Sunday, December 15, 2013

noktah bidayah : si buta

 bismillah.
in letting go, the answers lies in Love. Fall in Love. Yes, fall in Love. Fall in Love with something GREATER, Fall in Love with the REAL THING. See the MANSION. Only then, we will stop playing the dollhouse - Reclaim your heart, Yasmin Mogahed-

sakitnya hati dengan diri sendiri.
mengapa terlalu mudah melupakan Tuhan.

sakitnya jiwa dengan hati sendiri,
mengapa terlalu angkuh mencari dunia.

aku paling ingin orang menegurku di waktu silapku.
mengingatkanku tentang Tuhan,

aku paling ingin berhenti dari diuji dengan lelaki,
agar aku tidak tersangkut dengan penyakit hati.

aku paling mahu ada yang membangunkan aku untuk tahajud,
agar aku tidak terlepas menikmati saat indah bersama Dia

aku sangat ingin tiada lagi orang yang akan membicarakan kepadaku tentang gosip.
kerana aku sudah letih berhibur.
aku sudah terlalu banyak bergurau.
aku sudah terlalu fasih tertawa.
sedang aku tahu, 
Dia tidak redha.

aku paling mahu sahabat yang susah senang bersama,
yang paling tahu rasa hati saat aku sedih dan tawa.

ya,
sedih dan tawa.
aku meletakkan sedih di hadapan tawa,
kerana aku lebih banyak sedih dari tawa.
sungguh!
aku tidak peduli dengan air mata,
aku tidak hairan dengan kesedihan.
tapi,
aku cuma cemburu.
cemburu bila membaca kalam insan lain.

namun tetap, syukur aku panjatkan pada Dia.


aku tidak punya banyak kisah indah yang mampu aku gores untuk menginsafkan orang lain,
aku juga bukan orang hebat yang mampu melontar bicara gah,

aku bukan insan yang suci tiada dosa,
namun kerana kasih Tuhan,
Dia sedikitpun tidak menyingkap aib hambaNya.
betapa aku berhutang berjuta ,bahkan bertrillion budi denganNya. 

aku cuma seorang bakal medical-assistant, Nothing to be proud of. Takda apa yang orang akan pandang.

mindset aku selalu membuatkan aku rebah.
aku malu hendak berusrah dengan sahabat Shamsian yang lain sometimes,
atas alasan, aku cuma biasabiasa, dan PEMBANTU doctor cuma.
aku tak pernah merasa syukur dengan keindahan nikmat yang Dia anugerahkan.
hingga pernah satu saat, aku memohon pada Tuhan, agar bila aku terjaga dari lena, ini semua hanyalah mimpi ngeri yang aku takkan pernah lalui.

tapi, pagi esoknya.
aku masih perlu bangkit, 
menyarung kembali uniform hitamputih.

pernah terdetik dalam hati aku 
" jangan masuk sini, you might suffered. A lot " 

and, as time goes by, 
it's been two years since i last saying goodbye .
goodbye without leaving.
i miss them, Hardly.

and ,
i owe Him, a big time.


aku paling Iri dengan student Law.
aku paling - sangat Cemburu dengan peguam hebat,
aku paling sakit hati , bila tahu orang QUIT Law untuk masuk kos aku.

sungguh,
kerjaya aku selalu membuatkan aku jauh dengan jalan dakwah dan tarbiyyah
aku lemah bila berhadapan dengan mad'u yang lagi hebat, yang lagi ampuh darjatnya pada pandangan manusia.
bila di hadapan skuad satu-kolej,
aku berani menebar bunga-bunga agama,
kisah cinta Tuhan.
tapi hakikatnya,
aku cuma ibarat seekor tikus yang sedang cuba mencuri menggigit bucu sekeping roti .
penuh dengan rasa hina. takut. risau. gelisah.

aku tahu, walau seteruk manapun aku rasa, tetap ini semua takdir.
aku paling mahu berkongsi rasa ini dengan sesiapa.
sesiapa yang apabila aku membuka kisah ini, dia memahami dengan hati, bukan cuma dengan baris nasihat yang boleh aku dapat di google atau mana-mana buku motivasi. aku sudah lupa bagaimana rasanya difahami, bila kata-kata kadang tersekat dek situasi. aku tidak betah! berselindung dengan senyuman, bersembunyi di sebalik gurauan dan hingar tawa. Aku benci dengan diri aku yang terlalu hipokrit!

aku ingin sekali menghentikan masa,
memutar kembali saat aku kenal dakwah dan tarbiyyah.

menjadi syahira- si pengawas skema.
tegas dengan prinsip.
berani demi kebenaran.
sanggup jadi sentri semta-mata demi mencegah maksiat.
sanggup mencuri masa demi memenuhi tuntutan iman.
walau panas terik mentari pijar, aku tempuh demi usrah.
walau hingga ke lewat malam, aku bersengkang demi agama
hujung minggu aku terisi dengan ilmu.
malamku indah dengan taman-taman syurga.
bila terleka, ada surat cinta yang menegur dengan penuh kasih-sayang.

aku berubah  .
dan kerana itu jugalah,
aku yakin!
kali ini aku juga mampu berubah lagi
menjadi Al-Fateh memang bukan mudah,
tapi juga tidak payah!
Allah ada.
Allah ada.
Allah ada.

aku selalu jarang melihat janji Allah.
yang terlintas dalam hati aku cuma keluhan demi keluhan
sedang dalam aku tidak sedar, keluhan itu ibarat menghempap aku kembali, hingga kadang aku terjatuh,
aku tidak lagi mampu bangkit. Aku mencipta angan dalam atmosfera aku sendiri. Aku mengharap bulan akan jatuh dalam dakapan. Padahal aku sudah begitu tahu, bulan itu andai jatuh dalam dakapan aku, maka gelap lah dunia tika malam muncul. Dan aku sendiri akan ketakutan.

aku selalu berharap agar bila aku bersedih, akan ada tangan lain yang menyapu air mata. Padahal aku sudah begitu jelas, aku punya tangan sendiri untuk mengambil sehelai saputangan dari poket rahsiaku dan tangan itu masih berfungsi untuk diangkat dan mengelap butir jernih yang jatuh. Lalu, apakah lagi aku tidak bersyukur?

kerana aku terlalu leka mendengar dongeng si cinderella, yang dilamar sang putera raja , lalu disarungkan dengan sepasang sepatu kaca, kemudian endingnya akan berakhir dengan frasa " .. and they live happily ever after ", padahal aku sudah begitu terawa bila melihat seekor tikus menjadi pemandu, sebiji labu menjadi kereta kuda, dan kemudiannya aku masih berimaginasi menjadi si cinderella. Betapa aku lupa untuk berpijak di bumi nyata.

ahh! sudahlah dengan cerita khayalan aku. Nasib aku tidak akan berubah, andai aku sendiri tidak berusaha mengubahnya , Allah once said in the Quran. Jadi wahai diri, kenapa masih tidak mahu berganjak dari litar ini? Sampai bila harus aku tunggu dengan kata  "on your mark" ?, sedang yang lain telah pun memulakan larian mereka? Bunyi tembakan di udara itu bukan mimpi lagi, tapi realiti. Dan perlumbaan telah lama bermula, tinggal aku sahaja yang masih kaku di sudut ini.


ku tenung bunga dan ku dapati harapan. Mereka berkembang dari sebiji benih, lalu mekar indah, walau ditiup angin kencang, tetap dia teguh di dahannya. dan hanya cuma luruh apabila tiba waktunya. Bukankah pada setiap penciptaanNya punya rahsia?

harini,
tulisan ini menjadi bukti,
bahawa aku ingin menyerahkan hidup dan matiku,
hanya pada Dia.

dakwah dan tarbiyyah. 
aku datang lagi, memenuhi janjiku pada Agama.
aku tidak mahu lagi tersenyum bukan dalam keredhaanNya.

" wahai lelaki di pentas dunia, jangan kau hampiri aku. Aku masih rapuh , aku belum kebal. Jangan singgah di dahan rapuh milik aku, kerana dahan ini belum cukup aku alasi dengan taqwa. Aku mohon, Jangan mendekat dengan aku! 
one-meter radius no less,
and it's enough " 



No comments:

Post a Comment