Wednesday, April 25, 2012

nurul_hudaa :)





Open your eyes!!
For the sake’s of Allah.
The Almighty
Ya Rabbul i’zzah!
Enta A’dzhim!
Enta Kheir!

Izaiiyuku (apa khabar dlm bhasa arab ammi)???? J
And malam ni..bulan tak menyapa..
Bintang pun tak menjengah..
Allah Maha Hebat..
Segala sesuatu yang Dia takdirkan..
Pasti bersebab..dan pasti punya hikmah.
Cuma kita je yang tak tahu..

Memang aku suka termenung..
Mana taknya..
Macam-macam masalah Negara yang duk display dalam kepala aku..
Kadang-kadang rasa macam nak meletup je kepala(okey,ni hiperbola)
And harituu( 21/4/2012)
Satu hari yang amat-paling-sangat buat aku rasa macam kena tampar..
Macam kena sidekick kuat-kuat-kuat
Macam adik aku (nanun) tengah duk gigit-gigit aku punya telinga..
deep inside,it stills remains the truth::

Sehari suntuk aku di brain wash kan..
O Allah!!
Syukran a’laa kulli hal!
First..
#sebab bukak hati aku untuk join ISK tuh..
#sebab sedarkan balik aku yang terlena nih..
#sebab mudahkan perjalanan ::
kskbàutp tronoh
and
utp àkskb
#sebab kenalkan aku dengan kawan-kawan seusrah! (uhibbuki kamann jiddann!)
#sebab kenalkan aku dengan akak-akak bulatan gembira!(saranghaeyo!!)
#sebab bagi aku ruang dan masa untuk mendalami islam.
And..yang paling aku berterima kasih is::


#sebab Kau masih izinkan aku untuk merasai betapa nikmatnya hidup dalam islam dan betapa indahnya dakwah!! (amat-paling-sangat)

Untuk aku bersua dengan sultan mohamad al fateh,..tu mustahil..
untuk aku kenal peribadi ssalahuddin al ayyubi..itu mungkin..sebab aku boleh belajar dari sirah-sirah terdahulu..
dan untuk aku meneruskan ape yang sahabat terdahulu perjuangkan,itu PASTI!
Sebab apa??
#sebab AKU ISLAM jua!
#sebab AKU HAMBA ALLAH jua!
#sebab AKU UMMAT RASULULLAH jua!
#sebab aku juga adalah insan sepertinya..
Yang membezakan kami hanyalah iman dan taqwa..
Entah laa.sesekali aku terfikir..
Aku memang kejar dunia..
And adakah rasa wahann(cintakan dunia dan takut mati) tu dah ada kat dalam hati aku??
Aku sibuk study..
Aku sibuk dengan latihan koir..
Aku sibuk dengan aktiviti kelab
Aku sibuk dengan group assignment..
Aku sibuk-sibuk-sibuk dengan DUNIA!
Apa yang aku dah buat untuk akhirat aku?
Apa yang aku dah buat untuk islam??
Nanti kat akhirat aku nak jawab apa bila berdepan dengan Allah??!
Aku malu..
Sudikah Rasulullah syafaatkan aku andainya aku jatuh dari titian sirat??
Aku malu dengan baginda Rasulullah..
Layakkah aku untuk memandang wajah Rasulullah?
Apatah lagi untuk memandang wajah Allah?!!
Layakkah aku??
Sedangkan aku masih dengan laptop..
Yang aku mampu hanyalah menggerakkan jemari ni..
Untuk menebarkan kata-kata dakwah..
Mungkin TIADA yang sudi membaca apa yang aku tulis..
Aku sibuk bermadah sana-sini
Di facebook..
Di twitter..
Di blog aku ni sendiri..
Semata-mata untuk sampaikan dakwah..
Tapi..
Betul ke cara aku ni?
Atau aku sebenarnya mampu untuk pegi depan,ambik mikrofon,stand kat depan podium,and TALK!
Aku mampu??
Takk..aku tak mampu ><’’
Aku belum cukup kuat..
Aku belum cukup ilmu..
Aku sendiri teruk..boleh ke aku bawak orang laen dekat dengan islam??
Sedangkan aku masih sibuk dengan cinta insan..
Aku langsung tak kisah apa saudara-saudara aku kat luar sana rasa..
Jahatkan aku?
Kejamkan aku?!

Jap.jap.jap!

Budak kecikk!!ketuk kepala dengan senduk baru tahu!
Apa yang kau tak mampu buat??
Kenapa kau dah cakap yang kau tak mampu??
Padahal start pun belum!!!
Ilmu kau takkan pernah cukup laa budakk!
Ilmu ALLAH itu amatlah luas!
Hinggakan ilmu yang Allah kurniakan kat kita ni pun hanyalah setitis dari selautan!
Imagine how berapa lama kau nak tunggu semua ilmu tu kau nak cover..
Memang mustahil sayang,..
Biarlah ilmu kau yang sedikit tu kau manfaatkan sebaik-baiknya..
At least,kau try jugak kan untuk bangkitkan kembali islam..
Kenapa kau boleh cakap yang semua-semua-semua tulisan kau nih takde orang baca??
Kau yakin?
#walaupun the fact is MEMANG takde orang yang sudi baca.( >_< )
Takpelah..sekurangya kau cuba jugak untuk spread the truth right??
And and and..
Allah lihat pada USAHA..
Bukan HASIL J
So?jangan laa modest sangat..
Yakin dengan Allah!
Grab Him!
Lock Him!
Inshaallah enti boleh J !!

Yang penting is..
Kau berusaha dan istiqamah untuk bantu agama Allah..
“Jika Kamu Menolong Agama Allah,Nescaya Dia Akan Menolongmu Dan Meneguhkan Kedudukanmu” 47:7
::Wallahu’lam::


#dgn tibatiba tanpa angin tanpa ribut teringat usrah kat shams dulu..Allahuakbar!
Betapa jauhnya aku dengan masa yang telah berlalu L
Rinduamatpalingsangat.
...............................................................................................
 batch 2010 smka sheikh abdul malek <3 !






Friday, April 20, 2012

irama sebuah memori::


Assalamualaikum,..
Entah kali ke berapa aku termenung kosong harini..
Macam tak ada kerja..
Padahal assignment anatomy tak siap lagi.
Harini macam macam aku fikir.,
Ya Allah..
Takdir Engkau Maha Hebat Ya Allah!!
Hati tak mampu menahan sayu.
#tersentuh
#terharu
Dulu cita-cita aku nak sambung LAW.
Tapi tak kesampaian..
And harini..
Allah mentaqdirkan aku untuk memilih bidang perubatan(a.k.a separa perubatan)
Memang hati rasa berat.
Memang hati rasa sayu
Aku sangat teringin untuk bergelar peguam.
Sangat.amat.paling.
Kita hanya mampu merancang kan..??
Siapa aku untuk menentukan masa depan aku..
Siapa aku untuk memberi kepastian akan hari esok?
Aku bukan pengarah dalam kehidupan ini..
Aku hanya watak utama..
Untuk layar hidupku sendiri..
Dulu
Aku dapat tawaran untuk sambung diploma law,
Di unisza..
Tapi aku tolak,and aku nekad pilih matrikulasi..
Modul 1..
Aku ingat lagi..
Sorang kawan aku (yang aku sayang,amat-paling-sangat.)
Pernah cakap kat aku..
Pergilah unisza..
Aku kan memang minat law..
Tapi aku cakap.
Masuk unisza lama..3 tahun.kalau matrik setahun je..lepas tu boleh terus ambik degree..amik law..
Then,dy cakap..nak g mane cepat cepat sangat?bukan lama sangat pun 3 tahun tu
And aku jawab,aku nak kawen awal..haha :DD
Tapi see..O_O
Sekarang aku diploma pembantu perubatan.
#3 TAHUN
#6 SEMESTER
PLUS++++
Takleh kawen dalam tempoh belajar!
Haha.amik aku..sebijik sebijik kena kat aku balik..
Tergelak sendiri aku..
Kalaulah dulu aku pilih unisza,..tapi tu kalau..and kalau kalau nih hanya akan buat aku lagi jauh dari Allah!!
“...Jangan kamu berkata: Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah: ini takdir Allah, apa yg dia kehendaki akan berlaku. sesungguhnya ‘kalau’ itu membuka pintu syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Betapa Allah itu Maha Hebat!!
SUBHANALLAH!
ALLAHUAKBAR!
ENTA ADZHIM!!

And walau apa apa pun yang berlaku.
Aku tetap sayangkan Dia!
Aku TAKKAN SESEKALI lupakan Dia!
Dia penemanku..
Yang berbicara denganku melalui bait-bait indah kitabNya..
Yang memegang erat hati ini tika aku hilang arah..
Yang tetap mengharapkan ku tika aku melupakanNya..
O’ ALLAH..
Please never make this world as my biggest concern!
Moga titian ku dalam menuju kejayaan di dunia dan akhirat kan dipermudahkan olehNya..allahumma amiin..~

Titis embun yang gugur ke bumi,
Takkan pernah menitis lagi..
Jatuh ke bumi penuh harapan,
Biar tak kesampaian menyubur pepohon..
Kerna rumput di kaki masih tersenyum menanti titisan itu..
Biar tak berdarjat pada pandangan insan,..
Asal kita mulia pada pandangan Allah.

I pray.i hope.inshaallah.


dedikasi memori untuk seorang insan
semoga Allah redha kepadanya.



Monday, April 09, 2012

saya begini kerana awak



cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

" malihah, petang ni awak busy tak? fatimah dengan sahabat yang lain nak adakan usrah kat Taman Syurga.jomlah sekali" senyum.
"not sure la fatimah. sebab malihah dah ada plan nak keluar petang ni, maaf ya" ish, kalau fatimah tahu aku keluar dengan shahril nih, mesti dia tak bagi.
"oh yeka, malihah keluar dengan sapa? fatimah nak ikut sekali boleh?" tanya fatimah sopan.walaupun dia dah tahu yang pasti malihah akan keluar dengan shahril. budak mechi yang ada motor besar kaler merah darah ikan  yang sememangnya famous dengan gelaran anak dato' kayaraya tuh.
"oh, bukan. malihah ada study group dengan budak kelas, nak siapkan assignment anatomy puan Tan." malihah berdalih. mukanya berubah. nyata kelihatan yang dirinya sangat lah gugup apabila berdepan dengan roomate sendiri. masyaAllah. aku menipu lagi.
 fatimah senyum " kalau macam tu takpelah. lain kali kita keluar berdua ya , rindu nak jalan jalan dengan malihah makan cendol kat depan giant tu "
inshaAllah. balas malihah perlahan. lalu berlalu. fatimah senyum lagi. Allah lebih tahu.

teringat..
waktu exam dulu, roomate aku bukanlah budak satu course dengan aku. jadi jadual exam dia dan aku sangatlah lain. and pernah sekali, waktu tu blok Aishah heboh tentang kes kecurian dan pecah masuk. dan  minggu tu pulak adalah minggu final exam plus lagi semua paper dalam minggu tu is subject killer lah lebih kurang katanya.
dan dia, roomate aku..sangat lah baik teman kan aku study sampai lewat pagi walaupun paper dia dah habis,dia tahu aku takut study sensorang .baiknya awak.. 
dan dia bancuhkan aku air nescafe , bila aku mengadu stress dia urut urut bahu aku, dan nyanyikan aku lagu.baiknya awak. 
sambil dia tunggu aku study, dia banyak mengulang ayat ayat al Quran. bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman dan kata kata semangat. lagi satu, suara dia sangat lah sedap. lembut dan mendayu. oh, baiknya awak fatimah. kenapa saya tak macam awak ha? 

mata malihah seolah bergenang menahan tangis. langkah nya mati di situ.lantas tangan mencapai samsung galaxy mini 2, mencari cari nama ,jarinya laju menaip mesej. button sent di tekan.
lalu handphone nya di OFF kan. ahh. dia lebih aku sayang.titik.

kaki malihah cepat melangkah. malihah tahu yang dia masih di situ. ya. jangkaannya tepat. dia masih disitu. setia menanti. malihah senyum.hatinya sebak. perlahan dia menghampiri sesusuk tubuh yang leka bertadabbur di bangku menghadap tasik. "assalamualaikum."

"waalaikumussalam" salam dibalas perlahan.
"eh, malihah. masyaAllah.maaf .fatimah terlalu asyik membaca, tak perasan malihah di belakang. " 
lantas tubuh fatimah dirangkul erat. fatimah terkejut.
 "mali nak ikut fatimah ke usrah ye. genggam tangan mali erat. mali taknak jauh dari Allah.mali sayang fatimah ,mali taknak dengar kata syaitan lagi. maafkan mali"

dan air mata syukur menitis. di saat waktu petang yang damai mampir bersama angin yang mendayu, burung berwarna warni terbang dan sesekali hinggap di ranting pokok ,dan tasik berkocak dek ikan yang leka melompat.tenang. dan mereka menjadi saksi,sepasang sahabat bersatu cinta, atas kasih kerana Allah` THE END

faham tak apa yang cuba saya sampaikan? dakwah bil hal. ya,dakwah inilah yang Rasulullah selalu terapkan. hinggakan seorang kafir Quraish masuk islam hanya kerana sikap nabi yang begitu mengambil berat, walaupun berbeza agama. masyaAllah. tak rasa teruja ke??

and imagined,kat akhirat nanti, waktu malaikat nak humban kan kita ke dalam neraka, dah nak masuk dah nih.kita dah puas meronta taknak and mintak dengan Allah nak balik semula kat dunia. nak buat amal ibadah.dan tiba tiba tak jadi, and kita masuk syurga. hanya kerana seorang sahabat kita cakap, ya Allah. dia ni lah yang buat aku jadi seorang hamba yang taat. see? kita tak tahu kuasa Allah right? hope and pray.

inshaAllah. dakwah itu jugalah yang sedang cuba saya usahakan dalam diri saya sendiri. doakan.