Tuesday, December 18, 2012

fatwa hati


dan,bila kita rasa serba salah dalam sesuatu, padahal kita dah yakin dengan sesuatu hukum. sebagai contoh, kita dah beriman yang sememangnya akan ada saatnya Nabi Isa turun ke bumi,that is hari kiamat nanti. tapi tiba tiba ada orang cakap, ahh. takkanlah kot Nabi Isa yang dah zaman berkurun dulu nak turun balik ke bumi. kau tak payah percayalah hari kiamat tu. and untuk orang yang memang beriman dengan perkara tu, pasti dia akan menidakkan hujah si fulan tu. dan tapi jugak, untuk orang yang hatinya cepat goyah bagaimana?

"semua girls wajib masuk koir untuk majlis konvokesyen tu..ni arahan dari encik ahmadinejad. tak boleh bantah -bantah!" lantang khairil bersuara. baginya ini adalah satu arahan. no excuse.

"taknak masuk......" anis mengeluh. tangan nya menongkat dagu. tak terbayang di kepalanya menari bagai untuk koir tu .

dan memang syarat, koir nnati akan ada tarian tarian simple such as, goyangkan bahu, lembik lembik kan badan.ahah.

"wani, awak memang nak masuk ke,alahai..saya taknak join boleh tak.rasa macam tak sanggup je nak menari bagai kat atas tu ."anis menegur wani yang dari tadi diam mencoret buku notanya. itulah wani.tenang. suka melayan perasaan sendiri. diam dan kadang kalut jugak.

"hmm. ni arahan , nak ke taknak.kita tetap kena ikut."wani senyum
and bila bercakap dengan biro disiplin, tu lah kesimpulannya.susah nak goyah dan sangat stick dengan peraturan. anis mengeluh panjang.

"ada tak sape sape nak masuk kompang untuk konvo nanti? kami nak 5 girls."anis angkat kepala. oh, budak kelab kompang.

tapi..,eh? kompang! ahah!!

"hanim , alya ! jom join kompang nak? boleh lari dari koir. nak tak?" anis laju bersuara.hanim angkat muka. alya senyum.

"Jom! "kata hanim dan alya serentak

..........................................................................................
"kelip mata sikit. lagi 2 minggu nak konvo. latihan dahla kurang. kita dahla tak tau hape pasal kompang ni awak. macane ni kak iffah?"alya bersuara.nasi di depan dipandang sekali. iffah angkat muka.senyum.
"jom! petang ni berlatih. bagitau kat ketua kompang .petang ni pukul 5.30, kat foye academic. okay?"
"orait kak iffah. masyi on je" masyi semangat. yang lain angguk.
"haa! bawak kompang. jangan ada yang lupa pulak. tanpa kompang, tak main lah kita.dah,jom. break dah habis. " anis sengih. sisa nasi diangkat. bangun.


2 hari sebelum konvokesyen.

"dress code untuk kompang nanti, baju kurung, and baju melayu. tapi kau tak payah risau. sebab yang tu sponsor. so memang dah ada. just kau carik tudung la.warna apa aku tak tahu.bincang balik dengan puan. and tudung tie in. masuk dalam,ada soalan? kalau takde dismiss.esok.pukul 7.30 depan dewan Abu Bakar,.sharp! "harris, ketua kompang dengan mood hakim bertubi tubi jatuhkan hukum.

anis nganga. amboi kau! bukan main lagi cakap.ahh! tie in tudung? no way!. heh. 

dan pagi tu, habis je rehearsal kompang, anis laju melangkah ke bilik pensyarah. puan marziana. misi menyelamatkan maruah diri dan agama mesti diteruskan.

mereka tunduk, diam. anis pandang kak iffah.kak iffah senyum. anis pandang alya, alya tunjukkan jari menghala ke arah hanim. hanim pantas buat buat tak perasan. masyi? sengih.

hasbunallahu wani'mal wakiil. dan Allah lah sebaik baik tempat berharap.

"begini puan..kami "
"waalaikumussalam warahmatullah. ya, ada apa datang jumpa saya?" pn marziana angkat kening.

anis sengih. alahai puan. dahla heart beat aku ni tengah 150 bpm.adehh, pasal aku rasa macam bau kentang hangus kena goreng nih.
"assalamualaikum puan, begini. kami dapat info dari Harris yang tudung kena tie in ke dalam. Puan, kami pin kan butterfly lagi elok saya rasa.sebab baju kurung tak nampak lawa pakai tudung masuk ke dalam puan "sekali lafaz . anis telan air liur.

"hmm.okay. well, saya tengok dulu hari first nanti camane, kalau okay, continue untuk 4 hari. tapi, saya taknak tudung labuh ye. kalau nampak selekeh , nanti pihak Jabatan mengata. nama saya pulak yang naik." pn marziana bagi kata putus.

mereka berlima sengih sampai ke pipi. masing masing mngucap syukur. yeah! buktikan. agama Islam ni agama yang fleksibel. and sentiasa mudah, tidak menyusahkan.tudung bidang 50 kan ada. as long as cover the aurah, so, no worries.


hari kedua majlis konvokesyen Kolej Taman Syurga.

"wahh..letih nya.kita berlatih bukan main lagi. last last main kompang tu tak sampai 5 minit dah habis. heh" masyi meneguk rakus air mineral di tangan. 

"jangan lupa pulak meeting AJK kelab Dakwah malam ni  masyi. ingatkan kat semua. after isya' kat surau Hidayah ye" anis bangun. ditarik tuala malas ke bilik air. 

................................................................................................

"ana harap antara kita sesama ahli jemaah ni, tak ada lagi misunderstood atau ape saja yang boleh mengoyahkan paksi dakwah kita kat kolej ni. kita hanya berapa kerat cuma kat kolej ni, jadi jangan sampai yang sedikit ni meruntuhkan biah islam kat kolej ni.ana harap entum faham maksud ana"

"jadi, kita tutup majlis dengan Al asr dan tasbih kaffarah.Bismillah.."

"anis,ana nak cakap dengan enti sekejap."
oh. anis yang sedang sibuk mengemas barang terkejut . lambat lambat dia mengangguk.

"sebenarnya ana tak tahu nak sampaikan macane, tapi, ana rasa ana perlu bagitau entum." muzammil batuk. melegakan rasa hati yang entah kenapa tiba tiba berdegup laju.
" sebenanya, ada sahabat ana yang complain kat ana, kenapa ada sebahagian muslimah join kompang, sedangkan kompang dalam Islam, muslimat haram main. ana pun dah cari kat itenet, dan tanya beberapa orang tentang hal ini, dan semua cakap haram"

hah! anis jatuh rahang. apeke haram eh pompuan main kompang ?? apakah?
.................................................................................................


"anis. macane? nak go on ke stop nih?" alya yang sedang duduk mengadap laptop tiba tiba bersuara. anis senyum.

"alya, kalau awak tanya kita, kita go on. bagi kita, semua ni tak haram. and kita dah tanya ustaz kelas tajwid ,ustaz uzair. Ustaz cakap tak haram selagi kita tak langgar batas batas syariat. dan kita main pun tujuan semata mata nak jaga thiqah .and anis pun dah refer sorang sahabat anis yang belajar ulum hadith. and at least, kita try hard nak tunjukkan kat orang lain, yang islam tu mudah. tak sekat kebebasan kita dalam beramal. dan yang pasti, korang tak perasan ke kita bawak imej baru untuk kompang ni?" anis menghela nafas. terluah juga rasa hati yang tak mampu diluah kat depan muzammil tadi.

"maksud anis? kita bawak imej baru? imej ape?" kak iffah menyoal. hanim mendekat.
"hmm, semalam.. anis dapat satu mesej. sorang ikhwah pm anis kat facebook. anis pun tak kenal sape. dan dia cakap kita bawak imej baru kat kolej. before ni kan kompang manede pakai tudung labuh bagai. siap tudung masuk dalam , make up lagi. and kita? time orang nak make up kan kita, berapa batu kita lari? tak ingat ke?ada ke kita pakai lipstick?eye shadow bagai? . " anis tarik nafas.

"kak iffah, hanim, alya, dan masyi..anis tahu..korang mesti cuak nak teruskan. takut orang pandang serong. anis bagi korang peluang. tanya hati kita sediri.kalau rasa betul,teruskan. Nabi Muhammad pernah bersabda, mintak la fatwa dari hati kita. sebab perkara kebajikan tu ,bila je kita buat, kita rasa tenang.dan dosa tu pulak bila kita buat, hati kita rasa teragak agak dan bergetar pada hati. dan bagi anis. anis yakin pada hati anis. islam tu praktikal. islam tu mudah " anis senyum. diraih tangan kak iffah disisinya. moga bersama merasai secebis kekuatan untuk kuat menegakkan fatwa hati.

............................................................................................................

dari jauh, kelihatan seorang anis tekun di belakang surau menghafaz al Quran. matanya dipejam, mulutnya petah , dan quran dipeluk erat di dadanya. 


was finished at 10.30pm/dis 18











1 comment: