Wednesday, November 21, 2012

#back to Allah

maaf. ruangan ini adalah perkongsian aku. seandainya engkau menemukan blog aku, ketahuilah. aku tidak membenci , dan aku juga tidak lagi akan mencintai. kisah kita, kisah semalam. cinta anak sekolah. maka, aku tidak sakit. tidak kecewa walau kau pergi jauh.kerana aku tahu,  mencintai dalam diam adalah doa. maka, biarkanlah rasa itu terus menjadi doa. amin.


ada beribu bintang
tapi bulan hanya satu.


pernah dulu aku cakap, ahh! aku konfem takkan suka dia. konfem. then, harini,terbukti. yang aku masih menanti. 

takpe. tak salah menanti, dan tak salah berharap. cuma, jangan menyapa rasa cinta tu. biarkan cinta tu disitu. di hati awak. sebab one day, awak akan tahu sendiri, sebenarnya itu cinta atau cuma sekadar mainan kenangan.


setahun setengah. ya. setahun setengah aku menunggu .aku menanti betul ke tu cinta, tapi..aku masih tak punya jawapan. hingga ke hari ini.  parut kenangan masih melekat utuh di hati.

pernah tangan ni gatal. hantar message kata kata , namun. balasannya cuma skrin kosong. yang tidak menyala. memang menanti balasan message , walau cuma 'syukran'. aku pasti senyum.tapi, sia sia.. i got nothing.

aku tahu, aku masih berharap. dan aku juga tahu, yang aku masih menanti.
3 tahun aku pendamkan rasa.
3 tahun aku hamparkan kesetiaan.
aku curahkan air mata.
walau tak pernah berbalas, aku masih mampu tersenyum.
kerana yang tahu, hanya Allah.
maka, aku bahagia berkongsi rasa rindu itu denganNya.

moga nanti Allah padamkan rasa ini dari hati aku.
aku letih cuba untuk melupakan.
kenangan tu terlalu utuh.
aku sudah berusaha, moga Allah menganugerahkan natijah yang terbaik.


aku rela sakit hari ini.biarpun sakit itu perit, aku sanggup.asalkan Allah hapuskan dia dari hati aku.
kerana aku tidak lagi mahukan cinta manusia.
maaf hati.
RN van nih. 
ABE 5451.



Friday, November 16, 2012

jawapan untuk sahabat.


WaalaikassalamJ

Haikal..maaf.mungkin aku buat kau lama menunggu.
Haikal..pernah tak kau dengar kisah nabi yusuf dan zulaikha?
Mesti pernah kan=) kisah seorang nabi yang sangat masyhur dalam al Quran. Kisah seorang nabi yang mana sanggup berkorban nyawa hingga dipenjara demi mempertahankan akidahnya. Dan jua kisah seorang nabi yang cintanya mengagungkan Allah, mlebihi segalanya.
And dengan cerita tu,aku rasa aku dah jawab semua soalan kauJ

Kau rewind balik kisah Zulaikha. Bagaimana tingginya cinta yusof terhadap zulaikha, hinggakan martabat agama dijulang tinggi.
Sebesar mana pun fitnah yang zulaikha tabur ke atas yusof, di 
akhirnya..tetap zulaikha yang bertakhta ampuh di hati yusof.

Tipulah kalau aku cakap aku takde feeling langsung kat mana mana lelaki. Tapi, setiap orang pastilah nak yang terbaik untuk hidup masing- masing. sama jugak macam aku.
Aku tidak akan menolak, andai dia adalah takdir aku. Pasti ada hikmah yang Allah sembunyikan.

Tapi, seandainya diberi pilihan..pasti aku inginkan seorang zauj yang mampu untuk mengimami solat aku..yang mampu mengalunkan aku ayat ayat Allah tika aku resah, yang membetulkan aku tika aku silap..dan pastinya, seorang abi yang mampu menjadi abi yang soleh buat tauladan permata aku nanti.

Aku juga tidak mampu untuk menjadi sempurna,.apatah lagi membimbing orang lain. Namun, aku yakin pada Allah.

Andai Dia berikan aku kain yang koyak, pasti turut Dia berikan aku jarum. Yang aku perlu cari hanyalah benang, dan sedikit usaha untuk menjahit nya kembaliJ.
Walau banyak kekurangan, andai dia yang Allah dah tetapkan untuk aku, pasti aku cuba melengkapi kekurangannya. Dan aku pasti, aku tidak akan menyesal.inshaAllah.

Allah tak membebani kita lebih dari yang kita mampu.
Aku rasa, aku dah pun menjawab soalan kau haikal.maafkan aku . mungkin aku silap. aku jawab setakat yang aku mampu cuma. the rest, let Allah do:)). . Maaf. Hampir 4 bulan mungkin aku membiarkan persoalan kau tanpa jawapan. Moga jawapan aku mampu menguraikan segala persoalan kau.

Surely, Allah ever watches you (annisa’: 1)
May Allah bless.

repost from one of my fb friends.


a few months ago, i got one message from someone,
and i take a lot of time to give the best answer for him. and i was a lil bit busy as my final just around.and yes. exactly arent good as much,but then.. may all those answer, help him to find a way out. amin.

i repost this question. read. and think. :)

Assalamualaikum,
Sememangnya jodoh tu bukan di tangan kita. Kita merancang tapi Allah SWT yang menentukan. Bagi aku kau mempunyai pndangan agama yang kuat. 
http://static.ak.fbcdn.net/images/blank.gifnice knowing you.

Syira, aku sebgai kawan sentiasa bertanya pada diri sendri. Berfikirkan perkara - perkara yang pelik atau pun jarang berlaku. Kemudian, aku akan berfikir akibat yang akan berlaku terhadap kejadian tersebut.

Syira, aku pernah terfikir, hal ini berlaku pada kawan aku. Dia seorang lelaki biasa. Pegangan agamanya hanya untuk dirinya sahaja. Mungkin sdikit dia membantu rakannya dalam hal agama tetapi bukan perkara yang mendalam. Suatu hari, dia terjumpa dengan sorang prempuan, aku kenal perempuan ni, kawan aku jugak. Baik, hijabnya tidak labuh sperti ustazah tapi cukup dngan mgikut syara'. Sjuk mata memandang. Alhamdulillah dia seorang yang mempunyai pegangan agama yang kuat. 
http://static.ak.fbcdn.net/images/blank.gif. Kawan laki aku (A) mula jatuh hati dengan kawan perempuan (B) aku. B sentiasa mndambakan seorang suami yang mampu mengimamkan setiap solatnya nanti.http://static.ak.fbcdn.net/images/blank.gif Apabila A dapat tahu hal tersebut. A mula berniat untuk untuk berubah mnjadi dirinya yang terbaik sehiggalah sekarang. Sampai sekrang, B tidak tahu yang A menaruh harapan. A mula berubah untuk drinya yang lebih baik. Kadang2 A bercerita pada aku, andai kata dia tidak mampu berubah sebelum dapat menikahi B.Adakah Allah akan tetap jodohkan A dengan B supaya A dapat berubah dngan bantuan B. Sekiranya kita berniat ikhlas untuk mnjadi baik, Allah akan hadirkan orng2 yang baik disklling kita. Kan? Kita doakan kebaikan mereka. Amin.

Sekadar memnta pandangan, kau Syira tetap kau dan takkan jadi macam sesiapa. Andai kata ade seorang laki yang pandangan agama yang agak sederhana malah tak mampu pun nak imamkan solat kau. Lelaki itu mendambakan seorang perempuan yang baik iaitu kau supaya kau dapat bantu ubah dia mnjadi lebih baik. Lelaki itu melamar kau, adakah kau menolak atau menerima? Kenapa? Andainya kau menikahi dia, adakah kau menyesal?

YE btul lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Tetapi bukan kah kalau perempuan yang baik menikahi lelaki yang kurang baik supaya lelaki itu dpat mnjadi baik. Akhirnya, lelaki tu mnjdi baik maka bertepatan lah dengan quote " lelaki yang baik untuk perempuan yang baik". 

Harap mndapat perhatian yang sungguh berilmiah dari kau nanti. 
Assalamualaikum. 
http://static.ak.fbcdn.net/images/blank.gif

Sunday, November 11, 2012

a journey to remember :)


A JOURNEY TO REMEMBER

Syira,serius ke nak pergi nih?
Betul la nih.syira dah cancel kot tiket balik kampong.
Kalau macam tu, iqa ikut!
Okei,deal!
Lagi sape lagi yang ikut?
Rasanya kak hanifah , ummi, dengan kak fatin.
Oh,kiranya kita 5 orang je la ni?
Haah..sebab akhowat lain dah beli tiket jugak,.kesian kalau cancel.and ikhwan pulak tak tahu la sape yang join.macam sikit je.
Oh,ikhwah pun takde yang join ke?ish.kesian Dr.safwan .geng boys over surau pun takde yang join ke?
Rasanya takde.amir katanya ada kerja.nor dengan ahmad pun sama.and akhi muttakin pun sama.so,semua tak ikut.

A day after:
Rasa macam nak balik rumah 
Sama.rasa macam dah tak semangat..

and the day come after all,
syira, Iqa! Cepat siap. Dr safwan dah tunggu kat surau!
Oh okei kak fatin.
Kelam kabut berserabut pagi tu.dengan beg yang besar dari biasa,cepat cepat kaki ni melangkah ke surau. Almaklumlah, dah lewat.perempuan kalau bersiap, masyaAllah.cukup cerewet:D !
Dr.safwan bawak kereta exora, so, muatlah dalam tu kami berlima yang akhowat ni, and dua orang ikhwah.
3 orang lagi ikhwah drive motor masing masing
Alhamdulillah.sampai jugak ke destinasi.rumah kak yong bazilah, dan Dr safwan
Breakfast dah ready,tinggal nak makan je.
And kat situ jugaklah baru tahu,oh,ikhwah pun ada 5 orang yang join.
Akhi alif,akhi akeef,akhi najmuddin( senior kat SHAMS), harris,dan azrul asyraf.
Okeilah tu.atleast ada daripada tak ada.
After pecahkan puasa (baca=breakfast), terus kami bergerak ke sungkai trolak.
Buat apa kat sane?
Ehemm.kat sana ada program sunathon.
Kat sk trolak utara.pengalaman ?
Banyak jugaklah yang saya dapat kutip, atleast dah practik kan dulu dah apa yang saya belajar.

On the way dalam kereta, Dr.safwan banyak berkongsi kisah dan pengalaman Dr.safwan dengan kami semua. Dr.safwan banyak bercerita kisah Dr.safwan dulu dulu. Bagaimana Dr.safwan dulu kat UIA kuantan hingga Dr.safwan sekarang boleh jadi orang yang berguna, untuk agama, bangsa, dan Negara. Dr safwan ni saya rasa hot stuff time uia dulu. haha.

And selebihnya, perjalanan kami diisi dengan hafalan surah ass-saff. Surah as-saff ni surah orang berjuang. inshaAllah, moga kita semua boleh ambik ibrah dari kisah yang Allah sampaikan melalui surah as-saff ni.


And sampai je, terus kami semua assist procedure tu. Tapi first first tuh, observe je dulu, then baru la assist^^. Dapat tengok real darah mengalir, wahh! Feeling like superb,haha. Macam hentah ape ape. Bersunat je pun.mesti korang cakap macam tu kan?, takpe, cakap je. Memang betul pun:D !






Ahah! Ni lah team kami ^^ the one belang belang wearing spectacles is dr.safwan^^
Then, petang tu, kami semua bertolak semula pulang ke kampong halaman..ecece,.gaya macam rumah sendiri pulak. Tak de lah, balik semula ke rumah dr.safwan.
Perjalanan petang tu memang sangat menduga iman. Dengan laparnya yang tak tahan,.dengan letihnya..masyaAllah. tu baru sikit, dah takk tahan. Haa, tu lah saya.  lemah ^^’’
Kemudiannya, hampir satu jam lebih perjalanan, err..2 jam mungkin, dengan traffic jam yang memang betul jam stroberyy plus lagi hujan anjing and kucing belari 100 meter yang non-stop (baca: raining cat and dog)! Akhirnya, selamat sampai jugak.alhamdulillah. one of ikhwah yang bawak motor ke sana, sampai basah kuyup..kesian.isk ,woo T.T
And petang tu, team dapur, that is sis fatin amira and kak yong bazilah sendiri, hidangkan kitorang semua nasi ayam! Panas panas lagi!
Amacam? Teliur tak? ^^
Tapi, tak sempat ambik gambar. Sebab terlampau lapar sampai helminthes (baca:satu spesies cacing) merengek menendang nendang perut..wooo Y.Y

And, part yang paling best, kitorang makan dalam talam ramai ramai! Syok! dapat rasa kemanisan berukhuwah, makan suap suap,.err, tapi time makan nasik ayam nih tak sempat nak suap suap sebab nya ,err..hee..lapar sangat.so,terlupa,then  suap mulut sendiri je^^.

Then after that, para syabab agama bersama dr.safwan, bersiap untuk ke homestay kat ulu kinta. And para akhowat mujahidah pulak bersiap siap untuk solat maghrib.akhowat semua stay kat rumah bersama kak yong bazilah,merangkap isteri Dr.safwan, while all the guys staying at homestay 

Siap solat isya’ berjemaah,kami selaku WANITA, tolong kak yong untuk masak makan malam.that is mee sup enak-lazat dan TAWAR! Wohaa.. ==’’

And sambil sambil makanan siap dihidang,para ikhwan bersama dr.safwan dah pun sampai. And dr.safwan terus bukak satu ceramah yang berkaitan dengan ABIM agar kami semua lebih memahami, apa tu pertubuhan ABIM.
Kami bersepuluh makan mee sup terbabit (?) sambil tengok ceramah tu. And siap je makan, kami buat halaQah, bacaan al mathurat. And after that, dr.safwan bukak satu bulatan. 
And bermulalah sesi taaruf.
Dalam sesi taaruf tu kami diminta untuk ceritakan semua kerja kerja dakwah yang pernah kami lakukan, and jugak basic tentang agama .kat usrah ni lah baru saya tahu rupa rupanya mereka yang saya sangka pendiam tidak punya semangat dalam berdakwah, rupanya punya ruh dakwah yang menggunung dalam hati mereka. Cuma, kerana keadaan sekeliling yang sebabkan niat tu bagai habuk kering yang ditiup angin lalu je..hampir pukul 12 kami berusrah mengenali diri masing masing.. dr.safwan banyak bercerita kepada kami semua tentang dakwah dan perjuangan.
Then, masa untuk tidur. Para ikhwah dihalau semula ke kediaman mereka.


Esoknya, awal pagi kami bertolak ke homestay ikhwah . ada satu usrah bersama ketua ABIM perak, that is cg. Suhaimi.antara pengisian yang cg.suhaimi berikan:
·         Orang yang faham agama adalah orang yang mengambil islam dengan sepenuhnya.tidak hanya mengambil islam untuk kepentingan diri.
·         Orang yang faham agama juga :
*      Akan belajar  dan tidak akan terus berada dalam kebodohan.
1)     Akan zuhud dengan dunia. Apa tu zuhud? Zuhud tu ismengambil sesuatu yang halal sekadarnya.tidak berlebih lebih, dan mencukupi sekadarnya.
2)   Contoh orang yang zuhud dengan dunia adalah: abdul rahman bin auf (sila search kalau tak tahu)^^
3)    zuhud pada dunia: jangan sampai lalai dalampada Allah dalam mencari urusan dunia.
4)     Zuhud pada tangan manusia : andainya dipilih sebagai ketua, atau  dipilih untuk memegang jawatan , tolak terlebih dahulu. Kerana orang yang zuhud ni dia tahu bahawa amanah bukanlah satu kemuliaan, tapi satu bebanan di akhirat.

·      and lagi nasihat  :
          -  Nak bina baitul muslim, mestilah dimulakan sebelum kahwin lagi, iaitu dengan menjaga diri dan sekeliling.
·      -   Mesti sentiasa bermuhasabah diri, iaitu dengan melihat kelemahan diri sendiri. waktu yang paling baik adalah pada 1/3 malam.
·         Dan, cg.suhaimi memberikan kami semua info tentang syiah, yang sangat sesat! Dan cg suhaimi juga nasihat kepada kami untuk menjauhi syiah ,dan menjaga diri daripada perkara yang boleh membawa kepada murtad. Nauzubillah min dzaalik!

Satu jam masa berlalu begitu pantas.sesi ceramah bersama cg.suhaimi ditutup dengan surah al asr dan tasbih kaffarah. Kemudiannya., kami  semua get ready packing barang untuk pulang . almaklumlah, cuti deepavali seminggu, so, terus straight ke stesen bas medan gopeng lah. Namun,saya, kak hanifah, ummi, dan kak fatin punya rencana lain. Hoho. Memandangkan bas kami pukul 10 malam, so, kami terus ke jusco. Isi perut ^^

Mukhayyam 2 hari satu malam bersama dr.safwan dan kak yong bazilah bersurai jam 11 pagi ,11 november 2012.
Theres a lot of things yang saya dapat. Dan, saya pulak yang masih dalam dilemma nak pilih IKRAM atau ABIM, bertambah tambah lah keliru^^’’

Dua dua dah jatuh sayang. IKRAM pun sayang. And ABIM pun jatuh cinta. Takpelah, mungkin masa akan tunjukkan, yang mana satu hati patut menetap^^ yang penting, dua dua pertubuhan tu adalah demi ISLAM terchenta . 

Okeilah. Berakhir disini. nak ready packing barang. Malam ni flight ke UK pukul 10 malam. *sekeh kepala lutut. PERASANN ! okei.ila liQa’