Sunday, December 22, 2013

RM10

masuk kali ni, dah 3 kali kena peras ugut di negeri yang sama .

baru nak masuk kereta, tibatiba ada budak kecik 3 orang datang tarik tudung. Apa entah masalahnya, aku pusing lipat maut. Tudung aku bukan kain kat Kamdar yang kau beli 1meter 8 hinggit nak main tarik tarik. 

dahla tudung tu panjang, lagi seronok kau main tarik tarik. kena geget jugak nanti.

" kak! nak 2 ringgit! " yang paling tinggi di antara 3 orang tu bersuara.
" saya pun nak 2 ringgit! " yang paling kecik bersuara.
" saya pun nak jugak kak! " yang sedangsedang tinggi bersuara laju.

" akak tak kenal adik, pergi mintak duit dengan mak ayah eh " aku balas senyum. kaki cuba melangkah, tapi tiba tiba sekali lagi tudung aku direntap dari belakang kuat.

dalam banyak banyak benda, tudung aku jugak yang kau nak main! Aku paling pantang orang rosakkan tudung aku yang dah terletak elok atas kepala. Tu namanya cari pasal -.-

aku pusing lagi sekali, cuba menahan amarah yang dah mula naik satu level.

dan tiba - tiba..

eh, ramai pulak ni dah kenapa.. hati dah rasa tak sedap, tawar semacam.

" adik, bagi duit kat anak saya sekarang." seorang lelaki dalam linkungan awal 40-an , bermisai tebal, memberi arahan.

" tapi pkcik ni sape? " 

"saya ayah budak budak ni, ni mak dia. " balas pkcik tu sambil tangannya menunjuk pada seorang wanita yang bermakeup tebal, dengan eye-shadow pink terserlah di kelopak mata.

" kenapa saya pulak kena bagi duit kat anak pkcik, saya tak kenal pkcik . "

" sebab aku takde duitlah aku suruh kau bagi. ." jawab pkcik tu kasar.

" aku pun nak jugak. kau bagi je berapa kau ada" akak yang dari tadi memandang aku sinis bersuara.

dalam hati aku terdetik . Ni dah kes peras ugut ni!
budak budak kecik tu masih lagi steady tarik handbag aku. 
aku dah mula mengira langkah. Kereta dah dekat ni. kalau pkcik dengan mkcik ni takde alat yang bahaya,aku lari sempat ni.

aku buka dompet aku, hailaa. . takkanlah nak bagi semua..aku berkira-kira. Duit kedai pun ada dengan aku. Mahu nya kaya orangorang ni kalau aku bagi-.-

lalu, aku keluarkan sekeping not RM10. dan aku serah kat budak yang paling bongsu, sambil cakap, 
"nah dik, 100 "

sebaik sahaja aku habis cakap, kaki aku melangkah cepat. Masuk kereta, dan lock!
pkcik tu cuba mengejar anak dia. yelah, aku kasik '100' tadii..

cepat cepat aku reverse, dan mula keluar dari parking lot tu.

boleh kata sepanjang perjalanan nak balik rumah, 3 kali aku kena hon. Berangan time bawak kereta macam tu lah jadinya. orang dah Hijau, aku static lagi tak bergerak. patotlah pun kena hon bertubi tubi!

terengganu, kau makin bahaya sekarang -.-

balik rumah, aku cerita kat mak abah. Kalau ikut hati, nak simpan sensorang ja. Tapi memandangkan masa aku kalut reverse time nak keluar dari parking lot tu, aku tak perasan ada tiang, jadinya wassalam lah bumper kereta tu. 

mak pesan, lepas ni kalau kena lagi macam tu, jeritlah mintak tolong . Dah kena 3 kali pun takut lagi..
abah cakap, nanti apply kerja mintak sini ja (terengganu). Duk depan mata pun dah jadi macam ni, kalau jauh macane entah. 

i know, both of them worried too much. Nasiblah tak kena acu pisau ke acu pistol lagi. . 
aku kena belajar jadi berani. Pisau lipat memang aku dah bawak pergi mana-mana, tapi macam takde function bila tuan pisau tu terlampau takut-.-

so, from now on. jangan keluar sensorang lagi nak pergi mana- mana.

dan moral daripada cerita ni, sebab tu lah Allah sentiasa ingatkan golongan hawa, sentiasa bersama Mahram walaupun cuma nak ke kedai si eton tu ha kat sebelah. pulak lagi, dalam surrounding sekarang ni, orang sanggup buat apa saja demi nak duit. siang- siang hari pun orang dah tak peduli. Asal ada ruang dan kesempatan, mereka takkan fikir dua kali. 


titik.

No comments:

Post a Comment