Saturday, April 20, 2013

19th April 2013

terkilan. 

sedih.

kecewa.

marah.


rasa nak ja hempuk diri sendiri dengan buku Tortora. 
 ya Allah, jadikan ujian ini sebagai penguat bagi iman. amin.
****

saya pegang kata kata bahawa ikhtila' antara lelaki dan perempuan amat mendekati haram, meski ada hukumnya yang harus.

kerana mencintai dalam diam adalah doa.

memang saya betul-betul diam. Dan pernah, awak imam. Saya jadi keliru. Saya solat kerana Allah atau awak? saya cuba seikhlas hati, sedaya upaya untuk hapuskan segalanya tentang awak di dalam solat saya. Dan saya akui, sedikit sebanyak, tetap awak hadir. Jahat nya saya dengan Allah. 

saya selalu minta pada Allah, moga hamparan cinta saya yang paling utama adalah untuk Allah. dan saya tak pernah sekali pun lupa untuk meminta Dia menghapuskan awak dari hati saya. Saya tahu saya akan kecewa.. tapi saya sanggup. sebab saya tak kuat untuk letak dua cinta di dalam hati saya. Cukuplah Allah bagi saya .

Saya cuba istighfar, tapi syaitan tu jahat. saya baca quran untuk lupakan awak, dan elok ja saya tutup quran, tetap awak yang saya ingat. Mungkin kerana niat saya tidak ikhlas kerana Allah. Saya ambil wudhu' dan beristighfar banyak banyak. Saya sedang diuji. Allahu. Diuji dengan kata kata saya sendiri.


****
saya angkat muka, cuci mata tengok ragam orang. dan tiba tiba, saya nampak awak. Betul betul sebelah saya . Saya betul terkejut, jantung saya dah mengepam darah gaya makcik makcik yang ada Pregnancy Induced Hypetension. saya terus bangkit dari kerusi, dan cepat cepat pergi. Saya jadi terfikir, kenapa dalam banyak banyak tempat, sini  jugak awak datang. Allah Maha Menyusun segala sesuatu.

Allahu, ujian ini berat. 
moga yang kelat kan menjadi manis. sabar. Kita ini milik Allah. Pasti Dia lebih tahu mengapa.



moga Allah muliakan awak dengan kefahaman dalam beragama. amin.

- cerita copy paste-

Friday, April 19, 2013

stand up for the love :)



Satu jumaat, saat usia kian pantas mendaki puncak dan menurun lereng lereng usia, Allah meniupkan namamu ke hatiku, a friend. And a ship long forgotten. Moga rahmat Allah menemani setiap langkahmu dari sini ke negeri syurga.
………………………………………………………………………

Mataku terarah ke satu sudut meja..“Bercinta kerana Allah”.
Tangan pantas mencapai buku tulisan Misbah Em Mujidy,yang damai di atas meja, hadiah dari seorang  Adnin Fa’iqah yang aku kasih 6 tahun yang lepas.

Helaian demi helaian aku selak.
“pahala agung, bercinta kerana Allah” ..                                                         
                                                               
haura,..genggam erat tangan saya..pimpin tangan saya ke SyurgaNya..
Jangan tinggalkan saya jika saya rebah,
Tegur saya bila saya tersasar, semoga ukhuwah kita kekal hingga ke Jannah :’)- ila mardhotillah

Sekeping gambar aku dan dia, tersenyum girang . erat tangannya memeluk bahuku. mesra.
Ahh,. Cepatnya masa berlalu. Seolah olah baru semalam dia jeling sombong kat aku. Rindu seolah meranap lumat hatiku. Rindu pada dia, pada sebuah kenangan.. sungguh,. semua insan yang hadir dalam hidup kita, pasti akan pergi meninggalkan kita, namun hanya parut kenangan yang akan sentiasa mekar berbunga di hati..Allah.aku rindu…~

Rasulullah pernah bersabda, orang yang mencintai sesama hamba Allah, semata-mata kerana Allah nescaya akan dimuliakan oleh Allah- riwayat Abi Umamah.

“haura.. kenapa payah sangat nak jadi baik? Kenapa orang tak boleh terima kalau kita nak jadi yang lebih baik? Kenapa bila ja kita nak jadi baik, banyak ujian yang Allah datangkan? “

Wajahnya merah, menahan tangis mungkin. Buku anatomi dan fisiologi aku tutup, lalu tangannya aku genggam.  Tiada yang lebih perlu aku utamakan melainkan Cuma sahabat yang aku kasih, Fillah.

Baik tu subjektif sayang .. Allah tak meletakkan definisi “baik” kepada sesuatu yang tiada asas baik. Dan untuk mendapat asas kepada perkara “baik”, itulah yang menyebabkan harga satu pengorbanan itu teramatlah mahal..
Nak jadi baik tak susah .. Cuma bergantung kepada sejauh mana kita ikhlas. Aku senyum.

“Ikhlas tu macam mana kita nak rasa awak? “

Aku senyum lagi. Soalan nya ikhlas..penuh dengan semangat untuk belajar menjadi yang lebih baik. Allah, muliakan dia sahabatku..hati ku terdetik doa buatnya.

“ikhlas tu hanya ada pada hati  yang merasa.. “
Tangannya aku genggam erat seolah olah mengalir kasih sayang aku padanya.. Aku mahu dia tahu bahawa kasih aku padanya tak pernah bertepi. Dan takkan pernah bernoktah.

“bila mana kita ikhlas, hati kita pasti akan ada rasa something.  Rasa yang mendamaikan jiwa, yang menenangkan hati.. seolah olah mengalir bagai air yang sejuk di padang sahara yang terik.”

Wajahnya tunduk menekur lantai. Aku tahu, masih bersarang kesedihan dihatinya..

“Kenapa orang tak boleh terima kita nak jadi baik?..”

Aku memandang mata beningnya. Sayu. Allah, kuatkan dia yang aku kasih.

Bukan begitu sayang.. bukan orang tak boleh terima kita, Cuma mereka sendiri tidak menyukai perkara kebaikan, lalu bagaimana mungkin hati mereka mampu untuk sebati dengan diri kita? Haritu ,saya ada dengar IKIM , adalah satu kata kata prof. Muhaya. Katanya, orang yang baik, Allah hanya izinkan dia berkawan dengan orang yang baik jugak. Allah tak pernah  letakkan sesuatu jika tiada sebab. Dan mereka yang tak boleh terima kita berubah menjadi yang lebih baik, beerti mereka tak layak untuk kita.
 Cewah, ayat macam bangga sangat je kan,:D tak, ini  bukan ayat nak bangga diri ke hape, ni ayat untuk bagitau semua orang yang  CHANGE TO GOOD IS NOT A CRIME. Kita bukan curi kabel  ke apa, kita Cuma nak curi kasih sayang Allah, salah kah? “ aku senyum

Dia tergelak, hati aku damai melihat senyumannya. Beerti, aku Berjaya menghiburkan hatinya,. Allah.alhamdulillah :’).

 jadi awak yang saya sayang..jangan sedih sedih, sebab Allah tahu apa yang kita tak tahu. Biar mereka sisihkan kita, tapi kita jangan pernah sisihkan mereka. Hati kita Allah yang pegang, dan hati mereka juga. Berdoalah.  Mintak dengan Dia yang di atas sana , yang tak  pernah sekali  pun lupakan kita tu ..Allah tu Maha Tahu sayang :’)”

“Kenapa ja bila kita nak jadi baik, banyak ujian Allah datangkan?”

Sayang ku yang Allah kasih, Nabi Muhammad tu kekasih Allah, tapi dalam sejarah islam, Nabi Muhammad adalah seorang Nabi yang ujian datang kepadanya tak putus putus. Allahuakbar. Ada ke nabi balik mengadu mengeluh? Tak ada kan, ada ke nabi makin jauh dengan Allah bila dapat ujian yang hebat- hebat? Tak ada jugak kan, Allahurabbi. Hebatnya baginda Rasulullah. Orang pakat semua baling batu pada Rasulullah waktu Nabi kat Thaif . tapi nabi buat apa? Ada nabi balas baling bom ke ajak geng ke serang, ada? Tak. Nabi tak buat semua tu , Nabi Cuma angkat tangan dan mintak dengan Allah supaya Allah bagi hidayah pada mereka. See, doa tu senjata mukmin. Senjata yang paling ampuh!

tapi kita ? pernah terfikir? Dah kena booooo~ sekali terus longlai semangat nak berdakwah, tu tak kira kena menganjing bagai lagi.., sah sah kalau kena menganjing bagai terus makan panadol 15 g ( 30 biji), heh. Suicide terus. Allah dah cakap dalam Quran. . bilamana kita cakap “ok, aku ni orang beriman tau..”  pasti, lepas tu Allah akan terus uji kita.. tu janji Allah. (2:214)  Saya bagi satu analogi, dalam kita belajar, nak tahu kita betul betul paham ke tak sesuatu topic tu, cikgu akan buat exam kan? Haa macam tu la jugak Allah.

 Dia nak tahu sejauh mana kita kuat bertahan dengan apa yang kita cakap.  Makin hebat  ujian yang Allah bagi, makin tinggi darjat kita disisi Allah, inshaAllah. Tu la aim sebenar kita
adni fa’iqah tunduk menekur lantai.

bulatan gembira^^
“Awak, pandang sini..”
“ walau siapapun awak dulu, saya  tetap kasihkan awak..
Walau siapapun awak nanti, saya akan tetap sayang awak.. saya tak nak Allah tarik nikmat syurga dari kita, sebab Allah dah berjanji, jika ada diantara hambaKu  yang berkasih kerana Aku, maka pintu syurga terbuka seluasnya untuk mereka.. jadi, saya taknak termasuk orang –orang yang rugi. Bukan Cuma rugi dunia, malah rugi berlipat kali ganda di negeri akhirat sana, nauzubillah”

Aku senyum sendiri. Kenangan lama singgah menyapa malam ku.  Sekeping gambar lama aku tatap. Rindu masih tak bertepi :’)

Allah, temukan kami di SyurgaMu Ya Allah. Amin.

Dan kini, seorang  Adnin Fa’iqah benar benar menjadi wanita acuan Al-Quran. Peribadinya mulia, tutur bicaranya seolah menebarkan haruman  taman –taman syurga, damai. Ya, dia mungkin tidak sempurna Aishah isteri Rasulullah, tapi ketidaksempurnaan dirinya bukan bermaksud dia tidak layak untuk disanjung sebagai seorang wanita yang dihormati.

Kerana mencintai sahabat adalah jaminan untuk ke syurga, maka aku mencintainya bagaikan Khadijah mencintai Muhammad.
Kerana mengasihi sahabat adalah kemuliaan di sisi Allah, maka aku mengasihinya setulus Adam mengasihi Hawa. Biiznillah..amin.

Haura’
Kskb sultan azlan shah/28 mac 2013

#notakaki: mungkin tak semua mampu untuk membahagiakan hati sahabat, dan setiap orang punya cara tersendiri. Dan ini cara saya. Untuk melafazkan depan depan, saya takde kapur kasut atau kiwi kasut nak  cover muka nih, tak ada topeng atromen nak tutup gelabah nih, takde bantal yang cukup besar nak  hide rasa segan^^” ngehee~
Dia ( yang dimaksudkan) adalah seorang wanita solehah dan muslehah inshaAllah . dan cukup syarat untuk jadi isteri solehah. Hii^^  walau siapa pon pemilik hatinya selepas Allah dan Rasul nanti, saya yakin, awak pasti bahagia punya dia, seperti mana saya bahagia mengenalinya, bahkan lebih lagi ..
Amin ya Allah.