Thursday, February 20, 2014

- hubbuk -

Bismillah.
. . .

“ pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat – sahabat mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya Cuma sebesar zarah” – Imam Ibnu Mubarak ,Az-zuhd.

Pergilah.

Pergilah. . sebab aku tahu  ,dalam ramainya orang pasti engkau yang akan setia mencari . .
Kerana engkau teman, sahabat , dari langit dunia membiru, hingga alam akhirat.

Az-zukhruf:67

. . .

Saya tertidur lagi, dan bila terjaga sekali lagi saya cuba selimutkan dia. Perkara sama yang dia lakukan, dia juga terjaga dan mengangkat tangan tanda tidak perlukan sweater. Dia selimutkan saya lagi, dan waktu itu, saya pegang erat tangannya. Saya sejuk. . dan dia, Cuma mengangguk ,senyum .
. . .

Di bawah bantal , saya tahu dia selalu menyimpan diarinya. Setiap malam, saya akan Nampak dia tekun mencatit sesuatu di atas katilnya. Bila saya sergah, dia akan cepat – cepat menutup sebuah buku berbalut merah jambu. Saya sengih. Saya suka mengusik dia, sebab saya tahu dia sangat cepat gelabah. Dan bila dia gelabah, dia akan bermain dengan jari.

Satu hari, saya demam. Demam teruk . pagi itu, bangkit sahaja subuh terasa kepala memberat. 3 hari menahan diri berhujan berpanas demi menyiapkan segala kertas kerja.  Demi amanah sebagai naib pengerusi rumah sukan , terpaksa juga menahan keluhan dari tersunggil di bibir. Akhirnya, demam penjadi penghalang . 2 hari mendapat mc, dan dua hari itu jugalah setiap kali waktu rehat dia akan datang melawat. Dia bukan datang sendiri, pasti ada kuih ketayap kesukaan dan sebungkus nasi lemak akan dibelikan. Berkali saya berpesan, jangan bawak apa – apa lagi jika mahu melawat saya, tapi dia degil. Malah, semakin kerap dia datang melawat. Sebelum tidur, pasti pintu bilik ini menerima ketukan darinya. Dan dia akan duduk di sebelah, bertanya khabar sambil bercerita tentang topic yang diajar guru. Sampai saya terlelap, baru dia pulang ke biliknya.

pernah satu kali, dalam satu pertandingan nasyid di sekolah, selesai kumpulan kami membuat persembahan, tiba – tiba dia melangkah ke hadapan dan mengambil mikrofon dari tangan saya. Seingat saya, saya akan menghabiskan persembahan kami dengan satu rangkap solo selawat syifa’ . Tindakan dia buat saya terpana. Part tu tiada dalam rehearsal.  Dan dia Cuma senyum lalu memberi salam ringkas. 

‘’ hari ini adalah hari kelahiran buat sahabat dunia akhirat kami, Nurul Iman Rumaishah . Semoga menjadi wanita solehah, bidadari syurga .”

Saya tergamam. Lalu dia menggengam erat tangan saya, dan kami senada tunduk dan melangkah keluar pentas.
Di belakang pentas, semua sahabat memeluk saya. Saya menangis terharu. Dan dari jauh saya melihat dia tersenyum dan berpaling melangkah . Saya memanggil namanya berkali, tapi laungan itu Cuma bergema di dalam hati.
. . .

Hari itu, asrama kecoh dengan peristiwa hysteria. Selaku senior form 5, saya dan sahabat lain berusaha menenangkan adik –adik. Dia juga salah seorang exco asrama, makanya kami diarahkan ustaz untuk memantau bacaan al-Baqarah di dalam dorm. Dan surah – surah juga dipasang di pos pengawal. Malam itu agak dingin, saya di bilik asrama sedang menghabiskan surah Al-Baqarah bersama adik –adik dan sahabat lain. Tiba- tiba pintu bilik saya diketuk, dia di luar berwajah cemas. Saya memegang bahunya bertanya mengapa, dan dia Cuma membalas dengan pandangan redup. Saya memegang bahunya, lalu dia menangis. Sahabat lain mula menerpa ke arah kami. Saya menariknya jauh ke luar bilik. 

Saya tahu, dia ketakutan. Dan tangisan dia seolah merentap tangkai hati saya. Malam itu, saya temankan dia tidur. Erat tangan saya di dalam genggamannya. Saya Cuma senyum.  Saya hulurkan dia satu wayar halus berwarna pink dari satu beg kantung arnab kecil. Dia hairan, lalu bingkas bangun dari baringnya. Saya tergelak kecil. MP3 sony merah- hitam kecil membuntangkan matanya. Saya cuba mengawal tawa dari terhambur. Dia pengawas asrama, dan saya pengawas disiplin sekolah. Melihat Mp3 di tangan saya yang merupakan salah satu ‘barang haram’ menjadi tanda tanya .

“bila seludup? ‘’ dia buat kening .

saya gigit bibir. Mode pengawas asrama skema mula berlegar di atmosfera.

“ last week, time TAMRIN. . , malam ni last, . Promise .hehe  “ sengih.
Dia mencubit pipi saya perlahan. Lalu saya pasangkan sebelah di telinganya, dia senyum. Dan kami lena dengan surah- surah pilihan bergema di telinga. Saya terjaga jam 4.15 pagi. Dia tiada di sebelah saya. Dalam kelam lampu koridor, saya lihat dia sedang sujud. Mencari berkat dari Al-Jabbar.
Bahagianya bila berada di sisi insan sesolehah dirinya.
. . .

Pagi itu, sunyi menarik tangkai hati. Biasanya, pasti akan ada satu message sobahal kheir darinya untuk saya. Itulah rutin setiap kali pelajar asrama pulang bercuti hujung minggu. Lalu, pagi itu buat pertama kalinya saya menaip message gulagula buat dia. Tapi tiada balasan.
. . .

Nobody knows when the last goodbye is, and the biggest mistake I have ever made is to letting someone go whenever I didn't have any chance to say I love them.
. . .

Kami pulang ke kampung bersama memandangkan kami tinggal di satu daerah. Perjalanan hari itu agak memenatkan. Saya terlelap di bahunya sepanjang perjalanan. Dan bila saya terjaga, saya melihat dia sedang mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Saya sengih. Dia suka berangan dan termenung.

Tapi, kali ini angannya kelihatan agak panjang. Lalu saya menegur,

“ jalan raya kat lua lagi cantik dari saya ke makcik? “

Dia pusing , lalu tergelak .

“mestilah awak yang di hadapan saya ni lagi berseri sebab awak lagi solehah  dari jalan raya batu berdebu di luar tu “ dia mencubit pipi saya. Saya tergelak, analogi solehah dan jalan raya sangatlah ganjil .
“awak, kenapa jauh sangat termenung? “saya menyambung
“ berfikir. Hehe. “ 
dia sengih menampakkan barisan giginya.

“fikir apa? Fikir nak masak apa untuk  suami kat rumah ke? “ giliran saya pula mengusiknya.
Dia buat muka. Manja.
“ takdelah, saya Cuma fikir . .kalau kalau nanti saya pergi dulu dari awak, dapat ke kita berkumpul semula kat syurga? . . “
 jeda. .
Saya terdiam. Ayat dia menyentapkan naluri rasa .

“awak , . . “
Dia berpusing , mendekatkan tangannya lalu memegang tangan saya erat. .

“  andai Allah takdirkan saya tidak layak ke syurga Dia, awak jangan biarkan saya di neraka ya, waiyyazubillah. .awak cari saya di Neraka dan cepat cepat tarik tangan saya, jangan tinggalkan saya di situ. boleh ke Rumaishah? “
Saya terdiam lama.
Kemudian dia senyum. Dan menyambung. .

“ sebab saya tidak sanggup hidup di alam akhirat tanpa sahabat sebaik awak , .dan andainya saya mendapat nikmat Syurga, pasti awak insan pertama yang akan saya cari selepas Rasulullah dan mak ayah saya  . .”

 dia senyum, ikhlas.

Air mata membasah tudung. Ikhlasnya kata – kata yang dia lontarkan. .hingga meresap terus ke dasar hati , meranapkan terus tembok kerikil yang bermaharajalela di kalbu. Dia sahabat, sungguh. Dialah sahabat yang sebenar sahabat.

. . .

Tangan dia sejuk, saya tahu. Dia sudah jauh dari saya. Dan saya telah hilang satu bahu yang kuat menahan tangisan saya, saya telah hilang satu wajah mulus, yang sentiasa tenang mengungkap hikmah dan nasihat, dan saya telah hilang seorang sahabat yang berjanji untuk sama – sama menjadi bidadari di Syurga. Dia pergi, tanpa sempat saya tasmi’ surah Al-Qiyamah. Surah yang sangat dia gemari.

. . .

Malam itu, dia mengorbankan sweaternya walaupun dia kesejukan. Dan meninggal di dalam tidur. Berkali saya mengejutkan dia apabila bas mula mendekat dengan kawasan perumahannya, tapi dia masih lena, dengan senyuman mekar di bibirnya. Saya sangkakan dia pura- pura tidur. Tapi, apabila saya melihatnya lama, dia seolah tidak bernafas. 

Dan, benar, entah bila nafas terakhirnya dihela , saya tidak menyedarinya sedang dia lena di bahu saya dengan tangannya erat mengenggam tangan saya. Dia pergi tanpa mahu saya bersedih. Dia pergi, tanpa mahu melihat tangisan saya. Dan dia pergi, tanpa sempat saya membalas doanya buat saya. .

Dia tidak akan bangun lagi. .walaupun berkali perhentian ini dilalui, tetap dia tidak akan kembali lagi. Cuma sisa kenangan yang dia tinggalkan, seolah membuat saya kembali hidup. 

Hidup dengan kenangan semalam.

Semoga Allah redha akan dirinya, dari sini hingga ke negeri Syurga
0010 am/ February 20



No comments:

Post a Comment