Thursday, April 03, 2014

kekasih.



sebenarnya angin yang membuai itu kencangnya lagi maha dasyat. kerna terlalu membuai perasaan, maka aku terlupa bahwa senja telah mula menjenguk. Hingga dalam diam senja yang berlabuh mula berlalu mengelap pilu. 
tangisannya yang tidak didengari,
kerna hilangnya terlindung dek pekatnya malam.
lalu keroncong cengkerik meriuhkan getaran amplitude bunyi.
hingga sekali lagi dia mampir berziarah di dini hari,
tetap aku terleka.
leka dengan encik mimpi yang sedang merdu mengalun melodi.


cukuplah aku katakan bingkisan bait kata ini tidak dituju untuk sesiapa. Ia cuma untuk aku. untuk hati aku. Untuk diri aku yang serba tidak kena.

dan andainya ia memberi kebaikan, maka doakanlah moga aku turut mendapat kebaikan darinya.

. . .

"  dan seketika terlontar ke dunia khayalan,
hingga terlupa singkat perjalanan.
tersedar aku, 
dari terlena dibuai lembut belaian cinta "
-atas nama cinta, UNIC -

aku tidak mahu menyusahkan orang lain dengan kisah semut tercekik gula, dan aku tidak sekali mahu menyukarkan insan lain tentang kisah ayam mengapa mengais tanah.

sebab, aku tahu fitrah orang berjuang, 
akan dikepung kiri dan kanan dengan peluru, atas dan bawah dengan godaan nafsu.
ditembus peluru di dalam berjuang,
bisanya syahid, 
dan janjinya syurga.
namun, terbias dengan nafsu lalu tewas,
jawabnya satu.

hina di mata Tuhan.

waiyyazubillah. 

. . .

sahabat pergi bertemu kekasih hati buat selama lamanya. dan sungguh, cukuplah kehilangan yang sekali ini mengingatkan aku bahwa aku sudah jauh dari jalan juang.
cukuplah air mata menjadi saksi bahwa pemergiannya tidak akan menjadi sia- sia.

pemergiannya yang mengejut membuka mata kecil ini, maut itu tidak pernah sesaat berhenti mengejar. cuma antara sedar ataupun tidak. Dan aku masih tidak menyumbang apa -apa untuk ummah, Allahu. 
dia hebat di dalam berjuang, 
lalu engkau memberi kerehatan yang abadi buatnya.
dia murabbi yang berdakwah dengan akhlak,
lalu Engkau memberinya kebaikan akhlaknya tersebar selepas pemergiannya.
dan sungguh,
Engkau muliakanlah dirinya Ya Rabbul i'zzah .
allahuakbar.

Ya Allah,
dia pergi dan aku bakal menyusul.
aku redha pemergiannya
kerna satu dunia menjadi saksi bahwa dialah insan yang tidak pernah mengeluh di dalam berjuang.
jagailah dia di alam sana,
tempatkan dirinya bersama para siddiqin.
amin

alfatihah mohd syafaat bin salim 
(12 april 1993 - 26 mac 2014 )

. . .

berperang dengan nafsu.
kerana sayangkan Kekasih, maka aku mahu kuat.
kuat kerana Kekasih.

kerna Kekasih aku rela ,
rela mati di jalan ini.

kerna Kekasih aku mahu,
mahu syahid di medan ini.

kerna Kekasih aku tidak peduli,
tidak peduli dengan dunia.

syahira, engkau hebat. 
ya!
engkau hebat apabila engkau menjaga amal kerana Kekasih.
selamanya engkau akan hebat!

kekasih dunia akan pergi,
kekasih dunia tidak selamanya memahami.

tapi Dia ini Kekasih abadi.
dan selamanya abadi.



No comments:

Post a Comment