Saturday, June 15, 2013

#jatuh

kerana saya mengimpikan islam yang tertegak utuh, maka saya memilih ini daripada itu.
islam tidak akan berdiri andai asasnya adalah jahiliah. Cara kita tu, tak kena .

jatuh itu perkara biasa. 
dan saya biasa jatuh. tidak kira ianya sengaja atau tidak, tetap fitrah.

mengenali seorang lelaki yang sangat mencintai majlis ilmu,  amazing. ada jugak lelaki akhir zaman yang macam ni . 

tak berhenti setakat tu, syaitan terus cucuk jarum , mula mula segalanya adalah urusan kerja, tapi lama kelamaan mula haha hihi tak tentu pasal.

mengenali dia cuma menambah satu lagi titik hitam. 
dan betapa ruginya, bila jatuh tidak kerana Allah. Rugi, yang amat.

dan kesalahan saya yang paling saya tidak boleh terima, bila dia yang mula hendak bertatih menjadi musleh, menjadi soleh, lantas terkesan hanya kerana kita. Seorang perempuan biasa.

sedang dia adalah singa Allah, yang wajahnya suci dengan wudhu', matanya kering dari tangisan dunia, hatinya basah dengan majlis ta'lim, lalu kita hadir sebagai labah labah. Yang membina jurang antara dirinya dengan Tuhan. Berdosanya seorang wanita yang menjadi tali barut syaitan, menarik pemuda agama ke lembah yang tidak diredhai Allah.

dan caranya sungguh tidak mudah. Tapi jangan takut dan jangan pernah bersedih, kerana kasih Allah itu melebih lebih buat kita. Allah yang izinkan kita mengenali dia, maka pasti ada hikmah. Percayalah sayang, pasti ada hikmah. Lepaskan singa agama itu dari sangkar tipis sang labah labah, sebelum hatimu menjadi kayu dan buta. Kerana pasti ada rama- rama yang indah sedang menantinya. Yang jauh lebih baik, dari seekor labah labah.

kerana saya yakin, Allah Maha Tahu segala yang berselirat dalam ruang jantung ini. Allahu.




No comments:

Post a Comment