Sunday, July 14, 2013

#LFTSOA

10 Julai 2013 | 1st of ramadhan 1434H
Syahira haura’
KSKB SAS

Tiada suatu nafas yang berhembus darimu, kecuali di situ takdir Allah berlaku kepada mu.
Kerana aku ingin meletakkan hamparan cinta hanya kepada Allah,
Maka aku memilih Allah melebihi dia .


#LFTSOA

Bertemu tanpa bicara,
Seolah membuka kamar hati yang tertutup.
Kau mampir menawarkan agama,
Lalu hati mana yang tidak tertawan?
Kau gah dengan ketegasan,
Lalu siapa aku untuk tidak gentar?

Namun kerana aku seorang wanita,
Kerana aku adalah secebis fitnah,
Maka aku takut dia jatuh kerana aku.

Aku ingin melihat dia faqih dalam beragama,
Kerana itu aku mesti erat membencinya.
Aku ingin dia thabat dengan dakwahnya,
Maka aku harus melangkah memberinya ruang,
Ruang yang kian bercahaya di hatinya,
Ruang yang tulus hanya untuk Ilahi.
Kerana aku  sedar di mana aku,
Maka aku memilih bersakit dari bersedih.

Dengarlah hati,
Dia bukan mati,
Dia Cuma melangkah pergi.

Dengarlah hati,
Dia melangkah kerana Allah,
Bukan semata demi dunia.

Wahai jiwa yang gundah,
Tersenyumlah.
Allah itu Maha Mengabulkan,
Memintalah dengan hati, 
Bukan Cuma dengan bicara kalam sunyi.
Moga dia di ufuk sana,
Dan aku di daerah sini,
Kan kembali bertemu menggapai redha,
Walau bukan di sini,
inshaAllah di negeri akhirat pasti.

Aku ingin menawarkan agamaku sebagai taruhan,
Taruhan untuk bertemu insan yang aku kasih di Jannah.
Allahumma amin.

No comments:

Post a Comment