Monday, April 21, 2014

jahitan kesumat

Jahitan kesumat

Entah bingit mana lagi yang menjengah
Telinga seolah kaku dengan luahan hati yang tidak tersampai
Dek hati yang terlalu bengkak
Sakit kerna tertusuk sindiran

Pedih.
Aku pendam kesumat agar tidak terluah
Bimbang terluah kelak menjadi amarah.
Dan amarah yang memerah
Hanya menghakis kasih dan sayang.

Mahal harga satu tali
Yang tidak terlihat dek  panca yang lima
Mahu mengkhabar tidak terdaya
Lalu terus terusan perasaan menjadi debu
Debu halus yang berterbangan di kala senja
Hilang bersama terbenamnya sang jingga.

hilang.

No comments:

Post a Comment