Monday, December 30, 2013

tentang Hati



saya tidak pantas mengeksploitasi hati sendiri.
maka saya sudah terlalu tahu,
bahwa saya hipokrit!

tapi sungguh, saya cuma mahu berubah.
agar mati saya sempat berbekal taqwa. .

apabila saya membisikkan kata untuk bermujahadah melawan kehendak nafsu, 
saya bersungguh. Benar, mahu bersungguh demi Tuhan !

fahamilah walah sendu yang bertakung di hati ini.
fahamilah dengan mata hati yang paling dasar !

saya tidak betah menebas seluruh rasa dengan sekali ayunan mata parang,
saya cuma terdaya menarik sedikit demi sedikit. . .

saya tidak mahu rasa ini berterusan .
saya tidak mahu ada debunga halus yang mampir,
bimbang ia kembali berbunga.
fahamilah,.

kata- kata yang mungkin hanya ibarat gossip liar si senah ,
walau kelihatan seperti gurauan seorang teman cuma,
tetap mengundang sejalur rasa yang mula memekar!.
saya tidak mahu. .

saya tidak rela,
ingin saja saya bangun meninggalkan gelanggang haruman si bawang,
agar hati terjaga. 
tapi langkah kaki ini seolah longlai,
beku dengan situasi.

kalian yang Allah sayang,
mengertilah.
saya tidak mahu berterusan dihinggapi penyakit wahn.
saya tidak mahu berterusan menggigit senyuman palsu.
saya tidak mahu dikaitkan dengan mana mana kumbang.
cukuplah hidup saya cuma sekadar mekar di taman milikNya,
yang terjaga demi Tuhan.
saya tidak mahu rasa itu ada . 
cukuplah ia menjadi ubat pahit yang menyembuhkan.

saya sudah penat bermujahadah.
saya sudah terlalu sakit untuk tersungkur rebah lagi. .
fahamilah..
kata ini tidak mampu saya lafazkan menjadi bait tutur kata di hadapan makhluk Tuhan persis kalian. .
kerana saya terlalu naif untuk menjadi peguam kepada hati.

walau saya cuma membalas dengan senyuman,
walau sesekali saya menjadi sangat annoying,
saya cuma mahu kamu tahu,
bahwa saya sedang cuba menyekat angin perasaan dari mengulit hati yang serba kurang.
saya tidak tahu bagaimana mahu meneutralkan rasa apabila dia di hadapan mata
fahamilah. .


mahukah awak menjadi batu penghalang saya dengan Tuhan ?
mahukah awak meletakkan diri awak sebagai asbab kejatuhan saya?
mahukah awak melihat saya memilih dia berbanding Dia ?

dan sungguh!
saya tidak mahu.
kerana itu saya memilih ini.
maafkan saya kerana terlalu pathetic.



No comments:

Post a Comment