak bawah meja , tapi elok pulak ada
BEG budak lelaki tuh dengan tenangnya bersemadi kat atas kerusi. Aku apa lagi..terus masukkan katak tuh dalam beg.
first class punye katak tuh beradu malam tu.

dan dengan tenangnya, kami pun pergi dewan..ushar buah durian, berlakon macam takde apa -apa yang pernah terjadi.

dan pagi esok,time orang  khusyu' baca doa pagi,terdengar satu jeritan lelaki yang mendayu dayu dan agak mnyeramkan.

aku hanya mampu tersengih.

tapi, kisah tu sebenarnya belum habis. Esoknya si Fadzlan Salim tu balas balik. Diletaknya katak bukan seekor, tapi bereekor-ekor bawah meja . Dan, terpaksalah selesaikan permusuhan tu dengan berdepan . Masing-masing letak senapang , dan mintak maaf.

itulah satu kisah dari berjuta kisah aku di zaman sekolah. 

"every saint has a past..and every sinner has a future"

#bila mata dah celik,baru sedar yang langit tu tinggi.