Tuesday, January 28, 2014

SCU

Spinal care unit (:

Last day bertugas di situ, kenal dengan staff yang banyak membantu.
Sebenarnya, walau dah masuk tahun akhir pengajian, tetap banyak benda lagi yang saya tak tahu.
Waktu tu, doctor buat ward round. So, saya pun terhegeh jugak nak ikut sekali.

Sampai kat sorang patient ni, houseman kelam kabut cari something. Then , pakar ortho yang ada sekali tu pun tegurlah

“ you all cari apa ni ? “
Houseman  tu pun jawablah,

“X-Ray patient ni . .”
Then, dengan selamba badak doctor pakar tu cakap.

“ no need, I dah tengok dari whatsapp semalam “

And dia terus pusing. Doctor HO tu macam terkulat sendiri.
Yelah, sebabnya semalam yang dimaksudkan doctor tu adalah time doctor tu tengah cuti. So, Nampak tak betapa responsible nya dia. Walaupun dia bercuti, tetap jalankan amanah dia dengan penuh cool.  

Tu baru satu.

Satu lagi. Waktu sorang Houseman  tengah present case, case spine TB. . Houseman tu cakaplah macam ni . .

“  . . .we have to wait as the incubation period gonna be 2 or 3 days according to working days . .”

Habis ja Houseman tu cakap, doctor pakar tu terus menyampuk ,

“ why you have to wait according to working days? Bacteria nak growth pun tunggu hari you all’s kerja ke?  So you cuti, bacteria pun stop growth, macam tu?“
. . .


Semua orang macam terpempan dengan ayat doctor tu. Seriously, specialist tu sangatlah cool. Gaya dia, the way he talk. And the way he solve all the things, sangatlah bergaya. Dan sangatlah penuh kelembutan seorang manusia. Ahh. Caerr dengan attitude dia . moga lebih ramai doctor macam tu kat luar sana . amin (: !



Saturday, January 25, 2014

Sob - Ba' - Ra'



so. it's Jumuah.
and jealous tengok orang lain santai tengok movie.

and esok kerja. Lagi. 
rindu sahabat di kampar sana.
rindu sahabat di sungai siput jugak.
rindu epip. 
rindu anazaki.

rindu mak abah.

rindu nak halau ayam .
rindu udara kampung.
rindu bau tanah yang basah selepas hujan tu.
rindu suara garau abah.
rindu suara halus mak yang suka nyanyi nyanyi.

dari kecil. mak selalu nyanyi lagu pelita hidup. sampai sekarang melekat kat otak.

 " hidup ini bagai lampu dinding, yang dinyalakan di malam hari. Apabila minyak sudah kering, ia kan pasti padam sendiri "

kata mak, kita hidup tak lama. Jadi, jangan malas. Kalau nak malas , malas kat syurga sana. Ah, sentap ah limpa ni setiap kalii teringat! terus semangat terbang dari bumi Terengganu tu meresap ke setiap chamber jantung ni. Lup dup, lup dup 120 KM/Jam.

and,
rindu jugak orang jauh.
kaifahal? uh? boleh ke macam ni? -.-

ahh.
behavelah.
jangan sampai kena hempuk dengan Saunder's punya encyclopedia.

and so,
you left. 
gonna be 25th days without.

unbelievable,
i'm still breathing what.
seeee see,
how miracle's Allah did that.

Biggest thanks to Him (:
alhamdulillah. 
awak ujian untuk hati saya.
kita sama - sama jadi ujian untuk diri masing - masing.
terrible nya feelinggggg ni .
so, semoga dekan di akhir nya!
fii amanillah.

eh, tetiba pulak.
syahira,

sabar. 
boleh? (: !

Thursday, January 23, 2014

handsock's



semalam . seorang staff nurse menegur saya just because of i'm wearing handsock. Tahu apa tu handsock? , yang sarung lengan biasa para muslimat guna untuk cover lengan tu, just in case ada yang tak tahu (:

dan kemudian, saya cuma senyum.
saya cakap ;

" akak, biasanya kalau saya nak buat procedure saya akan tarik sikit untuk jaga sterilisasi prosedur. No worries ^^ "

dan akak tu cuma senyum sambil tepuk bahu saya. 
so, takde problem la tu kan .

somehow, orang - orang yang berada dalam bidang yang sama dengan saya ni, ada half of them yang tak faham. Kenapa nak pakai handsock bagai? kan ke ni kerja merawat orang. Agama Islam tu tak ketat sampai macam tu sekali. Islam tu kan mudah. and so on~

YES, indeed (:

saya tak object itu . Malah saya agreed more than that.

tapi, setiap orang punya cara masing - masing , punya gaya yang berbeza , punya style yang berlainan. And the way saya jaga aurat saya, juga mungkin berbeza dengan cara orang lain. 

saya sayangkan setiap inci tubuh badan saya, dari dibakar hangus api neraka Allah. walaupun cuma seurat rambut, saya tidak sanggup! waiyyazubillah!

tidak! jangan salah faham. saya tak cakap semua orang yang terpaksa lipat lengan baju sampai ke siku semata- mata kerana tugas tu beerti dia berdosa. TIDAK. seribu kali tidak (:

saya tiada hak untuk menjatuhkan hukum, apatah lagi mengecop seseorang dengan dosa dan pahala, sedang saya sendiri tidak tahu bagaimana perhitungan amal saya.

saya cuma nak bagitahu, yang saya tidak yakin dengan ayat " Etika Kerja Dibolehkan ", itu sahaja.

memang tiada masalah disitu, cuma itu pendirian saya. Selagimana saya boleh menjaga, saya akan menjaga sebaik mungkin. Selagi mana saya boleh pertahankan, sampai mati saya akan pertahankan. ada juga waktu dan ketikanya, saya pegang tangan lelaki, nak insert branula, nak ambik darah, terpaksa lah pegang kan .  Jadi, tolong faham konsep darurat dengan tepat. and sekarang disposable glove banyak, gunalah buat lapik bila nak pegang kaum versus tu, limitkan selagi mampu. 

dan awak pula, janganlah sampai ke cafe hospital pun nak lipat lengan baju sampai ke siku. Kalau betul membuka aurat kerana kerja, maka tempatnya hanyalah di tempat kerja. 

tak, saya tidak bercakap tentang sesiapa. Cuma ini fenomena. Yang pelik selalu dipandang asing. Tapi bagi saya, takdelah pelik sangat. Sekarang dah bertambah product muslim. Doctor muslimah pun dah bertambah, and they are wearing handsocks what. 

"  sesungguhnya, islam itu datang dalam keadaan dagang (asing), dan akan kembali juga dengan keadaan dagang (asing) maka beruntunglah kamu yang berada di dalam keadaan asing " (:
-Hadis Riwayat Muslim -

lalu, sahabat tanya kepada Rasulullah.
siapkah orang yang asing itu?

dan Rasulullah menjawab;
"mereka adalah orang - orang yang berbuat baik, di saat manusia telah rosak "
- hadis riwayat Ahmad -

hati saya tertarik untuk bawa satu ayat ini, 

"dan jika kamu mentaati kebanyakan manusia di muka bumi, niscaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah "
-al an'am ;116 -

" kebanyakan " bukan beerti semua atau menyeluruh. Jadi, sebenarnya masih ada beribu bahkan berjuta di luar sana yang tidak menjadikan islam itu agama yang asing. Jadi, chill  (;
Allah ada, sahabat's  ada. (: !

tegakkan Islam di dalam diri,
 moga Islam tertegak di muka bumi. 
satu hari nanti. Itu janji Rabbul 'Izzah !



Wednesday, January 22, 2014

12 : Yusuf

Lama dia menanti di dalam penjara.
Mengharap sinar mentari kan terpancar terang.

Lama dia berdiam disitu,
Menanti pintu penjara terbuka luas.

Lama dia berharap,
Agar si lelaki yang  menjadi pelayan diraja,
Mampir membantunya keluar dari penjara.

Dialah Nabi Yusuf,
Difitnah Zulaikha kerana ketampanannya.
Lalu dipenjara sehingga beberapa tahun lamanya
 ( 12:23-41 )

Yusuf terlalu berharap kepada manusia,
Untuk keluarkan dirinya dari penjara.

Sedang syaitan telah membuatkan pelayan diraja itu lupa,
Untuk mengkhabarkan kepada tuannya perihal dirinya yang difitnah. (12:42)

Ah. Too much conflict.
Just because of Yusuf didn’t put his trust upon Him.

selalunya kita diceritakan kisah Yusuf yang meolak godaan si cantik manis Zulaikha,
ini saya bawakan kisah Yusuf yang terlalu berharap pada seorang lelaki, yang pernah menjadi temannya sewaktu di dalam penjara.

waktu itu,
si lelaki ini dipenjarakan, lalu dia bermimpi dia memeras anggur ( 12:36 ),
Yusuf diberikan mukjizat dan kelebihan untuk mentakwil mimpi.
lalu, Yusuf pun menerangkan takwil mimpi itu kepada lelaki itu.
sebenarnya, dalam cerita ni ada dua orang lelaki yang turut bersama Yusuf di dalam penjara, tapi focus saya cuma pada seorang.
apabila Yusuf tahu yang seorang temannya itu akan selamat dan bekerja di istana sebagai tukang hidang, lalu dia berpesan ;

      " terangkanlah keadaanku kepada tuanmu "

dan kerana ayat itulah, lalu Yusuf tersekat di penjara bertahun lamanya.

" maka, syaitan menjadikan dia lupa untuk menerangkan keadaan Yusuf kepada tuannya, maka kerana itu, tetaplah Yusuf di dalam penjara untuk beberapa tahun lamanya "
(12:42)


dan, kisah ini saya bawakan sebagai peringatan buat diri saya untuk tidak berharap pada manusia. Kita ( termasuk saya ) selalu silap dalam membuat perhitungan. sebagai contohnya, sewaktu saya bertugas di wad 4A HRPB dua hari yang lepas, saya telah ditugaskan untuk berada di Spinal Care Unit (SCU). Dalam ramai - ramai 5 orang ahli kumpulan klinikal saya, saya telah disenarai untuk bertugas di situ. Ah! cuaknya taktahuuuu nak cakap, sebab i was never being alone before, and it was my first attachment alone kat unit yang hebat macam tu. mulalah tergambar dalam kepala ni, sister ward yang garang, staff nurse yang serba tak kena, doctor yang angkuh. Dan, bila ja saya fikir macam tu, terus saya rasa macam ada dalam zoo, dikelilingi singa, harimau, serigala yang tunggu nak terkam.  -.-"

tapi, hakikatnya. .bila ja saya tiupkan aura positive dalam diri  , terus datang sorang staff nurse, gaya mak- mak tanya saya,

" adik, bertugas kat sini ke hari ni ? " sambil senyum.

 sambil angguk angguk, saya pun terus tolong dia siapkan observation chart sambil sembang sembang. Terus dia tanya sekolah mana, asal mana, anak ke berapa. nak cakap betapa baiknya dan ramahnya akak tu . 
dan kemudian, datang lagi seorang doctor india, minta saya tolong set line ( insert Branula ),
ahh, terujanya. 

- and the rest is History -

nampak tak kat situ?
orang negative, akan sentiasa penuh dengan aura negative,lalu surrounding dia pun akan jadi negative. Dah jadi ala- ala cerita melayu zaman P.Ramlee yang background hitam-putiih.

tapi, bila ja mindset kita berubah kepada aura yang lebih positive,
orang marah kita pun kita akan dengar macam Chase Choy tengah nyanyi lagu Lullaby sebelah telinga kita, sweet ja  walaupun agak hyperbola disitu ^^"

sebenarnya, kita ni boleh ja jadi lone ranger. boleh ja survive alone. Tak matii pun. Trylah belajar independent, jangan berharap pada manusia sangat, tapi berharaplah pada Allah. 

teringat kata-kata seorang sahabat , dia ceritakan pasal attachment dia sekarang. Dan semua cerita dia semuanya positive. Lalu, saya pun dengan penuh rasa teruja dengan cerita dia pun automatically cakap 

" wahhh! cerita awak positivenya! " sambil sengih sampai telinga .

dan dia pun membalas sekali lafaz;
" rasanya yang negative tu tak payah cerita kot (: "

ah. cool nya dia ni. cemburu saya tahu.

Saya ni adalah jenis yang tak boleh sorang. Nak turun cafe makan pun saya tak berani nak turun sorang. Kalau balik kampung sorang- sorang, saya akan sentiasa message dengan orang the whole journey hinggalah mata saya terlelap. Tak kisahlaa sape, . mak, abah, kak ngah, along, adikkak, anis, wani, epip, abg anas yang penting saya nak rasa yang saya tak sorang.

 childish sangat -.-

so, at the age of 21 ni, saya nak buat satu paradigma shift. saya nak belajar belajar hidup sorang, without berharap pada orang.

yelah, tahun depan dah nak kerja. Entah memana ja kena hantar bertugas. without mak abah, without kawan seteru.
jadi, memang kena belajar how to manage life sendiri, feeling sendiri, hati sendiri tanpa orang lain.

melainkan apabila status saya bertukar "married", yang tu priority lah kan suami kena ambil tahu. *berangan sekejap -.-

jadi, disebabkan status saya ini masih single, maka saya tidak mahu berharap pada orang. Termasuklah buah hati pengarang jantung 4 chamber saya, iaitu Encik Abah dan Puan Emak.

boleh percaya?
InshaAllah (:

tepuk dada biar sampai tersedak !

kisah Yusuf ni diceritakan oleh kak Fida (Naqibah usrah ) dalam satu halaqah. Waktu kak Fida bercerita kisah Yusuf ni, saya sedang duduk duduk mendengar sambil mencatit.

lalu, saya dengar kisah itu,
saya pun terus mencatit di dalam buku satu ayat ringkas .

“ kerana terlalu membiasakan diri dengan harapan pada manusiawi, aku mula menghampar duri di atas sejadah cinta ‘’

Dan hari ini, baru saya tersedar. Rupanya bukan sekali saya diingatkan untuk TIDAK bergantung kepada manusia, bahkan sudah berpuluh belas kali. Benarlah, memang manusia akan sentiasa lupa. Andai tidak diingatkan , pasti akan terus hanyut.


Terima kasih. 
Buat awak, dia, dan mereka. Yang tidak putus menghempuk saya dengan doa ^^, ailaviu lah! 

tadah tangan,
pray for Syria, pray for palestine.
. boleh? (:




Saturday, January 18, 2014

am not turning back.



i know the world is not trying to bring me down.

i know.
it's just me who being pessimist 

and we now live in two different world. 
yes,
it's true.

and i can't help but to feel bitterness inside my heart.
i can't lie to myself.

what if i agree to be with you, 
what if i did go through  this journey just with you by my side,
and we supporting to each other,

it's just me who decide not to go. 
and now, those what-if's keep haunting myself.
and sometimes, 
i myself am scared to think for the impossible answer.

i know, some things is better left unsaid.
i won't turn back, inshaAllah.
some things are just too impossible,
you can't walk by and change someone whole life just in a single afternoon.
it just too impossible.

Allah did promise,
kalau tak dapat kat dunia.
kat sana pasti.
have faith syahira.
move on. move on. 

".....And whatever good you do - Allah knows it. And take provisions, but indeed, the best provision is fear of Allah . And fear Me, O you of understanding."
[Surah Al Baqarah : 197]

which part of tawakkal did i not understand?

 "if you're weak,
it's not a crime.
you know,
sometimes it's blessing in disguise. "
worry ends - sami yusof






Friday, January 17, 2014

cannot erase.




different places, and miles away.

...

talk all you want,
say all you wish,
you have no idea what i am going through.

because you are not there when it happened,
and you won't be there when it ends. 

this feeling i feel,
it's mine.

Friday, January 10, 2014

selamat ulangtahun

 Assalamualaikum 
So, while i am writing this entry,it is 9th January 2014.

Sejujurnya, tarikh ini saya tunggu berbulan lalu, Cuma kerana mahu menjadi insan pertama yang wish Happy Birthday untuk seorang sahabat karib. Tapi, dengan Cuma detik 2 minit before midnight, saya terlelap, dan entah bila jadi terlena.  Maka, saya merasa segan untuk berterus terang menyampaikan doa buat awak. Tapi tidak mengapa, kerana hati saya sudah dibaca Tuhan, moga Dia kabulkan (:
…...
Malam itu, aku tidak tahu apa yang terjadi hingga lena aku dikejutkan dengan satu mimpi. Ya, aku akui. Mimpi cuma mainan tidur, namun sekilas detik hati ini tetap tak mampu aku sembunyikan. Pukul 4 pagi terjaga dari lena, aku bangkit terus menuju ke meja study . hati aku, terkadang instinct nya selalu betul, tidak semuanya, tapi sebahagiannya hingga aku jadi takut untuk bermimpi.

Bangkit dini hari, aku menadah tangan, memohon Yang Esa agar tetap thabatkan aku di jalanNya. 
Aku Cuma mahu menjadi orang yang namanya sentiasa didoa para malaikat langit dan bumi . Aku selitkan jua doa buat emak dan abah tercinta, lalu di akhir doaku, terdetik nama dia, insan yang bersama aku jatuh dan bangun. Dia sahabat, tapi hanya kerana kami tidak diizin Tuhan unuk lebih rapat, maka aku akur, bahwa dia mesti menjauh. . 

Sahur pagi itu aku tersenyum. Moga Allah hadiahkan kebahagiaan buatku juga sahabatku. Usai subuh  sejenak aku bertafakur memuji  Dia yang masih mengizinkan aku hidup. Sempat aku bertadabbur kalam suci Illah. Lega, kerana Berjaya menjadikan pagi itu bermakna . Lalu,aku bersiap untuk ke tempat kerja.

Awal pagi, jasad seekor lipas mati menghuru – harakan hari aku. Jeritan di tempat awam yang membuatkan satu koridor terbuntang terperanjat. Puas aku digelak, dan aku Cuma mampu tersengih. Malu -.-

Pagi itu, aku yang bersemangat untuk bekerja terus ke bilik plaster, bersedia untuk terima kes. Dan kemudiannya, seorang lelaki berkaca mata, bermisai tebal meminta aku ke kaunter hadapan, untuk membantu staf  menyelesaikan kerja pendaftaran pesakit. Aku akur, kerana bagi aku apa salahnya membantu, dulu waktu aku di Klinik Kesihatan Parit, selalu juga aku lepak di kaunter membantu Pakcik Razak mengagihkan kad temujanji. Dan itu bukan perkara besar bagi aku.

Setelah betungkus lumus di kaunter, aku masuk kembali ke bilik plaster, kerana ada satu kes yang melibatkan kepatahan distal radial,palmar angulation dan memerlukan kami memasang  back slab . kapur POP (Plaster Of Paris) cepat aku susun dan aku lipat mengikut sukatan saiz, sahabat aku turut membantu. Dan keadaan pada hari itu tersangatlah sibuk hingga aku tidak tahu bila jam 10 berlalu. Pagi itu, aku sangat mengantuk. Kepala aku seolah pusing, aku fikirkan itu symptom biasa untuk aku. 
Selesai di bilik plaster, aku ke kaunter kembali untuk menghilangkan mengah. Aku mengeluh, mengadu kepada sahabatku bahwa aku sangat mengantuk. Dan dia cadangkan aku untuk aktif, banyakkan berjalan. Lalu aku mengambil semua sampul X-ray untuk dibawa ke bilik pemeriksaan dengan harapan letih dan lesu itu akan hilang.

 Di hadapan pintu , aku tidak tahu sejak bila kerusi  3 serangkai itu wujud, akibatnya aku hampir terlanggar. Aku teruskan berjalan, tangan seolah lemah, dan semua sampul X-Ray selamat mencium lantai marmar klinik. Aku terdiam, jeda. Bertalu soalan bermain di benakku, mengapa dengan aku hari ini? Bukankah sepatutnya hari ini aku harus bersemangat?

Masuk kembali ke bilik plaster kerana aku lihat banyak kes mula masuk. Sedang aku asyik mebantu menguruskan pesakit di bilik plaster, tiba- tiba seorang doctor muda yang aku kira masih bertugas sebagai Houseman berusia lingkungan 26 tahun menggamit aku dan meminta aku mencarikan Lignocaine, sejenis Local Anesthetic . dia mahu melakukan procedure Incision and Drainage.

 Aku yang tidak tahu di mana letak, mula berlari ke bilik plaster dan bertanya kan staf di situ, malangnya semua orang terlalu sibuk. Datang seorang lagi Doctor berpangkat MO  memarahi aku di hadapan semua pesakit kerana perkara seperti itu pun aku tidak tahu. Sokay, aku menggetap bibir menahan rasa hati yang mula hendak berhambur sebagai titis esak air mata. Aku cuba bersangka baik, doctor itu letih kerana masih banyak perkara berat yang dia perlu fikirkan. Selayaknya aku dimarahi, aku cuba memahami fakta. Aku belajar tersenyum walau diherdik keras. Dan hati aku masih betah bertahan.

Dan kemudiannya, sewaktu aku diminta menyuakan Lignocaine, tangan aku menggigil. Lalu doctor berpangkat MO itu menolak bahu aku, hingga aku terlanggar troli procedure . kekuatan yang sejak tadi aku cuba kumpul, terus terlerai. Yang tinggal Cuma secebis buat aku bertahan agar tidak menangis di hadapan semua. Aku masih tersenyum, namun dapat aku rasakan betapa jantung aku berdegup laju, meminta aku menghamburkan sakit di hati dengan air mata.

Aku masih bertahan walau doctor MO tersebut mengherdik mengatakan aku tidak tahu menjaga sterilisasi procedure. Aku Cuma diam, menerima dengan payah. Katanya, aku tidak layak untuk menjadi orang yang berada di bidang perubatan jika perkara sekecil itu pun aku tidak tahu. Aku menunduk, melegakan rasa hati yang mula berbolak- balik.  Aku tahu, khilaf aku kerana terlalu menggigil, tapi aku benci ditolak kasar sebegitu,. seolah aku ini Cuma patung cendana yang tidak punya hati. Aku juga punya rasa, rasa untuk dihormati. Walau apa pun kerja aku, tetap aku punya hati sebagai seorang perempuan.

Aku masih bertahan. Tidak mahu kelihatan lemah di hadapan doctor yang begitu angkuh dengan pangkatnya. Selesai membantu, seorang staf yang turut ada sewaktu aku dimarah bertanya kan aku, mengapa tidak membalas sewaktu doctor tersebut menolak bahu aku? , dan aku Cuma senyum. Mana mungkin aku mampu menyuarakan ketidakpuasan hati aku, aku Cuma seorang MA, tidak punya pangkat untuk mempertahankan diri. Apalagi bila berdepan dengan manusia hebat itu, aku Cuma ibarat seekor semut hitam, yang berdiam di balik batu memerhati sang singa . lemah, tidak punya daya. Tika itu, hanya Allah yang tahu betapa hati aku walah. Terasa bagaikan pilihan aku untuk ke sini benar- benar satu kesilapan.

Selesai itu, aku berlari ke toilet dan puas aku menangis. Aku kira, itu kali pertama aku menangis seteruk itu setelah dia menjauh. sakit yang sejak tadi aku tahan, terhambur jua bersaksikan air mata. Dan aku masih merasa lesu, bahkan bertambah lesu.

Aku cuba lelap ketika tiada pesakit, namun seorang kawanku memerli aku. Bagaimana harus aku katakan kepada dia bahawa hati aku sedang sakit, sedang jasad aku sendiri tidak mahu menunjukkan sakit. Dan sekali lagi aku menggigit bibir mendengar perliannya . 

aku tahu, dia Cuma mahu aku sedar agar aku tidak tidur ketika waktu kerja. Sekali lagi aku silap, bukan silap teman aku  yang menegur, tapi silap aku yang tidak menjaga etika kerja. Aku bingkas bangun dari kerusi dan masuk ke dalam. Aku cuba menjauh dari dia agar hati aku tidak sakit. Dan kepala aku masih seperti tadi. Aku walah! Mahu pejam mata!

Demi menghilangkan sakit yang mencengkam kepala, aku menyibukkan diri membaca nota. Padahal satu perkataan pun tidak Berjaya aku hadam. Sedang aku asyik, seorang lelaki berpangkat U32 memanggil aku untuk membantunya membuat CMR ( close manual reduction). Aku Cuma mengangguk. Dan tika itu , waktu aku sedang membasahkan POP dan menyuakan kepadanya, datang seorang hamba Allah memarahi aku kerana terlalu slow. Yes! Aku admit. Memang pun aku slow.  . aku tidak pernah tahu bagaimana situasi di bahagian orthopaedic! Apatah lagi ini kali pertama . aku masih belajar, ajarlah aku, Jangan herdik. .

Aku menggetap bibir, menahan rasa hati yang sekali lagi begitu murah menawarkan air mata. Tika sedang aku berpayah menahan rasa, seorang lelaki berusia lingkungan 25 tahun menegur aku.

“ adik, kenapa kau menangis? Kau sakit ke? “

Dengan Cuma sebaris soalan , sudah bisa melentur hati aku, sehingga kekuatan yang sedari tadi aku kumpul terus terbang. Tembok ego yang cuba aku pertahankan rebah . aku berlari ke belakang dengan esak tangis yang entah ke berapa belas ribu kalinya.
Aku terlalu manja. Diherdik sedikit sudah cengeng.
..
Tapi fahamilah, aku masih belajar. Aku sedar, aku tidak punya pangkat yang melangit, tapi aku juga insan biasa.  Tidak sudi dimarah diherdik sebegitu, aku tidak ikhlas lagi. .

Dan hari ini, benar menguji kesabaran aku. Benarlah firmanNya, yang mebicarakan tentang keimanan. Aku tidak akan benar menjadi orang beriman sekiranya aku tidak diuji.

Seperti aku jua, bagaimana harus aku tahu adakah sehelai baju itu sesuai dan kainnya selesa sedang aku tidak cuba menyarungkannya. Begitulah jua konsep sabar, bagaimana mungkin aku tahu yang aku benar sabar sekirannya tidak dijuji dengan payah.

Wahai perasaan,
Bertabahlah. Cuma sedetik lebih lagi .
Selepas ni, aku akan berusaha menjagamu.
Tidak akan bersakit dan menyusahkanmu lagi.
Kita quit MA, kita buka kedai kek, okay? (: !

Korda music seolah sepi,
Memainkan rasa yang  kian lara,
Aku Cuma berharap,
Akan ada satu alunan petikan tali ,
dari jemarinya,
dengan izinNya,
Yang bisa menghapuskan sepi.
Meniup jauh payah dan susah.

Aku tahu, 
walau dalam kelam hujan yang membasah bumi,
Dia Cuma menyejukkan aku 
dengan dakapan sang hujannya.
Dan saat itu,
Aku Cuma mampu berharap,
Kaki ini bisa berlari  meredah di tengah hujan,
Agar sakit ini terhapus dek lebatnya hujan

Buat dia,
Saya tidak tahu bagaimana hari awak, tapi ketahuilah, hari ini saya sangatlah miserable. Saya Cuma mahu awak tahu, yang sebenarnya setiap saat hari ini yang berlalu, saya Cuma mohon pada Allah agar diberi seseorang sekuat awak untuk kuatkan saya.  selamat ulangtahun kelahiran yang ke -21. Saya mahu sekali berbicara , . .melafazkan bait kata .tapi saya sedar di mana tahap duduk saya. .

Jauh di dasar pelangi,
Tersimpan seribu warna ceria.
Meski malam terkadang kelam,
Tapi ketahuilah,
Ada warna yang bakal menghiasi harimu.
Moga,
Dia menjadikan kamu thabat!
Thabat berjuang demi Allah dan RasulNya.
Moga jua,
Kau menjadi seorang  penduduk bumi,
 yang namanya
Disebut penghuni langit dan bumi.
Aku sentiasa menitipkan doa ,
Agar kau sentiasa tersenyum,
Semoga menjadi kecintaan Allah,
dan
buat dia jua;
aku tahu kau sentiasa ada,
dan aku juga tahu,
kau rasa apa yang aku rasa.
Kerana Allah kita berpisah di persimpangan ini,
Dan kerana Allah juga ,
Kita berserah dan menyimpul harapan.

demi Allah yang Maha Mengetahui yang Ghaib,
aku akan tetap sabar menanti. .
selagi terdaya (': 


Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke -21 (:

Sunday, January 05, 2014

kem kepimpinan calon MPP 14'

bakal menjadi pungguk yang merindu kenangan  (:

terasa mahu bercerita .
ini cerita semalam.

 " harini awal pagi ada Physical Training, tapi area kolej ja . And Hadi Parhin cina sepet yang lead . -.-''
sebelum ni kalau tak buat yang teruk teruk tu, komander kat depan takde pun nak jerit jerit paksa, harinii asyik kena ja . Nasiblah, takde orang nak back up  .

lepastu pergi breakfast kat surau. lepak macam biasa kat tikar mengkuang tu. Para facilitator dengan calon MPP sidang 2014 ni perangai lebiih kurang sama ja semua.

dan kemudiannya bersurai.
pukul 10 am, ada presentation tentang jawatan masing-masing.
shahril (TYDP) boleh pulak bukak lagu yang saya sendiri pun tak tahu lagu apa, tapi lagu tu menyentuh hati yang amat. dan tetiba terdetik,

" sayang pulak nak tinggal MPP (': "

dan sesungguhnya, selepas diaudit segala benda yang pernah dilakukan sepanjang satu tahun memerintah (ewah) ada banyak cela dan cacatnya.

moga sidang depan akan lebih baik dari kami.
dan moga syiar islam yang tidak berjaya saya tegakkan ,akan tertegak utuh ! amin.

okay. malas nak catat semua. . dah nak letak jawatan. (: "

# esok bakal berangkat ke Manjung. bolehla jumpa pantai !






Saturday, January 04, 2014

ceritera MPP (:


“Never belittle the small efforts you take for the sake of Allah.
Because indeed the mountains are made of pebbles and
The ocean from a single drop of water "

Berusaha mengejar natijah yang tidak pasti,  
terkadang ibarat berkayuh di lautan yang tidak tahu di mana penghujungnya.

hari ini, Jumaat 3 Januari 2014, dan beerti juga hari terakhir saya sebagai seorang setiausaha kehormat Majlis Perwakilan pelatih sidang 2013.

Doing too little, so nothing to be proud of.

Bekerja dalam MPP ni  seronok. Ada dua sebab.  Sebab yang paling Utama, biarlah jadi rahsia antara saya dengan Allah. Dan sebab kedua, boleh cedok pengalaman dan kehebatan dari sahabat’s lain .

It’s being one years upside down , ofcourse lah kan. Nama pun organisasi , so bila Timbalan YDP menangis, pun perkara biasa untuk kitorang semua. (:

Sebelum semalam dan semalam, ada semalam yang semalam yang paling terkesan dalam hati saya sebagai seorang manusia biasa.
Bohonglah kalau tak terkesan lagi.
Benda dah sampai ke tahap ni, dan Alhamdulillah. Allah makbulkan hasrat .

Datang awal untuk Kem Kepimpinan, tapi kerana ada sebahagian makhluk Tuhan yang bergelar manusia yang tidak dapat memberi sepenuh komitmen, makanya kem itu terpaksa dibatalkan. Last minute.

Jadi, the remains two days, kami Cuma spent time sesame kami. Mengeratkan ukhuwah, moga-moga (:

Meeting sampai ke lewat malam, 30hb December birthday TYDP kami, jadinya. Sambil-sambil tu kami celebrate sekali birthday dia (:

Teruk dia kena siram air. Siap package dengan baldi kena campak. Lawak ja . .

Dan esoknya kami plan nak jumpa Timb HEP seawall jam 8.30am. tapi semuanya terkubur. Sejam lebih saya dengan kak Nani (NYDP 1) tercongok dekat foyer. Dan kemudian datang lah sepasang merpati -.-
Oleh kerana lambat, maka plan hari tu tertangguh lagi. Semua sidang MPP dah gathered kat foyer, kami pun tolong Puan siapkan dewan untuk hari orientasi pelatih baru.

Dan kemudiannya, selepas zohor kami bergerak ke Giant,Tambun. And it was Fun (:
Beli barang dapur untuk masak malam nanti. Seronok tengok budak-budak laki tolak trolley Giant sambil beli barang dapur. Comel (:
Malam tu kami rewang masak spaghetti. Enjoy tengok para kaum Adam memasak. Kenangan (‘:
Macam takde kerja pulak bila semua kerja dah disapu bersih oleh kaum muslimin macho tersebut.

 Kholas memasak, Balik bilik bersiap, after isya’ bersedia untuk makangggg.

Actually malam tu ada surprise birthday untuk TYDP kami , belikan kek ja. Tapi sayangnya, kek tu kek cokelat. Walaupun saya ni peminat pastry, but when it comes to something cokelat, selera goned . rugiii ja. Si Exco Akademic semangat buat video. Ini adalah firstime saya buat semua ni dengan  kaum yang namanya Kumbang. Eh. Maybe the first and the last time. Cukuplah sekali tu ja memori .#neverforget

Dan kemudian kami duduk duduk mengemas. 
“Saya rasa awak malu dengan saya. Nak letak pinggan pun segan sebab saya tengah membasuh pinggan mangkuk , nampakkkkkkk jelas. No need to cover, sebab nanti you look comel tahu~”

Dan kemudian, sekali lagi kami plan untuk buat physical training esok paginya. Pukul 7.30. tapi saya punya semangat pukul 7 dah turun bawah jalan-jalan sorang sorang ambil angin pagi.

Menghitung hari.

Dan kemudian seperti yang dijanjikan , pukul 7.30 kami dah tercongok menanti kaum muslimin yang berjanji nak lead PT pagi tu, half an hour kemudian baru ternampak mereka mereka tersebut.

“purple , . .”

NYDP II begitu bersemangat memulakan PT pada pagi itu. Dengan kekuatan anggota seramai 5 orang, 2 lelaki, 3 perempuan. -.-  but still, it was fun (: 
Kami menghabiskan sisa-sisa waktu bersama kami dengan breakfast di kedai kopi stesen keretapi Tg Rambutan. Part paling buat saya terjegil bila din habiskan meehun sup rin dengan selamba badak. Relax ja budak tu, muka tak bersalah. Kami yang lain lain ni pun pakat doa-doa ja lah untuk mereka.

Lama jugak duduk duduk kat situ. . Rasa macam taknak bagi masa berlalu ,. Dan dia akan semakin menjauh seiring masa. . . . sayang nak lepaskan detik tu. Ah, poyo ja fefeeling -.-

Dan lepas tu hari tu berakhir macam tu ja (:

Esoknya 1 januari 2014.
Saya terlelap time tengah mengemas, pukul 8 malam terlelap, bangun-bangun pukul 3 pagi dah tahun 2014. Merentas masa, firstime dalam sejarah. ^^ biasa tunggu jugak nak tengok bunga api, tapi takde rezeki pulak (:

Dan,
Ingatkan masih bermimpi.
Terbaca satu message di saat sunyii sepi macam tu, jantung sendiri pun dah berdegup macam apa ja.
Tapi, hakikatnya hati dan jantung dah seronok berdansa ! (:

“ walk slowly , look above , embrace life. “

Selepas Zohor;
Ada satu meeting untuk membincangkan pilihanraya yang bakal diadakan nanti. Usai meeting, kami meraikan NYDP II yang bakal melangkah pergi. .

Sedih la jugak. Masing-masing dah jauh. Entah bila lagi Allah izin bertemu mata.

Dan hari itu jugak buat pertama kalinya dalam sejarah, bertemu dengan seseorang tanpa jantung berdegup laju. Dan sekarang, saya yakin yang Allah dah aturkan something yang lebih indah (: !

Memang sakit mula-mula, toksah Tanya lah berapa gunii dah yang saya guna nak tadah sedih tu, sebab memang hakikatnya sedih tu ada , muncul setiap kali saya berusaha menahan.

Tapi, inshaAllah.
Bakal melangkah lebih jauh (: !






pilihanraya kolej.

letih (:

alhamdulillah, doned .
physically doned.

walaupun kelam kabut at first, tapi tetap everythings going smooth.

sesi kira undi tadi pun sangat lawak. tergelak layan kerenah budak budak MPP ni. Lawak ja (:

dan result belum keluar lagi. 
meniti hari-hari terakhir sebagai Setiausaha Kehormat Majlis Perwakilan Pelatih 

perasaan lain macam tu boleh buat hati tak menentu . selalu ada jugak benda bergerak lalu lalang depan mata. selalu ada jugak benda yang boleh buat saya behave. atleast help me enough to control myself dari aspek ikhtila'. 
sekarang semua orang macam makin rajin bergurau . makin aktif mengusik. serba salah jadinya (:

...
tadi ada dinner Baheip ( Kelab Hal ehwal islam).
ada montaj pasal aktiviti sepanjang tahun lepas.
Festival Kesenian Islam pon ada sekali.
menggamit memori ja (:

stage manager yang kelam kabut .
dan Emcee sajak baju merah  .
rindu .
bohong kalau cakap tak rasa apa -apa.
sebagai manusia, rindu tu fitrah.
tapi,
belajar-belajar behave la kan (: