Friday, December 13, 2013

wahai Rabbul 'izzah



selalunya, 
bila kita dah terlalu terbiasa dengan sesuatu,
kita akan terasa lain bila sesuatu tu berubah.

tak kira la apa benda pon,
siang jadi malam,
spring jadi winter,
and etc~

sebab tu kita kena sentiasa ingatkan diri,
selesa dan bahagia, 
semua hanya hadir dengan izin Dia.
tampal syukur pada dahi setiap kali Dia hadiahkan bahagia.

tapi,
sebenarnya saya hipokrit.
saya cakap itu ini,
saya nasihat macam macam,
saya asyik tweet tweet yang baik baik,
tapi, berapa banyak ja yang saya betul amal?

saya kira,
hati ini ada double layer.
satu lapisan di luar,
taat mengikut arahan.
tapi satu lagi lapisan di dalam,
selalu berubah ubah.
sekejap dia kuat,
sekejap dia rebah.

saya cuba bagi arahan tegas.
jangan gantung harapan pada manusia,
tapi kemudiannya,
dia buat lagi.

sungguh,
dia meresahkan saya.

Allah,
saya kira ,
Engkau tahu betapa jasad ini mencuba membahagiakan iman yang tipis ini,
ahh,
saya tidak peduli,
walau manusia lain bilang saya gila,
juga saya tidak hairan.

kerana yang saya tahu,
Kamu ada untuk saya cinta.
Kamu ada untuk saya menagih kasih.

Allah,
saya sedar,
titik titik hitam yang mula bermaharaja di hati ini,
dalam setiap saat mula menghakis nama Mu ,

tapi ya Allah,
saya sedang berusaha.
berusaha mengejar bayangan kasih sayang Mu.

walau saya tahu,
manusia mula memandang enteng,
tapi saya tidak mahu ambil pusing.
kerana kini,
saya nekad mahu Kamu tahu,
yang saya sedang berusaha membahagiakan Agama Mu.

Tuhan,
aku mohon ,
sebarkanlah nama hina ini dalam kalangan penghuni langitMu,
kerana aku butuh doa mereka !

amat-paling-sangat

kata ini , tanda Iman.
walau mereka cuba mengeksploitasi keyakinanku.
tetap Engkau yang aku cuba tanam di dasar qalbu yang paling dasar!

Engkau yang bersifat Wujud, 
yang tidak punya fizikal yang mampu aku gambarkan, 
izinkan aku lelah dalam dakapan cintaMu,
walau cuma dengan lakaran sepi di sudut ini,
dengarlah aku.

wahai Tuhan pemilik langit dan bumi, serta seisiNya.

credits

wahai makhluk Tuhan bernama lelaki, jangan hinggap lagi di dahanku. kerna sayap aku masih rapuh untuk terbang tinggi.  Jangan singgah lagi di sudut hati milik aku, kerana sudut ini bukan jalan pintas untuk kau terbang mendekat dengan Tuhan. Aku tidak mengeluh dengan kisah semalam, kerana kisah itu aku belajar mengerti cinta Tuhan. 

No comments:

Post a Comment