Wednesday, January 22, 2014

12 : Yusuf

Lama dia menanti di dalam penjara.
Mengharap sinar mentari kan terpancar terang.

Lama dia berdiam disitu,
Menanti pintu penjara terbuka luas.

Lama dia berharap,
Agar si lelaki yang  menjadi pelayan diraja,
Mampir membantunya keluar dari penjara.

Dialah Nabi Yusuf,
Difitnah Zulaikha kerana ketampanannya.
Lalu dipenjara sehingga beberapa tahun lamanya
 ( 12:23-41 )

Yusuf terlalu berharap kepada manusia,
Untuk keluarkan dirinya dari penjara.

Sedang syaitan telah membuatkan pelayan diraja itu lupa,
Untuk mengkhabarkan kepada tuannya perihal dirinya yang difitnah. (12:42)

Ah. Too much conflict.
Just because of Yusuf didn’t put his trust upon Him.

selalunya kita diceritakan kisah Yusuf yang meolak godaan si cantik manis Zulaikha,
ini saya bawakan kisah Yusuf yang terlalu berharap pada seorang lelaki, yang pernah menjadi temannya sewaktu di dalam penjara.

waktu itu,
si lelaki ini dipenjarakan, lalu dia bermimpi dia memeras anggur ( 12:36 ),
Yusuf diberikan mukjizat dan kelebihan untuk mentakwil mimpi.
lalu, Yusuf pun menerangkan takwil mimpi itu kepada lelaki itu.
sebenarnya, dalam cerita ni ada dua orang lelaki yang turut bersama Yusuf di dalam penjara, tapi focus saya cuma pada seorang.
apabila Yusuf tahu yang seorang temannya itu akan selamat dan bekerja di istana sebagai tukang hidang, lalu dia berpesan ;

      " terangkanlah keadaanku kepada tuanmu "

dan kerana ayat itulah, lalu Yusuf tersekat di penjara bertahun lamanya.

" maka, syaitan menjadikan dia lupa untuk menerangkan keadaan Yusuf kepada tuannya, maka kerana itu, tetaplah Yusuf di dalam penjara untuk beberapa tahun lamanya "
(12:42)


dan, kisah ini saya bawakan sebagai peringatan buat diri saya untuk tidak berharap pada manusia. Kita ( termasuk saya ) selalu silap dalam membuat perhitungan. sebagai contohnya, sewaktu saya bertugas di wad 4A HRPB dua hari yang lepas, saya telah ditugaskan untuk berada di Spinal Care Unit (SCU). Dalam ramai - ramai 5 orang ahli kumpulan klinikal saya, saya telah disenarai untuk bertugas di situ. Ah! cuaknya taktahuuuu nak cakap, sebab i was never being alone before, and it was my first attachment alone kat unit yang hebat macam tu. mulalah tergambar dalam kepala ni, sister ward yang garang, staff nurse yang serba tak kena, doctor yang angkuh. Dan, bila ja saya fikir macam tu, terus saya rasa macam ada dalam zoo, dikelilingi singa, harimau, serigala yang tunggu nak terkam.  -.-"

tapi, hakikatnya. .bila ja saya tiupkan aura positive dalam diri  , terus datang sorang staff nurse, gaya mak- mak tanya saya,

" adik, bertugas kat sini ke hari ni ? " sambil senyum.

 sambil angguk angguk, saya pun terus tolong dia siapkan observation chart sambil sembang sembang. Terus dia tanya sekolah mana, asal mana, anak ke berapa. nak cakap betapa baiknya dan ramahnya akak tu . 
dan kemudian, datang lagi seorang doctor india, minta saya tolong set line ( insert Branula ),
ahh, terujanya. 

- and the rest is History -

nampak tak kat situ?
orang negative, akan sentiasa penuh dengan aura negative,lalu surrounding dia pun akan jadi negative. Dah jadi ala- ala cerita melayu zaman P.Ramlee yang background hitam-putiih.

tapi, bila ja mindset kita berubah kepada aura yang lebih positive,
orang marah kita pun kita akan dengar macam Chase Choy tengah nyanyi lagu Lullaby sebelah telinga kita, sweet ja  walaupun agak hyperbola disitu ^^"

sebenarnya, kita ni boleh ja jadi lone ranger. boleh ja survive alone. Tak matii pun. Trylah belajar independent, jangan berharap pada manusia sangat, tapi berharaplah pada Allah. 

teringat kata-kata seorang sahabat , dia ceritakan pasal attachment dia sekarang. Dan semua cerita dia semuanya positive. Lalu, saya pun dengan penuh rasa teruja dengan cerita dia pun automatically cakap 

" wahhh! cerita awak positivenya! " sambil sengih sampai telinga .

dan dia pun membalas sekali lafaz;
" rasanya yang negative tu tak payah cerita kot (: "

ah. cool nya dia ni. cemburu saya tahu.

Saya ni adalah jenis yang tak boleh sorang. Nak turun cafe makan pun saya tak berani nak turun sorang. Kalau balik kampung sorang- sorang, saya akan sentiasa message dengan orang the whole journey hinggalah mata saya terlelap. Tak kisahlaa sape, . mak, abah, kak ngah, along, adikkak, anis, wani, epip, abg anas yang penting saya nak rasa yang saya tak sorang.

 childish sangat -.-

so, at the age of 21 ni, saya nak buat satu paradigma shift. saya nak belajar belajar hidup sorang, without berharap pada orang.

yelah, tahun depan dah nak kerja. Entah memana ja kena hantar bertugas. without mak abah, without kawan seteru.
jadi, memang kena belajar how to manage life sendiri, feeling sendiri, hati sendiri tanpa orang lain.

melainkan apabila status saya bertukar "married", yang tu priority lah kan suami kena ambil tahu. *berangan sekejap -.-

jadi, disebabkan status saya ini masih single, maka saya tidak mahu berharap pada orang. Termasuklah buah hati pengarang jantung 4 chamber saya, iaitu Encik Abah dan Puan Emak.

boleh percaya?
InshaAllah (:

tepuk dada biar sampai tersedak !

kisah Yusuf ni diceritakan oleh kak Fida (Naqibah usrah ) dalam satu halaqah. Waktu kak Fida bercerita kisah Yusuf ni, saya sedang duduk duduk mendengar sambil mencatit.

lalu, saya dengar kisah itu,
saya pun terus mencatit di dalam buku satu ayat ringkas .

“ kerana terlalu membiasakan diri dengan harapan pada manusiawi, aku mula menghampar duri di atas sejadah cinta ‘’

Dan hari ini, baru saya tersedar. Rupanya bukan sekali saya diingatkan untuk TIDAK bergantung kepada manusia, bahkan sudah berpuluh belas kali. Benarlah, memang manusia akan sentiasa lupa. Andai tidak diingatkan , pasti akan terus hanyut.


Terima kasih. 
Buat awak, dia, dan mereka. Yang tidak putus menghempuk saya dengan doa ^^, ailaviu lah! 

tadah tangan,
pray for Syria, pray for palestine.
. boleh? (:




No comments:

Post a Comment