Sunday, February 02, 2014

jaulah cinta,


aku tahu,
engkau dan aku punya ciri yang berbeza,
aku punya hati yang cukup rapuh,
dan engkau ciptaanNya yang agung.

aku tahu,
meski waktu seolah mengheret aku,
aku masih mahu menjejak disitu.
kerna disitu ada kamu,
yang tiada di tempatku.

aku tahu,
bahwa engkau telah berjaya 
mencuri hati aku,
saat dan ketika yang membuai aku,
membuat aku lupa ,
yang aku sebenarnya berada di dunia,
kerana kedamaian aku bersamamu,
seolah membawa aku ke syurga,
penuh kebahagiaan.

aku tahu,
masa yang kita punya,
tidak membawa kita untuk lebih jatuh cinta,
tapi,
aku sudah jatuh cinta.

pada kedamaian mu,
pada ketenangan yang ada pada mu.

aku jatuh cinta.
jatuh pada cinta.
cinta pada dia.
dia sawah.
dan dia bendang.

kedah, dalam kenangan (':


-coretan 31 January,14' / KedahDarulAman -

3 hari cuma.
dan cukup walau cuma 3 hari.
untuk buat saya terpikat.

saya sudah jatuh cinta.

jatuh cinta :')

tak boleh buat apa.
memang jatuh cinta.
jatuh cinta yang tak boleh nak bangkit lagi.

walaupun dia membahangkan saya.
walaupun dia membuat saya jauh dari terengganu.
tetap. .
saya cintakan dia.

ahh.
tak reti nak luah macane lagi.

awak faham - faham sediri tak boleh ke? 

masa nak melangkah semalam,
hati rasa sayu.
entah bila lagi kita boleh bertemu.
saya pasti rindu awak nanti tahuu (':

awak dan saya,
jauhhh yang sangat.
saya di timur, dan awak tersesat di negeri utara.

keindahan awak, buat saya tersenyum.
kedamaian awak, buat saya rasa tenang di situ.
kesempurnaan ciptaan awak, buat saya bahagia.
saya pasti takkan lupakan awak! 

oh kedah, bumi Jelapang Padi :D !

#NowPlayingLaguNegeriKedah ~


terima kasih buat sahabat dunia akhirat, Fa'iqah Saad, Farizah Hashim, Fatimah Yaakob ; yang membawa saya mengenali negeri jelapang padi. ( walaupun Fatimah dengan Fa'iqah agak jakun bila melihat keindahan padi and kelihatan agak kedah celop, still boleh accept lah sebagai warga kedah )

Harwani Omar, Anishah Bahtir . . next time kita berjaulah lagi ya :D !

Tengku Nor Mazni,. hm hm. Jom kita berhenti jadi MA, kita tanam pokok beras dekat negeri terengganu pulak nak ? >,<"


No comments:

Post a Comment