Thursday, January 24, 2013

15 januari 2013


ditulis pada 15 januari 2013, tepat 1.35 petang.


Mungkin bagi orang lain, semua ni biasa. Tapi bagi seorang syahira, semua ni luar biasa. I was never thought these things will make me crazy and something stupid. And undoubtedly. I was like crying over and over. Heh.

It was out of my intention to cry, even all of the eyes are staring at me, I cant behave myself to stop.

Harini memang mencatat sejarah, 15 Januari 2013.
Pukul 2 pagi, terjaga dari tidur. Hati gelisah serba tak kena. Cepat cepat bangkit dari katil, kertas cadangan masih tak siap. Essay English tak record lagi. Dan, dah lama aku tak qiam. Entah bila tertidur tadi. dengan tangan still genggam pen kot.Awal dari biasa.

Usai segalanya,tangan laju menekan keyboard menyiapkan kerja yang separuh siap, dan kemudian baru aku sedar. Mimpi aku tadi pelik. Aku senyum. Sejak bila pulak aku ni budak farmasi, setahu aku ,aku ni medical assistant. Aku senyum lagi.

"Awak ditangguh latihan untuk sesi 2013.dan awak akan dibuang dari diploma farmasi! "

Saya tak salah cikgu. Saya yakin saya tak salah.

AWAK DITANGGUH LATIHAN.MUKTAMAD.

Saya tak salah, dan demi Allah ,saya tak salah.

Aku menjerit. Tapi kenapa semua orang seolah tidak peduli?
Saya tak salah!! Aku menjerit lagi. Tapi, masih tiada yang peduli. Aku pandang kiri, aku pandang kanan. Gelap,tiada cahaya. Perlahan lahan aku buka mata.

Oh Allah, rupanya aku bermimpi.

Alarm handphone mengejutkan aku dari mimpi. Allah. Mimpi yang sama. Apa yang Kau cuba sampaikan pada aku ya Allah?
Dan pagi itu, tidak seperti biasa. Aku tak sempat habiskan surah yaasin yang menjadi rutin harian. Pagi itu aku kalut menyiapkan assignment recording. Dan aku sampai ke dewan kuliah dalam keadaan exhausted. Jantung makin kuat berdegup. mungkin kerana terlalu laju berjalan tadi. Mungkin.

Dan, dengan tiba tiba subjek psikologi pagi tu diganti dengan ketua program yang membaca nama-nama  mereka yang telah dikenakan anecdotal atas pelbagai kesalahan. Ketua program seriously marah pagi itu, dan aku seolah olah dah ready. tak cuak . Bersedia untuk apa? Aku pun tak tahu, tapi yang aku tahu, aku bersedia untuk something.

Nama demi nama, akhirnya. Nama aku terlafaz juga dari mulut ketua program. Aku senyum yang terkejut, senyum yang menahan sebak. Senyum yang menahan air mata. aku pandang kiri, semua orang seolah terkejut. entah. Langkah aku perlahan ke pentas hadapan. Aku cuba cool, chill, steady. Tapi air mata seolah olah tak sabar ingin menyapa pagi.
Tangan dah start tremor (baca: menggigil),beratnya hati saat nak tulis nama sendiri..dan bertambah berat hati saat nak turunkan tandatangan atas consent tu. Air mata dah mula menyapa saat aku turunkan tandatangan pertama. Dan makin laju untuk tandatangan kedua dan ketiga.

Aku bersoal jawab dengan hati, kenapa aku? Kenapa tidak orang lain? Kenapa baru sekarang? Disaat aku mula diberi amanah? Kenapa tidak waktu sem 1 dulu? Hati aku Cuma mampu diam. Seolah berserah dengan segalanya. Air mata seolah make up semulajadi yang menghias wajah .

Sampai ke tempat duduk, Fatimah dan anishah, genggam tangan aku erat. And time tu baru aku sedar, semua mata pandang aku. Aku menangis macam dah bertahun tak menangis. Entah. Kecewa dengan diri sendiri mungkin. Salah aku jugak sign attendance tak betul betul, at last, dapat anecdotal atas kesalahan meniru tandatangan. Padahal, tu memang tandatangan aku pun.

Semua ni buat aku berfikir. Kalau kita tak menimbulkan kecurigaan , takkanlah orang lain nak curiga dengan kita.kan?



Samalah macam bab couple bagai tu.
Kita menafikan yang kita couple, tapi cara kita behave dengan golongan versus tuh , cara kita borak, cara kita senyum, semuanya just like kita dan dia couple. So, salah siapa? Salah kita sendiri atau salah mereka yang salah faham? atau salah jiran sebelah rumah? ada akal kan? fikir lah :))

Kalau mereka semua salah faham, so fahamkanlah mereka. Jangan buat mereka makin salah faham.


bila dah difitnah, mulalah hangiinn satu badan tak tentu pasal. kan?

Okey, dah. 

1 comment:

  1. Kolej ni mmg pelik, duniawi x dpt disanggah, ukhrawi selalu dibantah, jgn lemah, teruskan prjuangan ;)

    ReplyDelete