Thursday, December 27, 2012

bacalah (:

 assalamualaikum. cerpen ini ditulis by one of my best friends.and this is her first. so please,leave your comments^^'' apa yang kurang tolong baiki. moga Allah balas dengan segenap kebaikan. amin^^

and and and, memang agak panjang. chill and banyak kan bersabar :)
BAB 1 : RINDU SEORANG PEJUANG
Siang melabuhkan tirainya. Kini malam membuka episod baru. Aku menghela nafas lega selepas selesai solat isyak berjemaah bersama imamku. Malam ini, keheningan malam hanya dinikmati seorang diri lantaran si imam ada kerja yang perlu disiapkan di pejabat. Rindu pula rasanya pada sebuah sekolah yang menghadiahkan ku 1001 kenangan dan tarbiyah. SMKA SHEIKH ABDUL MALEK. Aku mencapai ‘diari Muslimah’ untuk mengubati kerinduan ini. Ku selak helaian demi helaian sambil mengimbau nostalgia lama.

BAB 2 : HATI GERSANG
Alunan zikir asma allah menjadi santapan pagi buat warga shams. ‘hanya dengan mengingati allah, hati akan menjadi tenang’. Itulah tarbiyah shams. Bukan sahaja dengan asma allah, ditambah pula dengan tazkirah dari pengawas yang bertugas. Memang tidak dibiarkan 24 jam dalam kehidupan pelajar shams tanpa tazkirah. Aku bersyukur diberikan didikan yang sempurna ini. Dengan menyebut namanya, dapat aku basahi hati yang sudah lama gersang.

BAB 3 :  SAAT AJAL MENJEMPUT
Pagi itu, seluruh bumi shams digegarkan dengan satu berita tergempar. Seorang bekas guru sekolah kami telah kembali ke rahmatullah. Innalillahhiwainnailaihiroji’un. Kami dimaklumkan bahawa cikgu amin meninggal kerana tergelincir di bilik air sewaktu bangun untuk solat tahajud bersama isterinya. Mayat diimamkan sendiri oleh anaknya yang ketiga. Alhamdulillah, semua urusan pengebumian berjalan lancar. Aku dan beberapa pelajar sekelas menempah sebuah van untuk ke rumahnya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Namun disebabkan van penuh, aku mengambil keputusan untuk membiarkan sahabat lain yang lebih rapat dengan cikgu amin memenuhi van tersebut. Cukuplah doaku mengiringi pemergian itu.
“tadi sewaktu pengebumian cikgu, ana lihat anaknya menangis. Sayu juga hati melihat, namun datang ibu saudaranya menyapa ana. Katanya, anak cikgu amin tu, namanya ashraf. Dari pagi tadi, tiada setitis pun air matanya gugur, dia kuatkan ahli keluarganya yang lain. Mungkin hatinya terlalu sebak hingga tak mampu bertahan lagi,”cerita kawanku selepas pulang dari rumah cikgu amin.
Aku cukup kagum dengan cerita itu. Walaupun tidak ke sana, namun aku dapat rasai keadaan waktu itu. Teringat aku kisah umar bin abdul aziz ketika di sebut tentang mati. Beliau akan menggeletar seumpama burung kesejukan lalu beliau menangis sehingga basah janggutnya. Satu malam, beliau menangis. Apabila tangisannya reda, isterinya fatimah bertanya,”wahai amirul mukminin, kenapa kamu menangis?” beliau menjawab,”aku teringat nasib manusia selepas di hitung di hadapan Allah. Satu kumpulan akan ke syurga dan satu lagi akan ke neraka. Lalu beliau meraung dan akhirnya jatuh pengsan.
Cerita ibu saudaranya lagi kepada sahabat ana,”semalam ashraf bagitahu mak cik yang dia bermimpi ayahnya tinggal di sebuah tempat yang sungguh cantik sambil tersenyum padanya. Katanya, jika ayah tinggalkan dia untuk hidup di tempat yang lebih baik, dia redha.”
Masya allah, bukan semua insan mampu berkata begitu saat menerima kehilangan insan yang disayangi. Memang kuat dalaman ashraf. Aku cukup kenal dengan ashraf, seorang bekas pelajar shams yang pernah sekelas denganku sewaktu di tingkatan 2, namun dia berhijrah ke kisas selepas mendapat  keputusan yang cemerlang dalam pmr. Kagum sekali aku dengan peribadinya. Dia pernah terkena kasut sewaktu kawan-kawan nakal yang lain bermain. Aku menjangka yang dia akan bangun melawan, namun tekaan ku ternyata salah. Dia hanya menyapu kesan kasut itu. Subhanallah, mulianya dia.
BAB 4 : TIADA YANG KETIGA
“huh, laparnya. Happy nyer kalau kelas hari ni batal.”aku bermonolog sendiri dalam perjalanan menuju ke kelas matematik. Jarum jam tegak menunjukkan waktu makan tengah hari, namun hasrat untuk pulang awal terpaksa dibatalkan kerana ada kelas tambahan math. Agak menyedihkan namun kugagahi kaki melangkah.
“Aisyah, ada bawa majalah dari pihak aspuri yang ana minta semalam?”ada suara menyapaku dari belakang..
Subhanallah, banin. Aku segera menundukkan pandangan tanda mengerti keadaan kami waktu itu. Ikhtilat tetap di jaga walaupun hanya kami berdua dan pastinya ada yang ketiga antara kami,syaitan. Sebelum yang ketiga turut serta, lebih baik kami berwaspada agar terpelihara dari sebarang fitnah.
“Maaf, ana memang lupa nak bawa. Majalah tu ada pada sahabat ana. Insya Allah, esok ana bawa.”
“oo, esok kalau anti bawa, letakkan saja atas meja ana boleh? Rasanya tak elok juga kalau sahabat lain tengok kita asyik bertemu”,balas haiqal.
Aku mengangguk tanda faham apa yang dimaksudkan.. Walaupun kami kerap bertemu atas urusan kerja, namun itu hanya aku dan sahabat terdekat yang tahu. Bagi yang tidak tahu, mungkin aku sedang ‘mempromosikan’ diriku untuk di fitnah. Bahkan dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan, ada batas-batas yang perlu dijaga. Itulah keindahan islam, diciptakan terbaik untuk manusia yang mengerti.

BAB 5 : CINTA HARAM ITU COKLAT, CINTA HALAL ITU MADU
“Ya allah, cikgu dah ada.”aku bergegas masuk ke kelas. Rasanya segan pula cikgu yang lebih awal. Sepatutnya aku yang menunggu pemberi ilmu.
“oit, lewat nampak. Sesat tengah jalan ke?”aku di sapa rakan di meja belakang, aqilah. Dia sangat terkenal dengan sikap peramah tak tentu masa. Kadang-kadang aku pelik dengan dia, asyik bercakap dan senyum je. Timbul juga persoalan dalam kepalaku, bila agaknya dia akan badmood?  Ternyata dia lebih berpengalaman dalam aspek mengawal emosi.
“Tak lah, tadi lewat turun dari masjid.”aku sengaja memendekkan perbualan untuk memberi perhatian pada guru di hadapan.
Setelah tamat waktu, aku bersiap pantas untuk keluar dari kelas. Terngiang di telinga, makanan sedang memanggilku. Tangan ku hulurkan pada guru tanda hormat dan terima kasih atas curahan ilmunya. Begitulah yang diajarkan pada kami di shams. Sejak di tingkatan 1 lagi, didikan itu diserap dan kini menjadi satu amalan.  
“syah..syah..”
aduh.. bila masa plak nama aku jadi syah ni..aku berpaling ke belakang menyedari ada seseorang yang memanggil.
“Apa?”,rasa agak menyakitkan bila perjalanan pantasku untuk ke dewan makan di halang oleh sekumpulan senior. Aku cukup kenal mereka, ‘heroin’ shams. Apa saja mereka akan buat untuk mencari keseronokan dan kebebasan. Kata Cikgu Man, guru kaunseling sekolahku, mereka sukakan keseronokan. Dan untuk mengubah mereka secara drastik, pasti tiada hasilnya.Walaupun didikan yang sempurna dihidangkan di shams untuk peningkatan sahsiah individu, namun masih ada yang tergelincir dari landasan itu. Mungkin pendekatan dakwah yang lebih halus patut diberikan kepada mereka.
“Syah, ada orang bagi,”kata salah seorang antara mereka.
“Apa ni ye?”
“Love letter”
Agak terkejut dengan kalimah itu,namun surat sudah di tanganku dan mereka pun sudah berlalu meninggalkan aku. Dugaan apa pula yang datang untuk aku kali ni.
“Bismillahhirrahmanirrahim. Allahhumma yassir wa la tu’assir ”,moga-moga allah hindarkan aku dari segala kesulitan.
“Astaughfirullah”, aku tercengang membaca warkah misteri dari seorang insan itu.
Salam perkenalan aisyah. Moga2 tulisan ini mampu merungkaikan segala yang tersembunyi di hati. Amir dah lama menyembunyikan perasaan ni. Rasanya dah lama kita berkawan, izinkan status kawan itu, amir minta ditukarkan. Jadikan amir teman aisyah. Amir akan jaga aisyah sebaik mungkin._amir_
Allah, kuatkan hambamu ini. Takkala hati baru mula bertapak untuk melakukan penghijrahan, dugaan datang menguji. Benarlah penghijrahan memerlukan kesabaran dalam 3 perkara : kesabaran dalam ketaatan, kesabaran dalam menerima musibah dan kesabaran dalam tidak melakukan maksiat. Hatiku berbelah bagi. Memang sudah lama status kawan itu tercatat pada kami, namun status tersebut tak mungkin akan dinaikkan dengan sewenangnya. Aku tak mempunyai sekelumit pun perasaan padanya. Cinta itu anugerah namun aku punya calon sendiri untuk menjadi imamku. Imam yang dirahsiakan Allah untukku, dan aku yakin andai aku serahkan segala-galanya pada tuhan, pasti rencana yang baik di aturkan untukku. Aku bertekad tidak akan terpengaruh dengan cinta sementara ini. Allah berfirman dalam satu hadis qudsi yang bermaksud, ’meninggalkan dosa itu lebih mudah bagimu daripada merasai kepanasan azb neraka.’
BAB 6 : AMANAH ALLAH
“Kak aisyah!”,panggil junior asrama ku. Terperanjat aku dibuatnya, manakan tidak, otak bercelaru memikirkan sesuatu.
“Ooh nisa, dah makan?”
“Dah, baru aje keluar dari dewan makan. Mak long dah tutup dewan.”
“Laa, dah tutup ke? Awal nyer. Makanan dah habis ke?”
“Eh akak ni. Awal apa nye sekarang ni. Kan mak long biasanya tutup dewan makan pukul 3.30. ni dah pukul 3.45.”
Aku mengerling jam di tangan nisa. Ternyata memang aku dalam keadaan separuh sedar. Masalah tadi sedikit sebanyak memang mengganggu fikiranku.
“Tak pe la akak. Nisa pergi dulu ye. Ada usrah pengawas pukul 4 nanti.”
“Oo,ok ok.. jaga diri.”
Memang rajin budak ni. Ramai yang memuji disiplin yang terpamer padanya sejak awal melangkah ke shams. Sesuai dengan namanya, Khairunnisa (sebaik baik wanita). Sangat menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan. Pernah sekali aku bertanya, ’tak letih ke asyik ada usrah je?’ kagum aku dengan jawapan nya yang padat dengan peringatan berguna untuk ku. ‘bukan tak letih akak. Tapi ini amanah saya. Mulanya memang saya berniat menolak jawatan ni, tapi disebabkan pucuk kepimpinan atas memohon supaya saya terima, saya terima kerana Allah. 

Pada zaman Sayidina Umar dulu, beliau sendiri dirasuk kebimbangan kalau-kalau beliau dilantik menggantikan Khalifah Sulaiman. Namun disebabkan Umar memang terlalu layak memegang jawatan tersebut, tampuk kepimpinan segera diserahkan kepada beliau. Pada awal pelantikannya sebagai khalifah, banyak perkara yang mengagumkan telah dilakukan. Hebatnya peribadi Umar, beliau tidak menaiki kenderaan rasmi kerajaan, tidak menggunakan pelita kerajaan dalam urusan peribadi, malah mendermakan banyak kepentingan dan milik peribadi pada kerajaan. Jika seorang khalifah semulia itu memohon supaya dia tidak dicalonkan, siapa saya untuk memikul amanah seberat ini. Kerana itu sabda Nabi,
*jangan kamu minta jawatan. Jika kamu minta, lalu diberikan kepadamu, pasti kamu akan diwakilkan padamu (tanpa mendapat bantuan daripada Allah). Dan jika kamu tidak meminta dan diberikan padamu, pasti kamu akan mendapat pertolongan daripada Allah.*”
Lidahku kelu dengan penerangannya. Ternyata inilah permata shams yang akan bersinar kelak. Keperibadiannya di sanjung tinggi walaupun dia agak pendiam orangnya. Aku sendiri pun mengaguminya walaupun umurku lebih tua darinya.

BAB 7 : ALHAMDULILLAH
Ku rebahkan badan ke atas katil dengan lemah. Perut bergendang seolah-olah meminta sesuatu. Segera aku mandi untuk bersiap ke surau bagi menunaikan solat asar berjemaah.
Allahhuakbar allahhuakbar!
Ya allah, aku perlu bergegas ni. Kan tak fasal-fasal dapat ‘surat saman’. Beginilah tarbiyah di shams mengajar kami solat berjemaah. Kalimah ‘surat saman’ sangat menggerunkan hati pelajar asrama. Mana tidaknya, kalau dah banyak sangat surat tu, dibuang asrama la nampaknya.
Selesai berjemaah bersama, ku panjangkan rintihanku pada Ilahi,“Ya allah, Kau Maha Mengetahui keadaan aku sekarang sangat lapar. Berilah dari rezekiMu untukku. Sesungguhnya tiada kenyang untukku tanpa rezekiMu.”
Suatu hari ketika rasulullah telah dikunjungi oleh malaikat Jibrail, membawa tawaran daripada Allah untuk menukarkan semua bukit-bukit batu di sekitar Mekah menjadi bukit emas. Rasulullah ketika mendengar tawaran itu menjelaskan sikapnya kepada Malaikat Jibrail itu melalui doanya yang bermaksud,
*“Tidak wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku lebih suka dalam hidupku berkeadaan lapar sehari dan kenyang sehari, kerana ketika waktu lapar dapatlah aku bertadharruk (merintih merayu) terhadapMu ya Allah, dan apabila aku dalam keadaan kenyang maka dapatlah aku mensyukuri nikmatMu ya Allah.”*
“Kepada semua pelajar shams, Insya allah kita akan sama-sama membaca mathurat. Minta semua pelajar berada dalam satu halaqah.”
Aktiviti selepas waktu asar memang diringkaskan, contohnya bacaan mathurat, tazkirah, ataupun bacaan quran tanda menghormati hak asasi pelajar. Walaupun peraturan asrama sangat tegas, namun toleransi untuk kami masih ada.
“Lewat pula ketua pengawas kita hari ni. Apa kes?”
Aku memandang ke arah yang ditunjukkan sahabatku, amalina. “Mesti sengaja datang lambat. Nak rest lebih kat hostel”bentak amalina sambil matanya mengerling tanda perli. Lantas berdiri seorang sahabatku mengusap belakangnya. “Kamu sedang buruk sangka padanya. Mungkin dia ada kerja yang perlu disiapkan. Siapa tahu? Daripada kamu buruk sangka padanya, lebih baik kamu pergi bercakap dengan akak tu. Mana tahu kamu akan dapat penjelasannya.”

Aku mengiyakan tanda menyokong kata fatimah. Lagi pula, pemimpin kami itu bukan selalu lewat dalam beribadah padaNya. Kenapa dengan satu kesalahannya, harus dibesarkan?
Selepas bacaan mathurat,aku menyambung bacaan quran untuk memenuhi waktu lapang sebelum makan petang. Sesetengah pelajar turun ke padang untuk riadah bersama ahli dorm masing-masing. Biasanya, kami di bahagikan turn untuk turun padang. Peraturan sebegini tidak terlalu membebankan dan aku yakin jika dikekalkan, pasti akan membuahkan hasil. Buktinya kini, walaupun pada mula-mula peraturan ini dikeluarkan, ramai yang angkat muka tanda protes, namun kini lebih ramai yang melibatkan diri untuk sama-sama bermain. Tanpa disedari, sunnah Rasulullah dapat dihidupkan. Mukmin yang kuat lebih disukai allah berbanding mukmin yang lemah.
Aku menuju ke arah Kak Nadia selepas selesai membaca quran dan menghafaz sedikit ayat. Sudah lama rasanya tidak menyapa pemimpin serba boleh itu.
“As..”
Belum sempat aku memberi salam padanya, terdiam seketika aku mendengar luahannya pada Sang Pencipta. Rupanya dia masih belum selesai berdoa.
“Ya Allah, berikan kekuatan untuk ku memikul amanah ini. Jangan kau biarkan aku sendiri dalam perjalanan ini. Kau Maha Mengetahui betapa beratnya amanah untuk menjaga biah solehah di bumi shams. TanpaMu, tiada upaya untukku pikul amanah ini. Amin.”
“Amin.Alhamdulillah”,ku aminkan doanya bersama.
“Ouh, bila kamu kat sini? Dah lama? Kenapa ucap alhamdulillah?”
“Maaf, tadi saya datang nak menyapa. Tapi rupanya akak belum selesai berdoa, saya terdengar doa akak. Alhamdulillah, kami serahkan jawatan pada akak. Memang akak pemimpin yang layak.”
Sistem undian dari pelajar shams akan dilaksanakan apabila ingin memilih pemerintahan yang baru. Bersifat demokrasi dan lebih adil. Pilihan raya untuk memilih calon-calon yang sesuai dilaksanakan secara besar-besaran dan calon yang dipertandingkan akan memberi ucapan untuk meyakinkan pengundi. Manifesto yang dilakar oleh calon-calon yang bertanding akan ditampal di kawasan sekolah sebelum hari mengundi.
“Emm, akak hanya laksanakan amanah.”
Cukup ringkas jawapan nya, namun aku tahu, di sebalik jawapan itu, tersimpul satu tanggungjawab yang berat untuk di pikul.

BAB 8 : PERSAHABATAN UMPAMA UNTAIAN TASBIH
6.00 petang.. alhamdulillah, tibanya waktu perut diisi. Kaki melangkah pantas menuju ke dewan makan bersama dua sahabat karib, Amalina dan Fatimah. Belum sempat kaki berpijak pada lantai dewan makan, ada seseorang memanggil kami dari sudut asrama.
Akak….akak..”
Pantas kami berpaling dan memerhatikan seorang junior bergegas menuju ke arah kami dalam keadaan tercungap-cungap.
“Kak Tirah jatuh kat depan blok. Dia tergelincir, mulutnya berdarah. Terkena batu bata.”
Subhanallah. Kami berlari menuju ke kawasan sekolah. Niat untuk menikmati rezeki Ilahi tiada lagi, terbayang di minda keadaan sahabat kami. Mana mungkin hati tidak berdegup kencang sebelum dapat melihatnya. Dia lah sahabat kami yang banyak membantu dalam bidang pelajaran. Pernah aku gagal dalam ujian matematik tambahan, katanya, “Allah Maha Pemurah. Banyakan berdoa padanya. Mungkin ini ujian dari Tuhan untuk menguatkan anti. Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuan kita. Dan ingat, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubahnya sendiri. Teruskan berusaha, jangan tunggu kejayaan datang bergolek. Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu”.kata-kata itu memberikan semangat padaku hingga aku berjaya mendapat B dalam peperiksaan seterusnya.
“Ya Allah Syahira, macam mana boleh jadi ni?”,tanyaku pada Syahira,juga sahabat rapatku yang sudah berada di situ.
“Ana tak tahu. Ana baru sampai.”
Kulihat Amalina kaku di samping Fatimah. Manakan tidak, mulut sahabatku itu berlumuran darah dan mukanya pucat. Dia sudah tidak sedarkan diri. Air mata mengalir tanpa mampu ditahan lagi. Benarlah jelas Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, orang islam yang tidak berasa tersentuh hatinya apabila melihat saudara seagamanya dizalimi dan ditindas, sebenarnya mereka itu tidak mempunyai hati.
Kami sama-sama mengangkatnya menuju ke asrama sambil Syahira memaklumkan berita ini kepada warden. Agak lelah rasanya mengangkat sahabat yang lebih kurang 50kg beratnya, namun disebabkan tali ukhuwah yang terbina lebih kuat dari kudrat kami, misi berjaya. Athirah di hantar ke klinik ditemani warden dan kapten asrama. Mujurlah dia selamat. Walaupun aku dapat lihat beberapa jahitan di bibirnya, namun dia masih selamat.

BAB 9 : UKHUWAH ITU INDAH
Menjadi kebiasaan kami,selepas bacaan surah al-mulk jam 11 malam, pasti akan diadakan sedikit tazkirah ringkas. Dalam halaqah mulia yang dinaungi para malaikat,kami sama-sama memperingati antara satu sama lain. Walaupun hanya dengan sepotong ayat ringkas, namun ia sangat berguna buat kami sama ada untuk masa kini atau akan datang. Jelas sabda Nabi junjungan :
*sampaikan dariku walaupun hanya dengan sepotong ayat.*
Dijadikan manusia ini sentiasa lupa, dan dengan majlis tazkirah ini lah, segala ilmu yang makin “pupus” dari dada manusia akan kembali hidup. Terkenang aku satu kisah yang di bawa oleh ketua dorm kami, tentang peribadi Rasulullah s.a.w. “adik-adik, sebagaimana kita tahu Nabi telah lama meninggalkan kita, namun kenapa hingga sekarang kita masih boleh bernafas dalam nikmat islam? Kami dibiarkan tertanya-tanya dengan soalan tersebut beberapa minit, namun halaqah membisu dengan jawapan seorang teman, katanya “kerana kesabaran Nabi”. Mukanya berubah seakan-akan menahan sebak di dada. “Ajaran islam di bawa dan tersebar hingga ke hari ini kerana kesabaran nabi menempuh segala-galanya demi islam. Sewaktu Rasulullah berdakwah di Thaif,baginda dilempar dengan batu dan najis.namun baginda tetap senyum dan bersabar.lalu Jibrail turun dan bertanyakan kepada baginda, “bukit yang mana engkau mahu aku lemparkan kepada mereka ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”tidak mengapa ya Jibrail, sesungguhnya mereka masih belum mengerti.” Jibrail berkata lagi,”tetapi mereka menghinamu ya Rasulullah.” Baginda menjawab,”tidak mengapa, jika mereka tidak mahu beriman, mungkin anak-anak mereka akan beriman.”benar kata nabi, lihat sahaja Abu Jahal, musuh no.1 nabi,siapa anaknya?Ikrimah ibn Abu Jahal, seorang islam malah perawi hadis.Subhanallah, hebatnya pekerti pesuruh Allah”,temanku mengakhiri ceritanya sambil teresak-esak.Siapa sangka halaqah yang pada mulanya tenang menjadi sebuah halaqah ukhuwah yang cukup indah. Masih segar dalam ingatan bagaimana cara penyampaian tazkirah itu cukup menyentuh hati yang sudah lama ingin mabuk cinta dengan kekasih Allah.. itulah istimewanya tazkirah. Di samping saling memperingati sesama sendiri, ukhuwah yang terjalin dapat dieratkan dengan ikatan yang lebih kuat.

BAB 10 : TAHAJUD SEORANG HAMBA
Malam itu, tepat jam 4.30 pagi, kami dikejutkan dengan satu pengumuman dari pondok pengawal.
“Kepada semua penghuni aspura dan aspuri, kalian diwajibkan turun ke surau sekarang juga untuk qiamullail bersama-sama.”
Memang sudah menjadi satu kebiasaan, beginilah rutin kami pada hari Jumaat. Qiamullail yang diimamkan oleh beberapa orang ‘imam muda’ shams jelas memberikan banyak istifadah buat kami. Walaupun kadang-kadang solat sambil mata terpejam, namun tiada yang membantah.
Qiamullail berakhir lebih kurang jam 5.30 pagi dan kami diberikan rehat lebih kurang 30 minit sebelum masuk waktu subuh. Ramai yang menggunakan  waktu itu untuk menyambung bacaan quran, namun ramai juga yang mengambil peluang keemasan ini untuk tidur sebentar.
Subuh Jumaat kami adalah subuh yang paling indah buatku kerana disertai dengan sujud sajadah, dan ada kalanya ditambah pula dengan qunut nazilah. Qunut nazilah yang biasanya dibaca oleh seorang banin yang aku cukup kenal, haiqal sangat menyentuh jiwa. Nadanya cukup sayu. Selepas selesai solat, aktiviti untuk menaikkan jihad dalam diri delima shams. Dalam halaqah yang mulia, sambil berpegangan tangan, kami sama-sama melaungkan
…………..ALLAH TUHAN KAMI. ALLAH MATLAMAT KAMI, RASUL IKUTAN KAMI, AL QURAN PANDUAN KAMI……….

BAB 11: REZEKINYA
Alhamdulillah, akhirnya dapat aku merasai rezeki dari Sang Pencipta. Setelah dua kali gagal, kali ini allah berikan aku kemenangan. Aku berjaya makan dengan izinnya. Terkenang aku satu hadis qudsi dalam kitab imam al-ghazali:al Mawa’iz fil Ahadis al-Qudsiah, firman Allah : “Wahai anak Adam, tidak ketinggalan suatu hari pun melainkan datang daripadaKu rezeki untukmu, tetapi pada malam harinya Aku didatangi oleh malaikat mempersembahkan amalan kejahatan daripadamu. Kamu memakan rezekiKu kemudian kamu membalasinya dengan melakukan kederhakaan terhadapKu.” jauhilah aku dari melakukan kederhakaan padaMu ya allah.
Jam 8pagi, semua penghuni aspuri akan sama-sama beriadah. Jika riadah petang kami dibahagikan turn untuk turun padang, kali ini semua diwajibkan berkumpul. Agak indah bila semua dihimpunkan bersama.
BAB 12 : IMAMAH
Kebiasaannya, solat zuhur diimamkan oleh banin, namun pada hari Jumaat, memandangkan semua banin ke masjid, solat zuhur diimamkan oleh banat. Selesai solat zuhur, satu tazkirah ringkas diadakan diiringi dengan halaqah doa wahdah. Dan sebelum kami dibenarkan pulang ke asrama untuk melakukan aktiviti sendiri, halaqah diakhiri dengan aktiviti bersalaman. Ukhuwah lebih erat dapat dirasai.
Belum sempat ku selak helaian seterusnya, ada sesuatu berbunyi dari bawah bantal.

BAB 13 : DIA IMAMKU YANG DIRAHSIAKAN ALLAH
    “FOR THE REST OF MY LIFE.. I…..”
Mana pulak handphone ni..bentakku dalam hati.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam, Aisyah. Tak online ke? Buka lah facebook. Ada berita menarik”
“Belum buka lagi. Nanti Aisyah buka ya. Baca diari.”
“oo..buka la yer.ok, jaga diri”
Apa pula berita menarik ni. Aku bergegas ke meja untuk melihat apa berita menarik yang diberitahu’nya’. Sebelum ‘log in’ facebook, aku menjelajah dulu ke blog mujahid islam. Ada santapan baru untuk sidang pembaca nampaknya. Ku lihat tertera kalimah shams di situ.

Andaiku diberi peluang untuk berbicara,
Inginku katakan pada seluruh permata shams,
Jagalah biah solehah yang dahulunya cukup terjaga,
Jangan cuba melanggar hukum Allah,
Jangan mencari jalan yang salah,
Biar hidup dikeji,
Jangan allah membenci,
Jagalah islam sebaiknya,
Jangan mengaku kalah pada penentang islam,
Hatiku syukur bila kalian gugur di medan perang,
Namun hatiku syahdu bila kalian gugur sebelum berperang.
Masya allah, hebatnya dia. Aku segera mendaftar masuk ke facebook pula untuk melihat berita menarik yang diberitahunya, yang juga pemilik kepada blog mujahid islam.


Email : Aisyah_haiqal @yahoo.com    
Password : shams


LOG IN


SMKA SHEIKH ABDUL MALEK
                 Sila share..moga ada manfaatnya.


Assalamualaikum ikhwan wa akhowat SHAMS....

Bagi menyertai pertandingan ini,anda diminta menghasilkan satu karya anda sendiri mengenai pengalaman serta biah solehah yang anda lalui sepanjang anda bergelar Shamsians.Terpulang kepada anda bagaimana cara penceritaan anda,gunakan kreativiti yang anda miliki.InsyaAllah,para pemenang akan menerima Hadiah yang istimewa daripada LPDS.

Syarat2 penyertaan :
~Terbuka kepada semua Shamsians (pelajar serta ex-student)
~Tarikh penyertaan bermula pada 7 Februari hingga 7 Mac 2012
~Karya tersebut hendaklah dihantar ke mujahidilmu2012@gmail.com

*_* memberi pendedahan kepada pelajar2 SHAMS tentang tatacara Islam yang seharusnya diamalkan agar biah solehah di bumi SHAMS sentiasa utuh...
Okey....Selamat Mencuba,
cuba jangan tak cuba...^__^
By: fatin

Like: 876 like
Comment:
 Haiqal: moga biah solehah akan terus menyinar di shams.

Subhanallah.. betapa Engkau mengetahui hati ini sedang merindu suasana islam dan biah solehah di sini.. akhirnya Kau berikan aku wasilah untuk meluahkan kerinduan ini. Ku tatap dengan linangan air mata membasahi pipi.
Ternyata “dia” lebih pantas dariku. Dengan hati yang sarat dengan kegembiraan, aku segera menambahkan comment.

 Aisyah: Insya allah. Semoga dengan adanya pertandingan seperti ini, mampu memberikan peluang kepada insan yang rindukan biah solehah di shams untuk berkongsi rasa.
Satu mesej diterima.
Menarik tak?Boleh la hantar luahan hati yang aisyah tulis dalam diari tu. Jangan lupa masukkan cerita tentang kita. J
Segera ku balas : insya allah. J  Moga-moga dapatlah sedikit sebanyak pengalaman ini membantu meningkatkan biah solehah di shams.
SEND TO..
 -ABANG
Dia memang lebih pantas dariku. Sejak di bangku sekolah lagi. Manakan tidak, siapa tidak kenal, Muhammad Firdaus Haiqal,mpp (majlis perwakilan pelajar
) lah katakan. Aku banyak bekerjasama dengannya sewaktu di sekolah dulu, memang hasrat untuk menjadikan dia “imamku” ada, namun ku serahkan segala-galanya pada ilahi. Cinta itu fitrah, namun jika disalurkan pada jalan yang salah, akan menimbulkan fitnah. Masih aku ingat katanya sewaktu melawat shams selepas sekian lama bergelar ‘ex-student’. Katanya “di sekolah ini, pernah abang terpikat pada seorang Muslimah yang sangat menjaga pergaulannya.”Aku terdiam mendengar luahan ikhlas itu.sambungnya lagi,”abang suka dia sejak awal bekerjasama dalam urusan majlis sambutan maulidurrasul. Tapi abang tak lah ajak “couple”. Bagi abang, kalau dah ‘couple’ ni, tak indah lah, awal-awal dah langgar hukum Allah, macam mana nak bahagia? Abang perhatikan dia dari jauh, dia cukup menjaga agama. Abang sangat berharap dapat memperisterikan dia dan….”,
“Dan?”
“Dan kini Allah serahkan dia sebagai amanah abang. Dialah aisyah”.
Aku tersenyum waktu itu. Rupanya cinta yang dilandaskan atas landasan keimanan memang tidak sia-sia.
Alhamdulillah, pergaulan yang dijaga, dengan tarbiyah yang sempurna di shams, penyerahan segala-galanya pada ilahi, akhirnya benar, DIA IMAMKU..

RUJUKAN
1. U-TURN KE JALAN LURUS (ZUL RAMLI M.RAZALI)
2. KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH (IBNU RIJAL)
3. TAQWA (TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT)
4. DUA TOKOH UNIK DI DUA ZAMAN (WAN JI WAN HUSSIN)
5. LALUAN KE SYURGA (ABDUL FATAH ZAKARIA)
6. 82 WANITA IDOLA SEPANJANG ZAMAN RASULULLAH       S.A.W (DR.MUHAMMAD AL-QAISY)
7. PENGALAMAN DI SHAMS

6 comments:

  1. ok, nak komen kan...fully, bg ana storyline menarik, isi penuh dgn nasihat dan pesanan, tetapi dlm bentuk penceritaan...kiranya bagusla mcm tu..tp ana rasa terlalu padat sgt..cerita bab demi bab tu terlalu byk sehinggakan jalan cerita agak tergantung sedikit..klu blh, compilekan 2, 3 bab menjadi 1 bab, kemudian pnjgkan storyline agar org puas baca..and last one, ana suka part dakwah, tarbiyah and sort of things but..ana agak alergik dgn story about cinta, terlalu cliche...tp apa2pun, sgt menarik...keep it up...byk baca buku2 tarbiyah dan motivasi, insyaAllah idea senang dpt nak menulis....moga Allah redha dgn apa yg syahira dan kwn syahira buat...:)

    ReplyDelete
  2. mengimbau nostalgia kita kat shams mse form 1,form 2 dlu ^______^
    keep it up!!

    ReplyDelete
  3. menarik...even xpernah bergelar aspuri shams,xpernah jd pengawas..tp kenangan & pengalaman jadi pelajar shams memang satu anugerah.& sekarang sangat2 merindui biah solehah shams..Cerita yang menarik.jalan cerita kalau ditambah lagi banyak konflik,pendekatan dakwah in sya Allah lagi best!usaha yg bagus.terapkan unsur2 islam.moga bermanfaat (^_^) - tengku syazana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran syazana! :)) inshaAllah.and ana also the one readers of your blog:))
      Hiii.

      Delete
  4. Assalamualaikum. mabruk atas pengisian yang bermanfaat untuk dikongsi. menarik. Sesuai untuk mereka yang hatinya sedia utk ditarbiyah.insyaALLAH. selamat maju jaya.wallahu'alam.wassalam. :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. mabruk atas pengisian yang bermanfaat untuk dikongsi. menarik. Sesuai untuk mereka yang hatinya sedia utk ditarbiyah.insyaALLAH. selamat maju jaya.wallahu'alam.wassalam. :)

    ReplyDelete