Friday, January 10, 2014

selamat ulangtahun

 Assalamualaikum 
So, while i am writing this entry,it is 9th January 2014.

Sejujurnya, tarikh ini saya tunggu berbulan lalu, Cuma kerana mahu menjadi insan pertama yang wish Happy Birthday untuk seorang sahabat karib. Tapi, dengan Cuma detik 2 minit before midnight, saya terlelap, dan entah bila jadi terlena.  Maka, saya merasa segan untuk berterus terang menyampaikan doa buat awak. Tapi tidak mengapa, kerana hati saya sudah dibaca Tuhan, moga Dia kabulkan (:
…...
Malam itu, aku tidak tahu apa yang terjadi hingga lena aku dikejutkan dengan satu mimpi. Ya, aku akui. Mimpi cuma mainan tidur, namun sekilas detik hati ini tetap tak mampu aku sembunyikan. Pukul 4 pagi terjaga dari lena, aku bangkit terus menuju ke meja study . hati aku, terkadang instinct nya selalu betul, tidak semuanya, tapi sebahagiannya hingga aku jadi takut untuk bermimpi.

Bangkit dini hari, aku menadah tangan, memohon Yang Esa agar tetap thabatkan aku di jalanNya. 
Aku Cuma mahu menjadi orang yang namanya sentiasa didoa para malaikat langit dan bumi . Aku selitkan jua doa buat emak dan abah tercinta, lalu di akhir doaku, terdetik nama dia, insan yang bersama aku jatuh dan bangun. Dia sahabat, tapi hanya kerana kami tidak diizin Tuhan unuk lebih rapat, maka aku akur, bahwa dia mesti menjauh. . 

Sahur pagi itu aku tersenyum. Moga Allah hadiahkan kebahagiaan buatku juga sahabatku. Usai subuh  sejenak aku bertafakur memuji  Dia yang masih mengizinkan aku hidup. Sempat aku bertadabbur kalam suci Illah. Lega, kerana Berjaya menjadikan pagi itu bermakna . Lalu,aku bersiap untuk ke tempat kerja.

Awal pagi, jasad seekor lipas mati menghuru – harakan hari aku. Jeritan di tempat awam yang membuatkan satu koridor terbuntang terperanjat. Puas aku digelak, dan aku Cuma mampu tersengih. Malu -.-

Pagi itu, aku yang bersemangat untuk bekerja terus ke bilik plaster, bersedia untuk terima kes. Dan kemudiannya, seorang lelaki berkaca mata, bermisai tebal meminta aku ke kaunter hadapan, untuk membantu staf  menyelesaikan kerja pendaftaran pesakit. Aku akur, kerana bagi aku apa salahnya membantu, dulu waktu aku di Klinik Kesihatan Parit, selalu juga aku lepak di kaunter membantu Pakcik Razak mengagihkan kad temujanji. Dan itu bukan perkara besar bagi aku.

Setelah betungkus lumus di kaunter, aku masuk kembali ke bilik plaster, kerana ada satu kes yang melibatkan kepatahan distal radial,palmar angulation dan memerlukan kami memasang  back slab . kapur POP (Plaster Of Paris) cepat aku susun dan aku lipat mengikut sukatan saiz, sahabat aku turut membantu. Dan keadaan pada hari itu tersangatlah sibuk hingga aku tidak tahu bila jam 10 berlalu. Pagi itu, aku sangat mengantuk. Kepala aku seolah pusing, aku fikirkan itu symptom biasa untuk aku. 
Selesai di bilik plaster, aku ke kaunter kembali untuk menghilangkan mengah. Aku mengeluh, mengadu kepada sahabatku bahwa aku sangat mengantuk. Dan dia cadangkan aku untuk aktif, banyakkan berjalan. Lalu aku mengambil semua sampul X-ray untuk dibawa ke bilik pemeriksaan dengan harapan letih dan lesu itu akan hilang.

 Di hadapan pintu , aku tidak tahu sejak bila kerusi  3 serangkai itu wujud, akibatnya aku hampir terlanggar. Aku teruskan berjalan, tangan seolah lemah, dan semua sampul X-Ray selamat mencium lantai marmar klinik. Aku terdiam, jeda. Bertalu soalan bermain di benakku, mengapa dengan aku hari ini? Bukankah sepatutnya hari ini aku harus bersemangat?

Masuk kembali ke bilik plaster kerana aku lihat banyak kes mula masuk. Sedang aku asyik mebantu menguruskan pesakit di bilik plaster, tiba- tiba seorang doctor muda yang aku kira masih bertugas sebagai Houseman berusia lingkungan 26 tahun menggamit aku dan meminta aku mencarikan Lignocaine, sejenis Local Anesthetic . dia mahu melakukan procedure Incision and Drainage.

 Aku yang tidak tahu di mana letak, mula berlari ke bilik plaster dan bertanya kan staf di situ, malangnya semua orang terlalu sibuk. Datang seorang lagi Doctor berpangkat MO  memarahi aku di hadapan semua pesakit kerana perkara seperti itu pun aku tidak tahu. Sokay, aku menggetap bibir menahan rasa hati yang mula hendak berhambur sebagai titis esak air mata. Aku cuba bersangka baik, doctor itu letih kerana masih banyak perkara berat yang dia perlu fikirkan. Selayaknya aku dimarahi, aku cuba memahami fakta. Aku belajar tersenyum walau diherdik keras. Dan hati aku masih betah bertahan.

Dan kemudiannya, sewaktu aku diminta menyuakan Lignocaine, tangan aku menggigil. Lalu doctor berpangkat MO itu menolak bahu aku, hingga aku terlanggar troli procedure . kekuatan yang sejak tadi aku cuba kumpul, terus terlerai. Yang tinggal Cuma secebis buat aku bertahan agar tidak menangis di hadapan semua. Aku masih tersenyum, namun dapat aku rasakan betapa jantung aku berdegup laju, meminta aku menghamburkan sakit di hati dengan air mata.

Aku masih bertahan walau doctor MO tersebut mengherdik mengatakan aku tidak tahu menjaga sterilisasi procedure. Aku Cuma diam, menerima dengan payah. Katanya, aku tidak layak untuk menjadi orang yang berada di bidang perubatan jika perkara sekecil itu pun aku tidak tahu. Aku menunduk, melegakan rasa hati yang mula berbolak- balik.  Aku tahu, khilaf aku kerana terlalu menggigil, tapi aku benci ditolak kasar sebegitu,. seolah aku ini Cuma patung cendana yang tidak punya hati. Aku juga punya rasa, rasa untuk dihormati. Walau apa pun kerja aku, tetap aku punya hati sebagai seorang perempuan.

Aku masih bertahan. Tidak mahu kelihatan lemah di hadapan doctor yang begitu angkuh dengan pangkatnya. Selesai membantu, seorang staf yang turut ada sewaktu aku dimarah bertanya kan aku, mengapa tidak membalas sewaktu doctor tersebut menolak bahu aku? , dan aku Cuma senyum. Mana mungkin aku mampu menyuarakan ketidakpuasan hati aku, aku Cuma seorang MA, tidak punya pangkat untuk mempertahankan diri. Apalagi bila berdepan dengan manusia hebat itu, aku Cuma ibarat seekor semut hitam, yang berdiam di balik batu memerhati sang singa . lemah, tidak punya daya. Tika itu, hanya Allah yang tahu betapa hati aku walah. Terasa bagaikan pilihan aku untuk ke sini benar- benar satu kesilapan.

Selesai itu, aku berlari ke toilet dan puas aku menangis. Aku kira, itu kali pertama aku menangis seteruk itu setelah dia menjauh. sakit yang sejak tadi aku tahan, terhambur jua bersaksikan air mata. Dan aku masih merasa lesu, bahkan bertambah lesu.

Aku cuba lelap ketika tiada pesakit, namun seorang kawanku memerli aku. Bagaimana harus aku katakan kepada dia bahawa hati aku sedang sakit, sedang jasad aku sendiri tidak mahu menunjukkan sakit. Dan sekali lagi aku menggigit bibir mendengar perliannya . 

aku tahu, dia Cuma mahu aku sedar agar aku tidak tidur ketika waktu kerja. Sekali lagi aku silap, bukan silap teman aku  yang menegur, tapi silap aku yang tidak menjaga etika kerja. Aku bingkas bangun dari kerusi dan masuk ke dalam. Aku cuba menjauh dari dia agar hati aku tidak sakit. Dan kepala aku masih seperti tadi. Aku walah! Mahu pejam mata!

Demi menghilangkan sakit yang mencengkam kepala, aku menyibukkan diri membaca nota. Padahal satu perkataan pun tidak Berjaya aku hadam. Sedang aku asyik, seorang lelaki berpangkat U32 memanggil aku untuk membantunya membuat CMR ( close manual reduction). Aku Cuma mengangguk. Dan tika itu , waktu aku sedang membasahkan POP dan menyuakan kepadanya, datang seorang hamba Allah memarahi aku kerana terlalu slow. Yes! Aku admit. Memang pun aku slow.  . aku tidak pernah tahu bagaimana situasi di bahagian orthopaedic! Apatah lagi ini kali pertama . aku masih belajar, ajarlah aku, Jangan herdik. .

Aku menggetap bibir, menahan rasa hati yang sekali lagi begitu murah menawarkan air mata. Tika sedang aku berpayah menahan rasa, seorang lelaki berusia lingkungan 25 tahun menegur aku.

“ adik, kenapa kau menangis? Kau sakit ke? “

Dengan Cuma sebaris soalan , sudah bisa melentur hati aku, sehingga kekuatan yang sedari tadi aku kumpul terus terbang. Tembok ego yang cuba aku pertahankan rebah . aku berlari ke belakang dengan esak tangis yang entah ke berapa belas ribu kalinya.
Aku terlalu manja. Diherdik sedikit sudah cengeng.
..
Tapi fahamilah, aku masih belajar. Aku sedar, aku tidak punya pangkat yang melangit, tapi aku juga insan biasa.  Tidak sudi dimarah diherdik sebegitu, aku tidak ikhlas lagi. .

Dan hari ini, benar menguji kesabaran aku. Benarlah firmanNya, yang mebicarakan tentang keimanan. Aku tidak akan benar menjadi orang beriman sekiranya aku tidak diuji.

Seperti aku jua, bagaimana harus aku tahu adakah sehelai baju itu sesuai dan kainnya selesa sedang aku tidak cuba menyarungkannya. Begitulah jua konsep sabar, bagaimana mungkin aku tahu yang aku benar sabar sekirannya tidak dijuji dengan payah.

Wahai perasaan,
Bertabahlah. Cuma sedetik lebih lagi .
Selepas ni, aku akan berusaha menjagamu.
Tidak akan bersakit dan menyusahkanmu lagi.
Kita quit MA, kita buka kedai kek, okay? (: !

Korda music seolah sepi,
Memainkan rasa yang  kian lara,
Aku Cuma berharap,
Akan ada satu alunan petikan tali ,
dari jemarinya,
dengan izinNya,
Yang bisa menghapuskan sepi.
Meniup jauh payah dan susah.

Aku tahu, 
walau dalam kelam hujan yang membasah bumi,
Dia Cuma menyejukkan aku 
dengan dakapan sang hujannya.
Dan saat itu,
Aku Cuma mampu berharap,
Kaki ini bisa berlari  meredah di tengah hujan,
Agar sakit ini terhapus dek lebatnya hujan

Buat dia,
Saya tidak tahu bagaimana hari awak, tapi ketahuilah, hari ini saya sangatlah miserable. Saya Cuma mahu awak tahu, yang sebenarnya setiap saat hari ini yang berlalu, saya Cuma mohon pada Allah agar diberi seseorang sekuat awak untuk kuatkan saya.  selamat ulangtahun kelahiran yang ke -21. Saya mahu sekali berbicara , . .melafazkan bait kata .tapi saya sedar di mana tahap duduk saya. .

Jauh di dasar pelangi,
Tersimpan seribu warna ceria.
Meski malam terkadang kelam,
Tapi ketahuilah,
Ada warna yang bakal menghiasi harimu.
Moga,
Dia menjadikan kamu thabat!
Thabat berjuang demi Allah dan RasulNya.
Moga jua,
Kau menjadi seorang  penduduk bumi,
 yang namanya
Disebut penghuni langit dan bumi.
Aku sentiasa menitipkan doa ,
Agar kau sentiasa tersenyum,
Semoga menjadi kecintaan Allah,
dan
buat dia jua;
aku tahu kau sentiasa ada,
dan aku juga tahu,
kau rasa apa yang aku rasa.
Kerana Allah kita berpisah di persimpangan ini,
Dan kerana Allah juga ,
Kita berserah dan menyimpul harapan.

demi Allah yang Maha Mengetahui yang Ghaib,
aku akan tetap sabar menanti. .
selagi terdaya (': 


Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke -21 (:

No comments:

Post a Comment