Monday, April 09, 2012

saya begini kerana awak



cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

" malihah, petang ni awak busy tak? fatimah dengan sahabat yang lain nak adakan usrah kat Taman Syurga.jomlah sekali" senyum.
"not sure la fatimah. sebab malihah dah ada plan nak keluar petang ni, maaf ya" ish, kalau fatimah tahu aku keluar dengan shahril nih, mesti dia tak bagi.
"oh yeka, malihah keluar dengan sapa? fatimah nak ikut sekali boleh?" tanya fatimah sopan.walaupun dia dah tahu yang pasti malihah akan keluar dengan shahril. budak mechi yang ada motor besar kaler merah darah ikan  yang sememangnya famous dengan gelaran anak dato' kayaraya tuh.
"oh, bukan. malihah ada study group dengan budak kelas, nak siapkan assignment anatomy puan Tan." malihah berdalih. mukanya berubah. nyata kelihatan yang dirinya sangat lah gugup apabila berdepan dengan roomate sendiri. masyaAllah. aku menipu lagi.
 fatimah senyum " kalau macam tu takpelah. lain kali kita keluar berdua ya , rindu nak jalan jalan dengan malihah makan cendol kat depan giant tu "
inshaAllah. balas malihah perlahan. lalu berlalu. fatimah senyum lagi. Allah lebih tahu.

teringat..
waktu exam dulu, roomate aku bukanlah budak satu course dengan aku. jadi jadual exam dia dan aku sangatlah lain. and pernah sekali, waktu tu blok Aishah heboh tentang kes kecurian dan pecah masuk. dan  minggu tu pulak adalah minggu final exam plus lagi semua paper dalam minggu tu is subject killer lah lebih kurang katanya.
dan dia, roomate aku..sangat lah baik teman kan aku study sampai lewat pagi walaupun paper dia dah habis,dia tahu aku takut study sensorang .baiknya awak.. 
dan dia bancuhkan aku air nescafe , bila aku mengadu stress dia urut urut bahu aku, dan nyanyikan aku lagu.baiknya awak. 
sambil dia tunggu aku study, dia banyak mengulang ayat ayat al Quran. bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman dan kata kata semangat. lagi satu, suara dia sangat lah sedap. lembut dan mendayu. oh, baiknya awak fatimah. kenapa saya tak macam awak ha? 

mata malihah seolah bergenang menahan tangis. langkah nya mati di situ.lantas tangan mencapai samsung galaxy mini 2, mencari cari nama ,jarinya laju menaip mesej. button sent di tekan.
lalu handphone nya di OFF kan. ahh. dia lebih aku sayang.titik.

kaki malihah cepat melangkah. malihah tahu yang dia masih di situ. ya. jangkaannya tepat. dia masih disitu. setia menanti. malihah senyum.hatinya sebak. perlahan dia menghampiri sesusuk tubuh yang leka bertadabbur di bangku menghadap tasik. "assalamualaikum."

"waalaikumussalam" salam dibalas perlahan.
"eh, malihah. masyaAllah.maaf .fatimah terlalu asyik membaca, tak perasan malihah di belakang. " 
lantas tubuh fatimah dirangkul erat. fatimah terkejut.
 "mali nak ikut fatimah ke usrah ye. genggam tangan mali erat. mali taknak jauh dari Allah.mali sayang fatimah ,mali taknak dengar kata syaitan lagi. maafkan mali"

dan air mata syukur menitis. di saat waktu petang yang damai mampir bersama angin yang mendayu, burung berwarna warni terbang dan sesekali hinggap di ranting pokok ,dan tasik berkocak dek ikan yang leka melompat.tenang. dan mereka menjadi saksi,sepasang sahabat bersatu cinta, atas kasih kerana Allah` THE END

faham tak apa yang cuba saya sampaikan? dakwah bil hal. ya,dakwah inilah yang Rasulullah selalu terapkan. hinggakan seorang kafir Quraish masuk islam hanya kerana sikap nabi yang begitu mengambil berat, walaupun berbeza agama. masyaAllah. tak rasa teruja ke??

and imagined,kat akhirat nanti, waktu malaikat nak humban kan kita ke dalam neraka, dah nak masuk dah nih.kita dah puas meronta taknak and mintak dengan Allah nak balik semula kat dunia. nak buat amal ibadah.dan tiba tiba tak jadi, and kita masuk syurga. hanya kerana seorang sahabat kita cakap, ya Allah. dia ni lah yang buat aku jadi seorang hamba yang taat. see? kita tak tahu kuasa Allah right? hope and pray.

inshaAllah. dakwah itu jugalah yang sedang cuba saya usahakan dalam diri saya sendiri. doakan.

2 comments:

  1. tabahkan hatimu sahabatku...hatiku juga tidak sekuat hatimu..mg kita sama- sama memelihara diri ini demi rabitahNYA...uhibbukifillah Nur Syahira Mudzaffar...<3

    ReplyDelete
  2. syukran wani:)
    saranghaeyo kamann:3

    ReplyDelete