Monday, July 15, 2013

tanpa tajuk

mengejar mawaddah kasih Ilahi, terkadang mencabar atma hati sendiri. hingga hampir kerjaku bukan lagi kerana Dia. tapi kerana manusia di ufuk sana yang asyik mengarah itu ini.

saya nak resign jadi MA! 
 
ewah, ayat tak menahan -.-"
 "krikkk..krikkk.." (bunyi cengkerik)

padahal baru sem 4. nak resign apa nya? belaja pon tak habis, dah perasan dilantik ke hape? 

seminggu di wad, verily mencabar keimanan aku sebagai MA student.

termenung di tingkat 7 belakang ICU, balkoni mengadap taman, seolah rutin. 

mungkin kerana ini adalah ramadhan, maka level kesabaran semakin dijentik jentik. yes! definitely. mesti sabar!

at least, i ll give my all out to help others.

***
5 cakoi belacan :

1) bakal jadi dressar.
2) uniform with no-jacket
3) tie - in tudung everyday. 
4) bed 30
5) senior MA

dan 5 cakoi madu :
6) mak abah !
7) roomate -toiletmate 
8) klinik kesihatan parit 
9) terawih - di surau hidayah
10) #lftsoa

Sunday, July 14, 2013

#LFTSOA

10 Julai 2013 | 1st of ramadhan 1434H
Syahira haura’
KSKB SAS

Tiada suatu nafas yang berhembus darimu, kecuali di situ takdir Allah berlaku kepada mu.
Kerana aku ingin meletakkan hamparan cinta hanya kepada Allah,
Maka aku memilih Allah melebihi dia .


#LFTSOA

Bertemu tanpa bicara,
Seolah membuka kamar hati yang tertutup.
Kau mampir menawarkan agama,
Lalu hati mana yang tidak tertawan?
Kau gah dengan ketegasan,
Lalu siapa aku untuk tidak gentar?

Namun kerana aku seorang wanita,
Kerana aku adalah secebis fitnah,
Maka aku takut dia jatuh kerana aku.

Aku ingin melihat dia faqih dalam beragama,
Kerana itu aku mesti erat membencinya.
Aku ingin dia thabat dengan dakwahnya,
Maka aku harus melangkah memberinya ruang,
Ruang yang kian bercahaya di hatinya,
Ruang yang tulus hanya untuk Ilahi.
Kerana aku  sedar di mana aku,
Maka aku memilih bersakit dari bersedih.

Dengarlah hati,
Dia bukan mati,
Dia Cuma melangkah pergi.

Dengarlah hati,
Dia melangkah kerana Allah,
Bukan semata demi dunia.

Wahai jiwa yang gundah,
Tersenyumlah.
Allah itu Maha Mengabulkan,
Memintalah dengan hati, 
Bukan Cuma dengan bicara kalam sunyi.
Moga dia di ufuk sana,
Dan aku di daerah sini,
Kan kembali bertemu menggapai redha,
Walau bukan di sini,
inshaAllah di negeri akhirat pasti.

Aku ingin menawarkan agamaku sebagai taruhan,
Taruhan untuk bertemu insan yang aku kasih di Jannah.
Allahumma amin.

Saturday, July 13, 2013

sorrow of yesterday

Menangis lah.
Kalau itu menenangkan.
Biarlah mereka dengan speaking-accent mereka.  
Dah kebal. Dah kalis. 
***

Balik kerja petang semalam, sekali lagi dia down . dia nak give up. Dan dia hampir give up. 

“epip, I need you.. jadi MA betul buat aku rasa macam takde self-esteem. Takde orang pandang.  Aku nak quit MA..”

Mulut macam terkunci . tak ada sepatah kata pun yang keluar . dia diam. .  Diary dia penuh dengan contengan . she had nowhere to spill. Hendak bercerita dengan teman lain, mereka juga punya hati yang sama dengan dia. .Tak cerita apa apa lagi diorang dah start sebak.

 I know, depa sayang sangat, sebab tu depa cepat betol sensitip bila kawan depa macam zombie. 4 hari dia lost appetite, without reason. Haniko aihara. Antara insan yang paling sensitive bila kawan dia tak makan. Bila kawan dia in trouble, dialah antara orang yang paling risau. Baiknya awak..
***

Only when I have done my very best,
Then I can stop. And said  “I tried”.

Alhamdulillah. Hari ini start ramadhan. Mungkin nafas baru bangkit sahur menghidupkan kembali semangat. Meniupkan kembali api marak, yang sedang mencuba bekerja kerana Allah.

Tengok pakcik bed 30, rasa serba salah. Semalam sebab terlalu sedih, buat kerja semua jadi tak ikhlas. 

Kaki dah macam cramp, separuh hari terkejar sana sini. Tak duduk, tak rehat. Staff nurse tegur muka pucat tak berdarah. Maybe terlampau letih. 

Pinggang dah macam nak patah. Duduk pun kena tegap ja. Sakit.
Doctor kat sebelah sana dah 2 hari tak balik rumah. Lagi kesian. So, kau tak ada hak nak merungut.
***

“I tried”

Diabetic foot  ulcer. Baunya masyaAllah. Tekak tahan loya. Darah, nanah, bercampur. Pandang nasi dah tak lalu. Tengok lauk terbayang bau.  Tangan menggigil. Patient sana , back sore 3rd degree. Allahu..

Sabar. Muliakan pakcik ni, inshaAllah, Allah muliakan awak kembali. 

I don’t know how to explain with words. 
Maybe if I stop trying. Then I don’t need to face all of these things. .
***

I know,  it was too much rattle my nerves, and try my patience.
Then,
I’m not going to stay as MA, and I’m not going to marry until 25.
And , tomorrow will definitely change my mind again, and I won’t say the same things as yesterday.
***

“Dan dia masih diam di ufuk sana. Mungkin gelak berdekah dekah dengan message yang menghibakan itu. Yet, I must stand still. One side love konon, too much clichĂ© “

 Ignore, when you’d been ignored. Wassalam.
11th july 2013 | KSKB SAS


Thursday, July 11, 2013

definisi aku pada dunia

Mungkin aku tidak menepati definisi dunia,
Untuk menjadi si gadis manis serba ayu.
Mungkin juga aku tidak menepati definisi waktu,
Untuk menjadi si gadis cantik yang serba moden.
 Entahkan bila aku baru tersentak dari mimpi pekat malam,
Untuk menghitung kembali nikmat Tuhan,  
lalu aku mesti terus tersenyum.
kerana definisi diri aku adalah pada perhitunganNya, bukan pada dia si manusia berkaki dua.
 No matter how bad, bertahanlah untuk setiap esok 
Di ufuk sana, ada dia yang masyaAllah, sungguh indah parasnya.
Aku yang gegirl boleh terpesona, apatah lagi pakcik boboy.
Lalu aku yang ini, ahhh.. terasa segan sendiri. 
Tudung tak ada style, berkepuk kepuk.
Baju besar menggerbang sana sini,
Macam khemah bergerak.
Dahla tak cantik, tak lawa, .. serba tak,
Adakah aku tidak menepati definisi dunia?

Terkalih ingatan pada si rama – rama. 
Dulunya dia Cuma beluncas hina, badannya berketak ketuk tak ada shape.
Warnanya pijar, geli mata memandang.
Tapi dia tetap tabah berusaha, berusaha menggigit sang daun hijau.
Sikit demi sikit, dia semakin dewasa, mula warna indah menyelaputi tubuhnya.
Dan kemudiannya, dia tidak lagi  Cuma merangkak di daunan hijau, dia kini bebas.
Bebas mencari arah tuju, tidak lagi dikongkong dengan kepompong busuk.
Lalu, adakah adil definisi  dunia pada seekor beluncas?
**** 
Definisi sebuah dunia,Cuma dalam genggaman kita.
Yang kita genggam, itulah dunia.
Apa yang ada?
Kosong.. Cuma angin.
Lalu, apa yang nak dibanggakan dengan dunia? 

“Tapi, kalau hodoh hitam tak lawa mana ada orang nak pandang…” 

Siapa kata? Yakinlah, sebenarnya  mereka ada. Ya, ada. Tapi Allah rahsiakan mereka dari kita. 
"kerana agama yang utuh, bukan hati yang rapuh.. "
To every girls out there, yang rasa mereka sedang bersedih sebab takde pakcik pakcik macho yang suka,
Hold on, sabar kejap ja lagi.
Sebenarnya  dia ada, .
Dia ada somewhere in the world.,
Nanti kalau kita dah tahu, tak surprise la kan?
Kita kan sukakan surprise ;)
Sebab tu Allah susun macam tu. Allahu, understanding nya  Allah :’) 

Biarkan dunia di telapak tangan ,
Jangan tanamkan dia di hati . 
Yes! He is somewhere in the world, maybe di sini, atau disana..atau pon di seberang laut sana? Who knows kan? Yang pasti, dia juga sedang menanti, with full of embrace waiting for you to be found. inshaAllah, no worries. Yang penting, jaga agama, jaga Islam. jaga diri, jaga hati. Titik. 
Was written this post on: 1st of July 13’ | KSKB SAS

Wednesday, July 10, 2013

wasiat cinta

Berkasih dan bersayang, 
Dicubit peha kanan, satu badan terasa sakitnya.

Bila disangka merajuk, Mary brown dan HL menjadi hantaran. Damai di atas meja, tak tahu nak response apa. Saya sebenarnya tak merajuk dengan awak awak semua. Cumanya bila kita terbeban dengan masalah lain, dan awak awak semua pulak macam macam style, saya jadi pening kepala, jadi seolah olah masalah itu adalah dari awak awak semua. Padahal tak pun. Sikit pun tak. 

Teruk nya . kata kawan, tapi kawan tak buat salah pun still nak salahkan diorang. Macam tu?

Oh! Tak.. sebenarnya macam ni., saya ni manusia biasa. Sekebal manapun saya cuba sedaya upaya menahan rasa, tetap terluah dengan tindakan saya. Saya tidur awal, saya tak join korang borak, saya tak ikut awak pergi cafĂ©.. semuanya bukan sebab salah awak semua. Tapi saya perlukan masa. Honestly, saya ni sangat cepat touching, wooo T.T 

I don’t know how to handle my own feelings. Sekarang pulak saya tengah ada crush. i had nowhere.. Eceh, gaya hal ehwal rumahtangga ja kan. 

Takdelah, saya Cuma sekarang tengah cuba cuba menjadi orang yang memendam rasa. Memendam untuk mengubah prasangka buruk. Saya selalu sakitkan banyak hati dalam sedar atau tak. Dan saya perlukan masa untuk ubah sikap buruk tu. Saya tak reti nak luah sakit hati tu macam mana melainkan dengan menangis.

 Awak semua jangan salah faham. Saya bukan menangis sebab awak semua, saya menangis sebab saya. Hati saya tengah kronik sekarang. Saya perlukan masa. Bagi saya masa ya? 

Awak, saya sayang awak. Saya tahu kasih awak pada saya melimpah ruah. Andai  hidup ni selamanya kerana kasih sayang, pasti saya salah seorang yang dapat hidup lama. Sebab kasih sayang yang awak bagi pada saya sangat ikhlas dan melimpah limpah ke ladang gandum hati ini . Terima kasih haniko aihara.  “Tinggi tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu “

Kerana sama bukan beerti serupa, makanya saya cuba untuk ubah persepsi saya pada keseragaman. Saya benci uniform, sebab tu lah saya sangat tak suka pada something yang serupa. Saya sangat tak suka bila pakai baju yang sejibik dengan orang lain, sebab bagi saya.. cukuplah penatnya pakai uniform.
 Saya taknak sama lagi dengan orang lain. Tapi awak, saya tak salahkan awak pun kalau kita ditakdirkan sama, saya cuba untuk ubah rasa tak suka kepada sayang. Awak tak tahu betapa rasa bersalah tu menebar dalam hati saya bila awak merajuk. Saya sayang awak, tapi saya tak reti nak pujuk dengan kata kata. Maafkan saya wardah.

Haritu, saya cakap saya ada meeting after isyak, so saya nak turun surau straight terus ke meeting. Tapi saya tahu, maybe suara saya perlahan sangat. So awak berdua pergi macam tu ja tinggalkan saya. Saya tak kisah pun, sebab surau bukan jauh beratus batu pun . Dekat tuu jaa. Tapi masa tu, saya perlukan awak.  Saya tak reti nak luah dengan kata-kata, saya ni bukan jenis pendam masalah sorang sorang. Saya suka cerita itu ini. 

Saya suka dengar pendapat orang lain. Sebab kadang kadang saya ja yang terlebih beremosi, padahal masalah tu just very simple. cicak yang tersepit celah tingkap, saya response macam dugong tengah ballet -.-“- halwa humaira’. Tak payah gedik gedik rasa bersalah. Saya okay ja 

Dan awak nur qalbii,Sebab awak sangat baik, makanya saya cuba untuk tidak menyakiti hati awak. Awak senang dibuli walaupun awak lagi senior satu tahun. Awak ada package sahabat yang sangat baik. Sampaikan kalau lah ada kem motivasi suruh buat list semua kejahatan awak, saya rasa saya adalah salah seorang calon yang akan failed dengan hebat. Bagi saya, awak sangat menyempurnakan hari hari kitorang kat sini. Walaupun kadang kadang bila awak ada masalah, orang lain pun terasa tempias tu, tapi still awak terbaik. 

Just because of you are so lovey dovey, and I love you till the end of time. 

Macam wasiat pulak tulisan ni, tapi apa salahnya kan sampaikan sayang kepada sahabat. Takkan lah sayang Cuma untuk pakwe makwe je kan?heh. geliii

“ gerimis yang kian membasah bumi,
Terkadang mengubah mentari menjadi pelangi,
Maka suburlah  jalinan bunga bunga cinta.
Lalu ku petik sekuntum yang paling memerah,
Moga ia mekar mewangi di sudut hati”

Was written this post on : 6th July 2013 | Saturday | KSKB SAS