Sunday, May 20, 2012

antara dua cinta

asslamualaikum. setelah berbulan bulan sepi ,akhirnya kembali ke teratak ini. terharu .eh.

pernah dengar tak lagu ni? tajuk dia di antara dua cinta,raihan
eh eh, saya sorang je yang dengar rupanya.
teringat, sorang kawan rapat saya, datang mengadu.
hati dia sakit. Ya. sakit teruk, sakit yang kalau tak dirawat, hati boleh mati. dia menderita. wahh. dah macam chronic disease yang tahap 3.

"apa yang ada jarang disyukuri,
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap baru kan terasa 
bila hilang apa yang diburu"

najaa diam.tak faham kenapa hatinya tiba tiba gugup, tak faham kenapa lidahnya tiba tiba kelu. tak faham kenapa matanya seakan lekat di situ.Allah.. najaa mengeluh. cepat cepat kakinya melangkah keluar kelas. 

"dunia ibarat air laut,
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana
di padang pasir"

najaa asmida.awak dah berubah..hati kecil azzam mengeluh.antara syukur dan kecewa.ahh! pergilah semua dengan dakwah kau tu, pergilah semua dengan usrah! coffee latte di tangan terasa nak disimbah! tapi, simbah ke mana?! azzam letak geram. 

"kau pehal zam? aku rasa makwe kau tengok muka kau konfem kecut.heh. singa lapar pun ada jugak hati nak senyum time awek dia lalu.apa kau ingat tu khemah bergerak ke?" iqbal pelik. 

najaa asmida yang sikit punya cun tuh lalu depan dia, dia boleh buat macam toye. kot ye pun harini najaa tuh pakai tudung labuh, takkan dah kaku kot.at least greet la dia. ish. tak paham aku .tapi..najaa,.makin cantik.bersihnya wajah dia.......ish!iqbal menampar pipi.

"kau tak paham bal. kau takde kat tempat aku.najaa sediri cakap kat aku suruh stop contact dia. pastu kau nak suruh aku pegi merayu melutut kat dia macam tu? heh. jangan harap. aku takkan." azzam bersungguh. iqbal diam.dia kenal roomate dia sepetimana k.rajagopal kenal pemain dia. eh?

dulu, tiap kali weekend je, mesti full jadual azzam dengan si najaa. budak biotech,yang sangatlah lawa,ayu,sopan.kalah ainan tasneem kot.aku? sorang sorang dalam bilik,layan PS sorang sorang, pegi cafe pun dengan budak bilik sebelah.heh.and harini, tiba tiba je azzam cakap dia + najaa= clash. heh. macam tak masuk akal pulak. 

bercinta bagai nak rak pinggan rak kasut bagai.last last clash.and yang paling terkejut, harini..najaa tak ade lagi shawl lilit lilit yang bagi aku macam kena hukum gantung mandatori je gaya.biasanya, shawl si najaa tuh, cover tak cover je dada dia,.and baju kurung pulak sometimes fit,berbelah lagi. telan air liur kot.eh, dunia ni dah kenapa?? -iqbal tersengih. 

najaa esak di bahu zatie.zatie tenang. dia tahu apa yang najaa rasa. dia jugak pernah lalui semua tu. meninggalkan orang yang kita dah sayang, memang payah. dan tak semua orang kuat. 

"zatie, najaa rasa payah..Allahuakbar, zatie, najaa tak salah pilih jalan kan?"najaa masih dalam sendu.zati menggosok bahu najaa.lalu dirangkul tubuh itu erat.

"dan orang orang yang beriman itu, apabila disebut ayat-ayat Allah, maka bergetarlah hatinya, najaa.najaa tak salah. Allah pilih najaa untuk jadi yang terpilih. tak semua orang bernasib baik untuk dianugerahkan hidayah Allah. najaa, kuat ya. zatie,fatin,aishah..sahabah seusrah, semua support najaa. dan pasal azzam, najaa kena lawan nafsu najaa. letakkan dunia di tapak tangan, usah biar dunia kawal hati kita" zatie tersenyum. kini dia yakin, bahawa Allah sentiasa mendengar doa hambaNya. alhamdulillah.

"Tuhan, leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu mengumpul dua cinta
hanya cintaMu ku harap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang ku bunuh"

assalamualaikum warahmatullah.
mohammad fakhrul azzam,maaf andainya kalam najaa mengganggu hati azzam.azzam, najaa tahu, azzam sangat sayangkan najaa.dan najaa tahu, azzam marahkan najaa. azzam. maaf kerna letakkan noktah untuk semua ni. najaa tahu, najaa bukan lah sebaik orang lain.tapi,najaa berusaha untuk jadi yang lebih baik. bukankah dulu azzam selalu tegur najaa kalau najaa pakai baju ketat ketat, bukan kah dulu azzam lah yang selalu nasihatkan najaa pergi surau,solat berjemaah. azzam, azzam jangan lupa, sayang mana pun azzam pada najaa, Allah tetap yang menang dalam berkasih sayang. Najaa pilih jalan ni kerana Allah semata mata. bukan kerana manusia. sebab najaa tahu, berubah kerana manusia, takkan kekal.tapi berubah kerana Allah, inshaAllah selamanya. 

azzam, najaa tahu. najaa tak sehebat azzam dalam beragama. keluarga najaa bukan seperti keluarga azzam, sungguh, najaa kagum dengan azzam. cuma, najaa sedih. kenapa Allah tak ilhamkan juga apa yang najaa rasa ni ke dalam hati azzam? jadi, tidak perlulah najaa bersakit hati begini terhadap azzam. azzam, sungguh. najaa amat berharap agar rasa cinta yang pernah Allah izinkan mekar terhadap azzam dalam hati ini, akan mekar harum sekali lagi di jalanNya dengan cara yang lebih Allah redha. tapi, andainya Dia tidak lagi mengizinkan, siapakah najaa untuk menghalang. moga ini adalah takdir terbaik antara kita. 

azzam, terima kasih.kerana menjadi wasilah buat najaa bertemu Dia. terima kasih kerana tak letih menegur najaa . terima kasih kerana doakan najaa selama ini. dan, moga azzam ikhlas lepaskan najaa .untuk Allah. 

"panas yang membahang disangka air,
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang,
dilihat ada ditangkap tiada"

nurul najaa asmida
februari 23.












2 comments:

  1. first, tahniahla sbb berjaya update blog...haha...kesian tgk blog ni, bersawang mcm rumah yg ditinggalkan 3, 4 tahun...:P

    2. ada duit tak? klu ada, g la beli cincin...pastu pakai...simbolik org yg pakai cincin ni ialah dia dh berpunya atau bahasa yg lbh tepat lg bertunang..so, insyaAllah takdak yg kacaula...kat USIM dulu, perempuan byk pakai cincinla...sbb tu yg ana single sampai skrg ni...:P

    3. klu takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai..terang elok2,insyaAllah dia akan faham nnti ya...

    ReplyDelete
  2. syukran akhi atas tips2!
    ana bukan biarjan blog ana bersawang..ana takade idea nk tulis hape^^
    and ntuk step yg kdua tu..inshaallah ana buat:D

    #ana tak pernah berumah d tepi pantai..sebab ana tahu ana tak pandai berenang:3

    ReplyDelete