Thursday, August 15, 2013

shining star

“You are a shining star, so beautiful you are, my baby... You light up my world “

Adik nama apa?
Mohamad afiq naufal.
Oh,yeke,comelnya nama..darjah berapa ?
Darjah 3.
Sekolah kat mana ni ?
Sekolah agama rakyat dot dot dot
Waaa.. ni mesti pandai baca quran kan?
Aah, ustaz ajar.
Cuba baca surah ikhlas, tahu?
Tahu. (mula membaca patah demi patah dengan fasih)
Allahu, bagusnya. Besar nanti jadi hafiz ya, hafal quran. Nanti boleh tarik mak ayah masuk syurga.
Nak ! tapi tak reti baca quran besar laju laju.
Takpe, habiskan iqra’dulu sayang.

Senyum.
Sucinya budak budak cenonet. Moga lukisan hidup yang bakal dicoret kan mengharumkan lagi daerah akhirat mereka. Amin.
****

Satu hari, saya ditugaskan untuk handle usrah budak budak semester baru di dalam minggu orientasi diorang. So, as a akak naqibah saya bercerita lah itu ini itu ini. Untuk menambahkan lagi perasa , saya bawakan satu hadis kepada mereka . hadis ni dah sangat common ;

“ apabila matinya seorang anak adam, hanya 3 perkara yang akan dibawa.
  •   Amalan sewaktu hidup
  •   Doa anak soleh
  •   Sedekah jariah”


Saya pun cubalah berinteraksi dengan “anak – anak usrah” saya. Dan dalam masa yang sama saya berceritalah kepada mereka satu demi satu.
Dipendekkan story, masuk lah bab ‘ doa anak yang soleh’.

Dalam kalangan ahli usrah saya, ada yang sudah bergelar ibu. 8 tahun lebih tua dari saya. Jadi, by hook or by crook, saya kena menjaga kata-kata saya supaya boleh di digest dengan baik tanpa menimbulkan salah faham.

Saya berceritalah satu kisah tentang satu kubur yang harum ,luas dan cerah, dek kerana doa yang tidak putus dari anak nya. Eh, tetiba saya pandang sekilas akak tu, dia macam lap ayaq mata. Tak tau lah dia mengantuk ke apa, saya pun Tanya,

 “ kak Azlin okay? (bukan nama sebenar :P) “ dia angguk angguk. Saya pun sambunglah sesi usrah tu dengan menyanyi pulak. Wohaa, walau saya sedar suara saya macam pak kaduk tercekik ayam, saya tetap enjoy menyanyi lagu nasyid anak soleh, kumpulan aiman. Anak anak usrah saya makin menunjukkan minat, siap menyanyi sama sama dengan saya. Enjoy. Macam macam soalan yang ditanya, dan tiba tiba tu, kak azlin tanya dengan  teragak agak. Malu mungkin.

“ syira ( bukan nama sebenar ), kalau kita ni jahat, boleh ke dapat anak- anak yang soleh?”

Oh, dalam hati saya dah dapat agak kenapa kak azlin Tanya soalan tu. Dia Cuma seorang wanita biasa. Berpakaian yang biasa biasa, tshirt short sleeve dan legging hitam . bertudung , tapi cuma sekerat dada. Saya senyum. Dalam diam saya cuba menyusun ayat yang terbaik, supaya kak azlin tidak merasa dirinya teruk, dan tidak pula menolak hujah saya.

“ akak, (berdehem).. dan adik adik yang Allah kasih. Iman tu tak dapat diwarisi. Mak ayah baik mungkin anak dia drug addict bagai. Anak hafiz hafizah, mungkin mak ayah dia kaki disco, nauzubillah. Dan baik tu pula amat lah subjektif. Sama lah macam makanan. Ada yang cakap ayam barbecue tu sedap walaupun rupanya hitam. Dan mungkin bagi orang lain, tu tak cukup sedap. Baik ni kalau nak dihitung dengan pandangan manusia, memang akan sentiasa serba tak kena. Tapi kita mesti ingat satu perkara, baik di mata Allah is everythings. Tak kesahla kau macam mana di mata manusia, yang penting, tu, Dia yang di atas sana”

“ pernah dengar tak system barter? Sape sape yang sekolah sampai darjah 6 ja mungkin tak tahu. System barter ni kita bagi barang untuk ditukarkan dengan sesuatu barang. Macam tu jugalah kita dengan Allah. Allah tawarkan kepada kita rahmat dan nikmat, tapi dengan syarat kita tukarkan dengan iman dan taqwa. Yes, I know. Bukan senang, cakap pung pang pung pang bolehla kan, aci cuba try buat? ..

Saya pun berceritalah tentang seorang cikgu fizik (katanya) yang Cuma seorang yang biasa biasa, tapi anak anak nya semua nya menghafal al quran. Kak azlin Nampak berminat.
****

Anak – anak yang soleh tu jugak merupakan salah satu nikmat dan rezeki. Ada mak ayah yang bukan kaki surau, bukan kaki masjid, bukan kaki solat puasa bagai. Solat main aci redah ja..puasa main tarang ja. Zakat punya la bakhil nak bayar. Tapi still dapat anak anak yang soleh solehah. Yang sejuk mata memandang. Untungkan? Ya, sangat untung.

Tapi itu Cuma dunia, kat akhirat?

Anak anak bila dah besar dan cukup matang, mereka bebas memilih hidup mereka. Bimbingan dan tauladan dari mak ayah sebenarnya  salah satu cara nak kenalkan mereka dengan addin yang sebenar.

Jadi , tak mustahil seorang anak yang soleh itu lahirnya dari Rahim seorang ibu yang bukanlah solehah, stok stok tudung besar besar gedabak. 

Mungkin Allah bagi peluang dan nikmat itu untuk membuka pintu hidayah dalam hati seorang ibu. Who knows kan? Yang penting berdoa. Tak salah pun menjadi yang lebih baik. Menjadi baik adalah satu proses hidup. So, jangan malu untuk berubah. Selagi matahari belum terbit dari barat, selagi itulah pintu taubat masih terbuka seluasnya untuk kita .

At the end of the usrah, kak azlin datang dan hug me katat ketat. Dia cakap, syira,. Terima kasih.
Dalam hati dah rasa nak menangis. Allahu, nikmat iman tu bernilainya masyaAllah. Jangan Kau tarik nikmat iman yang Cuma tipis ini ya Allah!

Dan itulah pengalaman usrah dengan orang yang lebih dewasa. Cukup untuk membuatkan saya rasa macam kena taufan kat dalam hati ni.


Dear my future ansarullah,
“Harumlah sayang dengan agama.
Mekarlah sayang dengan taqwa.
Jaga langkahmu jangan tersasar.
Usah terlena di sudut dunia,
Ibu dan abi menanti doamu,
Moga diangkat ke langit dimakbul Tuhan.”
Amin.


“you are a miracle, you brought joy to my soul, and pleasure to my eyes. I ll pray that you find your way ,may God bless you and protect you. inshaAllah , amin ’’ - maherzain-

Was written this post on:  5th july 2013 | Friday | KSKB SAS



No comments:

Post a Comment