Saturday, April 20, 2013

19th April 2013

terkilan. 

sedih.

kecewa.

marah.


rasa nak ja hempuk diri sendiri dengan buku Tortora. 
 ya Allah, jadikan ujian ini sebagai penguat bagi iman. amin.
****

saya pegang kata kata bahawa ikhtila' antara lelaki dan perempuan amat mendekati haram, meski ada hukumnya yang harus.

kerana mencintai dalam diam adalah doa.

memang saya betul-betul diam. Dan pernah, awak imam. Saya jadi keliru. Saya solat kerana Allah atau awak? saya cuba seikhlas hati, sedaya upaya untuk hapuskan segalanya tentang awak di dalam solat saya. Dan saya akui, sedikit sebanyak, tetap awak hadir. Jahat nya saya dengan Allah. 

saya selalu minta pada Allah, moga hamparan cinta saya yang paling utama adalah untuk Allah. dan saya tak pernah sekali pun lupa untuk meminta Dia menghapuskan awak dari hati saya. Saya tahu saya akan kecewa.. tapi saya sanggup. sebab saya tak kuat untuk letak dua cinta di dalam hati saya. Cukuplah Allah bagi saya .

Saya cuba istighfar, tapi syaitan tu jahat. saya baca quran untuk lupakan awak, dan elok ja saya tutup quran, tetap awak yang saya ingat. Mungkin kerana niat saya tidak ikhlas kerana Allah. Saya ambil wudhu' dan beristighfar banyak banyak. Saya sedang diuji. Allahu. Diuji dengan kata kata saya sendiri.


****
saya angkat muka, cuci mata tengok ragam orang. dan tiba tiba, saya nampak awak. Betul betul sebelah saya . Saya betul terkejut, jantung saya dah mengepam darah gaya makcik makcik yang ada Pregnancy Induced Hypetension. saya terus bangkit dari kerusi, dan cepat cepat pergi. Saya jadi terfikir, kenapa dalam banyak banyak tempat, sini  jugak awak datang. Allah Maha Menyusun segala sesuatu.

Allahu, ujian ini berat. 
moga yang kelat kan menjadi manis. sabar. Kita ini milik Allah. Pasti Dia lebih tahu mengapa.



moga Allah muliakan awak dengan kefahaman dalam beragama. amin.

- cerita copy paste-

No comments:

Post a Comment