Monday, April 14, 2014

amarah.

Amarah.

“ takdir Allah telah putus, dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata ‘barangkali’ dan ‘kalau’. Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan Innalillahiwainnailaihira’jiun “

. . .

Hari ini, angin pagi isnin disaat diri sedang berpuasa hati dan anggota, Allah uji dengan perasaan amarah. Jujurlah aku katakan , dalam banyak banyak perasaan, perasaan amarah adalah perasaan yang paling mahu aku kawal. Kerana aku tahu, nikmatnya mengawal amarah disisi Allah.

Bila orang yang kita kasih sendiri yang sering menjadi punca kepada gelodak amarah, terasa mahu saja kaki ini diangkat melangkah jauh darinya. Apa guna aku ada disisinya sedang aku tidak ditarbiyyah dengan sikapnya, malah dia pula lama – lama keruh kerana sikap aku.

Tapi, apakan daya hamba. . terlalu sayang. Amat sayang. Paling sayang. Dialah kesayangan, lalu mana mungkin aku meninggalkan dia sendiri. Walaupun jasad aku mungkin tidak diperlukan, tapi aku tetap mahu menjadi orang pertama yang bersamanya disaat dia memerlukan teman.

“ setiap kelemahan dan kesilapan manusia adaah ujian untuk kita”

Yang diatas itu adalah satu bait syair arab . Hari ini pertama kali terbaca ayat ini ketika sedang menahan marah yang sedang mendidih, menitis air mata di atas lembaran nota-nota. Terkesan dengan maksudnya yang begitu menarik tangkai hati. Benarlah , dia ujian dan jika aku mengambil langkah dengan tidak waras, maka aku beerti telah mengetepikan takdir Allah ke atas diri aku sendiri.
Marah dia, maki dia, hamun dia, beerti aku telah menolak takdir Allah. Waiiyazubillah!

Tiga kali Rasulullah SAW berpesan;
Jangan kamu marah
Jangan kamu marah
Jangan kamu marah.
Lalu. Mengapa masih mahu marah?

Sekat ia jangan sampai ke jantung!
Ikat ia sebelum sampai ke halkum!

Jangan pamerkan perlakuan biadap kita di hadapan Tuhan, tauhid kita perlu tepat. Yakinlah, setiap sesuatu itu datangnya dari Allah, dan jua akan kembali kepada Allah.

Allah Maha Tahu peritnya menongkah  perasaan itu, lalu serahkanlah saja kepada Dia.

Sebab Allah sentiasa ada. Sentiasa.

“This world is like a bridge to our final abode. If we fail, we’ll fall into the hell fire. And if we pass, we’ll enter the gardens of paradise “  (:

---I just miss the feelings when Allah knocks my heart for the first time , allahu---


No comments:

Post a Comment