Wednesday, February 19, 2014

bumi cinta


saya mengukir satu impian, mahu merungkai tirai hati sendiri. Ah, sungguh. sangat  lawak mengenangkan tahap iman sendiri. Selalu tidak betah bertahan, sikit - sikit mahu turun, sikit sikit sudah tersungkur. Natijahnya pada hati, kesian hati. Sering sakit, tanpa ubat, tanpa rawatan . 

sudah lama saya berada di dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah (D&T). sudah lama saya menyusuri pelbagai liku. Bermula seawal 13 tahun, saya sudah dilatih untuk menyampaikan tazkirah di hadapan khalayak, memberi pengisian di dalam usrah. Naqibah benar bersungguh menekankan soal tauhid, dipasak padu soal tasawuf , bila lupa ada yang mengingatkan. Bila lalai, ada yang mencuit kembali. Bila terlelap ada tangan yang sudi mengejutkan. 

bumi basah dengan cinta Tuhan

usai kelas prep malam, akan ada bacaan al-mulk dan as-sajjadah di dalam dorm. Dan kemudian, akan ada rotation untuk tazkirah setiap malam. Rutin yang sudah sebati dengan darah dan daging. 

sewaktu di tingkatan 2, dilantik menjadi pengawas disiplin. Setiap hari, akan ada bacaan asma' al husna, kemudiannya sedikit bacaan dan tadabbur al- quran. setiap pagi, semua pengawas yang betugas akan menyampaikan tazkirah kepada seisi kelas sebaik sahaja doa pagi habis diaminkan. Dan sekali lagi, itu adalah rutin. 

setiap pagi jumaat, selepas qiamullai, akan ada bacaan doa wahdah. tangan bertaut, mengerat ukhuwah. kemanisan majlis ilmu , setiap hari menyubur iman di hati. 

5 tahun diasah, 5 tahun dididik, 5 tahun dibasuh. D&T semakin sebati.

semakin sepi . .

tapi, hari ini . .
boleh dinilai takat mana kehebatan dakwah yang dapat diserap di dalam arteri sendiri. 
sedih, kerana tarbiyyah mula menjauh.

saya rindu, rindu tarbiyyah di bumi SHAMS.
saat hati masih basah dengan dakwah, 
saat diri masih kuat dipasak tarbiyyah.

-throwback (': -

No comments:

Post a Comment