Wednesday, July 10, 2013

wasiat cinta

Berkasih dan bersayang, 
Dicubit peha kanan, satu badan terasa sakitnya.

Bila disangka merajuk, Mary brown dan HL menjadi hantaran. Damai di atas meja, tak tahu nak response apa. Saya sebenarnya tak merajuk dengan awak awak semua. Cumanya bila kita terbeban dengan masalah lain, dan awak awak semua pulak macam macam style, saya jadi pening kepala, jadi seolah olah masalah itu adalah dari awak awak semua. Padahal tak pun. Sikit pun tak. 

Teruk nya . kata kawan, tapi kawan tak buat salah pun still nak salahkan diorang. Macam tu?

Oh! Tak.. sebenarnya macam ni., saya ni manusia biasa. Sekebal manapun saya cuba sedaya upaya menahan rasa, tetap terluah dengan tindakan saya. Saya tidur awal, saya tak join korang borak, saya tak ikut awak pergi café.. semuanya bukan sebab salah awak semua. Tapi saya perlukan masa. Honestly, saya ni sangat cepat touching, wooo T.T 

I don’t know how to handle my own feelings. Sekarang pulak saya tengah ada crush. i had nowhere.. Eceh, gaya hal ehwal rumahtangga ja kan. 

Takdelah, saya Cuma sekarang tengah cuba cuba menjadi orang yang memendam rasa. Memendam untuk mengubah prasangka buruk. Saya selalu sakitkan banyak hati dalam sedar atau tak. Dan saya perlukan masa untuk ubah sikap buruk tu. Saya tak reti nak luah sakit hati tu macam mana melainkan dengan menangis.

 Awak semua jangan salah faham. Saya bukan menangis sebab awak semua, saya menangis sebab saya. Hati saya tengah kronik sekarang. Saya perlukan masa. Bagi saya masa ya? 

Awak, saya sayang awak. Saya tahu kasih awak pada saya melimpah ruah. Andai  hidup ni selamanya kerana kasih sayang, pasti saya salah seorang yang dapat hidup lama. Sebab kasih sayang yang awak bagi pada saya sangat ikhlas dan melimpah limpah ke ladang gandum hati ini . Terima kasih haniko aihara.  “Tinggi tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu “

Kerana sama bukan beerti serupa, makanya saya cuba untuk ubah persepsi saya pada keseragaman. Saya benci uniform, sebab tu lah saya sangat tak suka pada something yang serupa. Saya sangat tak suka bila pakai baju yang sejibik dengan orang lain, sebab bagi saya.. cukuplah penatnya pakai uniform.
 Saya taknak sama lagi dengan orang lain. Tapi awak, saya tak salahkan awak pun kalau kita ditakdirkan sama, saya cuba untuk ubah rasa tak suka kepada sayang. Awak tak tahu betapa rasa bersalah tu menebar dalam hati saya bila awak merajuk. Saya sayang awak, tapi saya tak reti nak pujuk dengan kata kata. Maafkan saya wardah.

Haritu, saya cakap saya ada meeting after isyak, so saya nak turun surau straight terus ke meeting. Tapi saya tahu, maybe suara saya perlahan sangat. So awak berdua pergi macam tu ja tinggalkan saya. Saya tak kisah pun, sebab surau bukan jauh beratus batu pun . Dekat tuu jaa. Tapi masa tu, saya perlukan awak.  Saya tak reti nak luah dengan kata-kata, saya ni bukan jenis pendam masalah sorang sorang. Saya suka cerita itu ini. 

Saya suka dengar pendapat orang lain. Sebab kadang kadang saya ja yang terlebih beremosi, padahal masalah tu just very simple. cicak yang tersepit celah tingkap, saya response macam dugong tengah ballet -.-“- halwa humaira’. Tak payah gedik gedik rasa bersalah. Saya okay ja 

Dan awak nur qalbii,Sebab awak sangat baik, makanya saya cuba untuk tidak menyakiti hati awak. Awak senang dibuli walaupun awak lagi senior satu tahun. Awak ada package sahabat yang sangat baik. Sampaikan kalau lah ada kem motivasi suruh buat list semua kejahatan awak, saya rasa saya adalah salah seorang calon yang akan failed dengan hebat. Bagi saya, awak sangat menyempurnakan hari hari kitorang kat sini. Walaupun kadang kadang bila awak ada masalah, orang lain pun terasa tempias tu, tapi still awak terbaik. 

Just because of you are so lovey dovey, and I love you till the end of time. 

Macam wasiat pulak tulisan ni, tapi apa salahnya kan sampaikan sayang kepada sahabat. Takkan lah sayang Cuma untuk pakwe makwe je kan?heh. geliii

“ gerimis yang kian membasah bumi,
Terkadang mengubah mentari menjadi pelangi,
Maka suburlah  jalinan bunga bunga cinta.
Lalu ku petik sekuntum yang paling memerah,
Moga ia mekar mewangi di sudut hati”

Was written this post on : 6th July 2013 | Saturday | KSKB SAS

No comments:

Post a Comment