Wednesday, September 18, 2013

homecare?

kita yang tak pernah merasa hidup susah,
banyak mengeluh dari bersyukur.

kita yang tak pernah merasa susah nak hidup,
lebih banyak berangan dari berusaha.

since petang tadi, balik dari posting, saya jadi terfikir sorang-sorang. Sekarang posting di bahagian homecare HBUK, Tg Rambutan.. dan petang tadi melawatlah kami kami ke rumah patient yang tertera di dalam Psychiatry Case record . 

satu rumah, dihuni 3 lelaki. siblings, and unmarried.

dari luar, saya tanya abang MA yang bawak kami, 

" abang sharil, ni ke rumahnya ?" 
dia senyum, then dia cakap. 
" jom, masuk. "

dari pandangan mata kasar, andainya saya lalu kat depan rumah ni malam - malam hari mahupun siang hari, saya akan cakap kat orang sebelah saya :

" err, saya rasa ni rumah hantu. kita jalan laju sikit nak? "

takpun. saya akan pusing satu taman mencari laluan alternatif lain. 

faham?

tak reti nak describe macammana keadaa rumah tu. Patient tu was diagnosed as acute schizophernia. Quite teruk jugak. tak boleh nak imagined how he possibly continue living there.

then, terdetik dalam hati :

-Allah! alhamdulillah, aku punya rumah yang baik
-Allah! alhamdulillah, aku punya keluarga yang sangat bahagia.
-Allah! alhamdulillah, aku punya semua yang dia tak ada.

itulah kita, nikmat yang Allah bagi, kita takkan pernah nak bawak bersyukur.

sibuk nak mengeluh 24/7.
sibuk nak merengek 12/12

nak itulah, nak inilah.. padahal ada lagi mereka yang langsung tak bernasib baik.

tidur dengan najis, makan dengan binatang.
pernah ke terfikir untuk merasa syukur? 

tadabbur Ar- Rahman , Allahu (':

# ketuk kepala sendiri dengan botol bedak! -.-"

1 comment:

  1. Alhamdullilah
    Senang ja nak sebut tapi susah nak lekatkan dalam hati...
    ^_^
    Abrariwan

    ReplyDelete