Sunday, November 11, 2012

a journey to remember :)


A JOURNEY TO REMEMBER

Syira,serius ke nak pergi nih?
Betul la nih.syira dah cancel kot tiket balik kampong.
Kalau macam tu, iqa ikut!
Okei,deal!
Lagi sape lagi yang ikut?
Rasanya kak hanifah , ummi, dengan kak fatin.
Oh,kiranya kita 5 orang je la ni?
Haah..sebab akhowat lain dah beli tiket jugak,.kesian kalau cancel.and ikhwan pulak tak tahu la sape yang join.macam sikit je.
Oh,ikhwah pun takde yang join ke?ish.kesian Dr.safwan .geng boys over surau pun takde yang join ke?
Rasanya takde.amir katanya ada kerja.nor dengan ahmad pun sama.and akhi muttakin pun sama.so,semua tak ikut.

A day after:
Rasa macam nak balik rumah 
Sama.rasa macam dah tak semangat..

and the day come after all,
syira, Iqa! Cepat siap. Dr safwan dah tunggu kat surau!
Oh okei kak fatin.
Kelam kabut berserabut pagi tu.dengan beg yang besar dari biasa,cepat cepat kaki ni melangkah ke surau. Almaklumlah, dah lewat.perempuan kalau bersiap, masyaAllah.cukup cerewet:D !
Dr.safwan bawak kereta exora, so, muatlah dalam tu kami berlima yang akhowat ni, and dua orang ikhwah.
3 orang lagi ikhwah drive motor masing masing
Alhamdulillah.sampai jugak ke destinasi.rumah kak yong bazilah, dan Dr safwan
Breakfast dah ready,tinggal nak makan je.
And kat situ jugaklah baru tahu,oh,ikhwah pun ada 5 orang yang join.
Akhi alif,akhi akeef,akhi najmuddin( senior kat SHAMS), harris,dan azrul asyraf.
Okeilah tu.atleast ada daripada tak ada.
After pecahkan puasa (baca=breakfast), terus kami bergerak ke sungkai trolak.
Buat apa kat sane?
Ehemm.kat sana ada program sunathon.
Kat sk trolak utara.pengalaman ?
Banyak jugaklah yang saya dapat kutip, atleast dah practik kan dulu dah apa yang saya belajar.

On the way dalam kereta, Dr.safwan banyak berkongsi kisah dan pengalaman Dr.safwan dengan kami semua. Dr.safwan banyak bercerita kisah Dr.safwan dulu dulu. Bagaimana Dr.safwan dulu kat UIA kuantan hingga Dr.safwan sekarang boleh jadi orang yang berguna, untuk agama, bangsa, dan Negara. Dr safwan ni saya rasa hot stuff time uia dulu. haha.

And selebihnya, perjalanan kami diisi dengan hafalan surah ass-saff. Surah as-saff ni surah orang berjuang. inshaAllah, moga kita semua boleh ambik ibrah dari kisah yang Allah sampaikan melalui surah as-saff ni.


And sampai je, terus kami semua assist procedure tu. Tapi first first tuh, observe je dulu, then baru la assist^^. Dapat tengok real darah mengalir, wahh! Feeling like superb,haha. Macam hentah ape ape. Bersunat je pun.mesti korang cakap macam tu kan?, takpe, cakap je. Memang betul pun:D !






Ahah! Ni lah team kami ^^ the one belang belang wearing spectacles is dr.safwan^^
Then, petang tu, kami semua bertolak semula pulang ke kampong halaman..ecece,.gaya macam rumah sendiri pulak. Tak de lah, balik semula ke rumah dr.safwan.
Perjalanan petang tu memang sangat menduga iman. Dengan laparnya yang tak tahan,.dengan letihnya..masyaAllah. tu baru sikit, dah takk tahan. Haa, tu lah saya.  lemah ^^’’
Kemudiannya, hampir satu jam lebih perjalanan, err..2 jam mungkin, dengan traffic jam yang memang betul jam stroberyy plus lagi hujan anjing and kucing belari 100 meter yang non-stop (baca: raining cat and dog)! Akhirnya, selamat sampai jugak.alhamdulillah. one of ikhwah yang bawak motor ke sana, sampai basah kuyup..kesian.isk ,woo T.T
And petang tu, team dapur, that is sis fatin amira and kak yong bazilah sendiri, hidangkan kitorang semua nasi ayam! Panas panas lagi!
Amacam? Teliur tak? ^^
Tapi, tak sempat ambik gambar. Sebab terlampau lapar sampai helminthes (baca:satu spesies cacing) merengek menendang nendang perut..wooo Y.Y

And, part yang paling best, kitorang makan dalam talam ramai ramai! Syok! dapat rasa kemanisan berukhuwah, makan suap suap,.err, tapi time makan nasik ayam nih tak sempat nak suap suap sebab nya ,err..hee..lapar sangat.so,terlupa,then  suap mulut sendiri je^^.

Then after that, para syabab agama bersama dr.safwan, bersiap untuk ke homestay kat ulu kinta. And para akhowat mujahidah pulak bersiap siap untuk solat maghrib.akhowat semua stay kat rumah bersama kak yong bazilah,merangkap isteri Dr.safwan, while all the guys staying at homestay 

Siap solat isya’ berjemaah,kami selaku WANITA, tolong kak yong untuk masak makan malam.that is mee sup enak-lazat dan TAWAR! Wohaa.. ==’’

And sambil sambil makanan siap dihidang,para ikhwan bersama dr.safwan dah pun sampai. And dr.safwan terus bukak satu ceramah yang berkaitan dengan ABIM agar kami semua lebih memahami, apa tu pertubuhan ABIM.
Kami bersepuluh makan mee sup terbabit (?) sambil tengok ceramah tu. And siap je makan, kami buat halaQah, bacaan al mathurat. And after that, dr.safwan bukak satu bulatan. 
And bermulalah sesi taaruf.
Dalam sesi taaruf tu kami diminta untuk ceritakan semua kerja kerja dakwah yang pernah kami lakukan, and jugak basic tentang agama .kat usrah ni lah baru saya tahu rupa rupanya mereka yang saya sangka pendiam tidak punya semangat dalam berdakwah, rupanya punya ruh dakwah yang menggunung dalam hati mereka. Cuma, kerana keadaan sekeliling yang sebabkan niat tu bagai habuk kering yang ditiup angin lalu je..hampir pukul 12 kami berusrah mengenali diri masing masing.. dr.safwan banyak bercerita kepada kami semua tentang dakwah dan perjuangan.
Then, masa untuk tidur. Para ikhwah dihalau semula ke kediaman mereka.


Esoknya, awal pagi kami bertolak ke homestay ikhwah . ada satu usrah bersama ketua ABIM perak, that is cg. Suhaimi.antara pengisian yang cg.suhaimi berikan:
·         Orang yang faham agama adalah orang yang mengambil islam dengan sepenuhnya.tidak hanya mengambil islam untuk kepentingan diri.
·         Orang yang faham agama juga :
*      Akan belajar  dan tidak akan terus berada dalam kebodohan.
1)     Akan zuhud dengan dunia. Apa tu zuhud? Zuhud tu ismengambil sesuatu yang halal sekadarnya.tidak berlebih lebih, dan mencukupi sekadarnya.
2)   Contoh orang yang zuhud dengan dunia adalah: abdul rahman bin auf (sila search kalau tak tahu)^^
3)    zuhud pada dunia: jangan sampai lalai dalampada Allah dalam mencari urusan dunia.
4)     Zuhud pada tangan manusia : andainya dipilih sebagai ketua, atau  dipilih untuk memegang jawatan , tolak terlebih dahulu. Kerana orang yang zuhud ni dia tahu bahawa amanah bukanlah satu kemuliaan, tapi satu bebanan di akhirat.

·      and lagi nasihat  :
          -  Nak bina baitul muslim, mestilah dimulakan sebelum kahwin lagi, iaitu dengan menjaga diri dan sekeliling.
·      -   Mesti sentiasa bermuhasabah diri, iaitu dengan melihat kelemahan diri sendiri. waktu yang paling baik adalah pada 1/3 malam.
·         Dan, cg.suhaimi memberikan kami semua info tentang syiah, yang sangat sesat! Dan cg suhaimi juga nasihat kepada kami untuk menjauhi syiah ,dan menjaga diri daripada perkara yang boleh membawa kepada murtad. Nauzubillah min dzaalik!

Satu jam masa berlalu begitu pantas.sesi ceramah bersama cg.suhaimi ditutup dengan surah al asr dan tasbih kaffarah. Kemudiannya., kami  semua get ready packing barang untuk pulang . almaklumlah, cuti deepavali seminggu, so, terus straight ke stesen bas medan gopeng lah. Namun,saya, kak hanifah, ummi, dan kak fatin punya rencana lain. Hoho. Memandangkan bas kami pukul 10 malam, so, kami terus ke jusco. Isi perut ^^

Mukhayyam 2 hari satu malam bersama dr.safwan dan kak yong bazilah bersurai jam 11 pagi ,11 november 2012.
Theres a lot of things yang saya dapat. Dan, saya pulak yang masih dalam dilemma nak pilih IKRAM atau ABIM, bertambah tambah lah keliru^^’’

Dua dua dah jatuh sayang. IKRAM pun sayang. And ABIM pun jatuh cinta. Takpelah, mungkin masa akan tunjukkan, yang mana satu hati patut menetap^^ yang penting, dua dua pertubuhan tu adalah demi ISLAM terchenta . 

Okeilah. Berakhir disini. nak ready packing barang. Malam ni flight ke UK pukul 10 malam. *sekeh kepala lutut. PERASANN ! okei.ila liQa’


No comments:

Post a Comment