Saturday, December 15, 2012

buku kelam


mungkin dulu,
solehah aku adalah untuk si soleh.
doa yang aku titipkan semata mata untuk mendapat si soleh.

mungkin dulu,
aku tak faham kenapa pakai armguard nak pegi cafe?
kenapa nak kena pakai tudung cover dada time bersukan?
kenapa nak kena join usrah nih?

mungkin dulu juga,
setiap kata kata yang aku lontarkan punya asbab tersendiri,
untuk meraih penghormatan dari insan cuma,
aku tak ikhlas dalam mengajak orang untuk kenal Pencipta

ya. dulu aku begitu, mungkin.dan kalau nak dikisahkan aku yang dulu, pasti ramai yang gerun.

entah.
masa dan usia, kadang mengubah mentaliti kita. 
experience yang dah terbuku kat dada, sometimes tunggu masa cuma untuk ditranslatekan menjadi patah patah kata dan titis air mata. sungguh, banyak yang sia sia.

dan moga kini,
solehah aku adalah demi Allah semata mata.
ketepikan semua cinta manusia.
jangan lagi pedulikan insan yang soleh,
kerana menjadi solehah bukanlah asbab untuk mendapat si soleh.
itu cuma wasilah.bergantung pada kehendak qadar dan qadha.

dan moga kini,
setiap baris kata yang aku suarakan,
hanyalah demi menolong agama Allah.
dan moga jua,
setiap perbuatan aku hanyalah untuk syurgaNya.

ahh, bila kau nak berubah ha?!

bila hati terasa kosong,baru aku sedar,bahwa  malam telah pun tiba.
gelap tanpa bulan dan bintang. empty.
mukminah-to-be
doakan.masih menanti cahaya dari sang mentari.




1 comment:

  1. semoga kuat:)
    Allah tahu sejauh mana hambaNya berusaha.

    :')

    ReplyDelete