Saturday, December 22, 2012

perasan sempurna

bertuahnya mereka.
yang tidak punya nikmat penglihatan.
kerana di akhirat kelak tiada dosa yang akan si mata bongkarkan di hadapan Allah.
lalu si celik berkata, alangkah ruginya mereka. tidak dapat menikmati indahnya awan.
siapa yang buta? kita atau mereka?
kita menghakimi mereka, mengatakan mereka buta. padahal kita tak sedar yang kita cuma melihat terang tanpa cahaya Illah. celik hanya kerana fitrah. bukan kerana Allah

pernah tak kat cafe atau mana mana tempat, terlihat perkara mungkar. perkara maksiat.
tapi hati tak merasa apa. pernah?
ya. saya pernah. saya sangkakan saya menegur dengan hati. tapi sebenarnya,
saya cuma menambah kerasnya hati.
saya leka membetulkan diri,
padahal saya sendiri tak sedar yang saya lalai mempersiapkan amalan.
saya sibuk berharapkan si soleh,
padahal saya cuma memperbodohkan diri sendiri dengan cinta yang konon nya islamic. heh.

sudah. saya tidak mahu bermimpi lagi.
saya tidak mahu gagal membela diri untuk tidak berada di kandang pesalah di hadapan Allah nanti. saya mahu menerima amalan dengan tangan kanan. sangat mahu.


"bunga cinta telah pun mekar di kala musim semi,

lalu ku petik dan ku semaikan di dalam lubuk hati,

agar ia terus setia menebar haruman dan mewangi,

menghidupkan kembali hati si penghuni Taman Ilahi"



jangan sangka, bila kita dikelilingi kawan kawan yang baik, kita turut menjadi baik. tidak.
kawan yang baik cuma wasilah kita untuk menjadi lebih baik.
iman itukan tidak dapat diwarisi.
ya. mereka bertudung labuh, berserban bagai.
tapi jangan sangka mereka sempurna.

kalau awak mencari yang sempurna, memang beghat nanang la.
dan kalau awak mencari silap orang, lagi double triple beghat nanang.

sebelum awak menjadi hakim untuk orang lain, hakimilah diri awak sendiri.
perjalanan untuk jadi mukmin yang soleh dan muslih memang payah.
kalau tak kena ribut petir, pasti ada ribut pasir.
sakit tu tak payah cakaplah.
kadang fitnah pun dah jadi sebati.

sebab apa banyak sangat ujian nak tolong agama Allah ni? nak give up? silakan.
tapi awak akan rugi berkali lipat. sanggup ke?










2 comments:

  1. Assalamualaikum.Syukran juga atas peringatan...:)adakalanya terlampau memikirkan yang lain sehingga diri sendiri terleka.wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam warahmatullah. afwan kathir awak :) and ingatkan saya jugak andainya saya terlupa;)

      Delete