Thursday, December 12, 2013

menentang hingga mati




perempuan,

menjadinya bukan pilihan,
menjadinya adalah ketentuan.


perempuan.

menggalasnya bukan mudah,
bukan sekadar indahnya paras,
atau kelembutan kata,
tapi tanggungjawab yang maha berat,
kerna kejadiannya menjadi fitnah.


fitnah.

buat sang lelaki.


aku tiada pilihan.

mahu menjadi perempuan yang dimuliakan,
atau menjadi perempuan yang terhina.


aku tiada pilihan,

selain menjadi perempuan yang menentang,
menentang hingga mati.


kerana arus ini,

lazimnya yang aneh dipandang hina,
yang asing dipandang sebelah mata.


tapi aku tidak peduli,

atas ketentuan menjadi perempuan,
aku takkan jatuh lagi.
menentang hingga mati,
menentang walau sesudah mati!




wahai hati,
kuatlah.

wahai nafsu,
binasalah!

wahai iman,
peliharalah.

wahai diri,
thabatlah!



No comments:

Post a Comment