Tuesday, June 24, 2014

dijemput Izrail

hujan lebat mencurah-curah hari ini. Langit kelam walau jam baru menginjak ke angka 4. Suram berteman sepi. Gerimis yang mencurah menimpa atap kedengaran riuh bagaikan pesta. Leha duduk sendiri berteman kan novel sambil fefeeling melayan richie sambora . 

anak pak leman si ali mazlan berjalan laju dengan sekaki payung kelabu berjalur merah yang telahpun tertanggal pemegangnya . Kain pelikatnya disingkap tinggi sambil mengelak lopak-lopak air yang membanjiri lubang lubang jalan di kampung Gong benjok, eh. 

leha mengelap air matanya yang tersisa. Ah, sedihnya ceritaa ni. Girlfriend dia mati masa hari pernikahan, tersedu sedu leha gara-gara penangan novel yang sangat retoric. Leha bangkit ke dapur, diambilnya mug dari atas rak. Air panas diisi suku, milo 3 sudu dan sedikit susu cap junjung menambah perisa. Diambil sebungkus cream cracker dibawa ke atas. 

Ali mengelap mukanya dengan hujung lengan baju. Dicedok air takungan di dalam tempayan bersebelahan tangga lalu disiram ke kakinya, membersihkan kakinya sebelum bibirnya perlahan membaca doa.

'' allahumaftahlii abwaba rahmatik"

disusun langkah kanan, lalu ditolak perlahan pintu usang yang telah pudar catnya.

Leha masih disitu, dihirup perlahan air milo kegemaran. Matanya merah dek menjiwai cerita non-fiksyen yang tidak memberi makna. Dari jauh, sayup azan asar berkumandang memecah kesepian petang.

kemudian terdengar suara emaknya Leha melaung dari dapur menyuruhnya si Leha solat. 
"sekejap lah mak" Leha membalas malas.

Leha membelek muka surat seterusnya, air matanya makin meleleh. dan kini di corong ipong nya terdengar pula suara john legend membelai jiwa Leha dengan lantunan all of me. Leha makin tenggelam.

takbir diangkat membesarkan yang Esa. Satu saf penuh petang itu. Ali leka dengan Tuhannya. Asyik sekali dia menyerahkan hati dan jiwanya pada yang Esa.

. . . . .

dari Dia kita datang, kepada Dia jua kita akan dikembalikan. Hening petang itu di kg gong benjok , pepohon menunduk , gerimis masih merintik. Lontaran suara lebai leman ayahnya Ali gemersik mentalkinkan jenazah anaknya. Air mata yang mengalir ikhlas dipipi diseka dengan hujung serban, redha dengan takdir, lontaran suaranya dikawal kemas.

"Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam. Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa. Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran, untuk menjadi iktibar kepada  orang yang lalai dan sebesar-besar amaran kepada yang masih hidup."


Pemergian Ali ketika di dalam sujud terakhir sewaktu solat asar membangkitkan rasa iri di hati semua. Perginya dengan husnul khatimah. Makmum menahan sebak. Malah ada yang sudah mengalirkan air mata. Jenazah Ali diletak elok ke dalam liang lahad. Wajahnya yang tenang menginsafkan semua yang memandang. Lebai Leman menolak perlahan lahan tanah menutup wajah anak kesayangannya. " Tunggu Abah di Syurga wahai Ali. "

. . . . .

petang itu gempar satu kampung apabila mayat Leha dijumpai terbaring di sofa rumahnya dalam keadaan memegang sebuah novel. Pemergian Leha mengejutkan seisi kampung. Polis dipanggil untuk menyiasat sama ada kematian Leha adalah berunsur jenayah atau tidak. Mayat Leha dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Bapaknya Leha menenangkan emaknya Leha yang sedari tadi tidak berhenti menangis.


. . . . .

ironi sebuah kematian. Satu saat pun tidak terbayang ngerinya. Usah dilambatkan untuk mengerjakan perkara kebajikan, kerana lintasannya sahaja sudah mengupah pahala masuk ke poket, apatah lagi dengan mengerjakannya.walaweh enaknya mati dalam iman! 

WallahiAllahukbar

Thursday, June 19, 2014

cucu pertama (1)

ahh.

berdebarnya perasaan ni.
berpeluh pun ado -.-

sebenarnya, orang yang takde kaitan langsung dengan acara bersalin dan beranak ini lagi berdebor dan berpoluh berbanding suspek yang bakal melahirkan seorang Huffaz untuk agama. InshaAllah (: !

harini, kakchik genap 9 bulan dan 3 hari. tapi, baby kat dalam macam seronok ja taknak keluar.

tadi, borak dengan kakchik, sambil sambil tu sentuh sentuh peyot dia. Alahai, degup jantung baby dia tuuuuuuu , buat orang teruja ja nak jumpa dia!

pukul 2 pagi, baru sudah berborak dengan kakchik dan kakngah. Mengimbau kenangan silam zaman kecik kecik, zaman jemur kasut belakang peti ais, zaman panjat tingkap nak keluar rumah, zaman kena kurung luar rumah pasal main lebih masa. Tergelak sendiri .

ehem, emak dah buat status berdebor dia dah, abah dah asyik tanya bila bila. Nampaknya, emak dan abah pun dah tak sabar nak dapat gelaran tokma dengan tok abah . Keh, sabar derr sabar. InshaAllah, sampai masa baby keluar .

baby ,semoga baik-baik sahaja sayang (:

sincere;
dari bakal mak sedara paling caring di malaysia .
mak ira mungkin, eh tak, che ira nampak muda sikit kot.

adik adik panggil kakak, takkan nak suruh anak sedara panggi mak kak?
macam pekak pulak. eh, nak panggil diri sendiri apa ni? :3

keh, tanya cikpuan google ,sekian. -.-

Saturday, June 14, 2014

terima kasih


kerana melangkah pergi, itu adalah satu tindakan yang paling bernilai dari engkau untuk aku. Maaf jika sekiranya perkataan 'engkau' itu agak kasar. (:

tapi ketahuilah. aku kini sedang melangkah. Walau aku tahu langkah aku tidak sekencang langkahan engkau ,tapi aku sangat berusaha. Dan untuk aku bermula, aku korbankan segenap kekuatan. Andai sahaja engkau tahu, payahnya untuk aku bermula pasti engkau juga terguris. Engkau bernilai bagi aku, tapi drama hitam-putih yang pernah kita garapkan itu sudah menjadi cerita purba. Yang nilainya hanya sekadar torehan di gua hati. Berhabuk--

aku sudah punya kompas Tuhan. 
Tidak lagi perlukan engkau.
 Maaf.
Bukan aku mahu melupakan, 
tetapi intipati ingatan aku kepada engkau
hanya akan menambahkan lagi drama melayu.
yang meloyakan

aku meluat dengan drama melayu.
yang terlalu hilang simbolik melayu
dan aku juga tidak mahu Tuhan melihat aku seperti itu,
kealpaan semalam tidak akan berulang.

walau sekali,aku akan berusaha untuk tetap tidak akan.

aku sudah punya hidup yang baru,
itu yang engkau perlu tahu.

. . .

dini malam pekat membisu
tabir hati tersingkap lesu
kisah semalam menusuk kalbu
kini mampir bagai hempedu

wahai Tuhan Raja sekalian
aku yang hina garapkan harapan
hati ini perlukan panduan
kurniakan aku segenap kekuatan

. . .

hidup ini kadang tergendala seketika, kerana hal yang tidak sewajarnya. Teringat pesan murabbi, dalam satu usrah ringkas dia berbicara.

" mengapa kita tidak dapat memberi sepenuh komitmen pada Tuhan? Sedang yang memerlukan Tuhan adalah diri kita sendiri? "

dan jawabnya cuma satu

-diri kita sendiri-

hisablah, bagaimana amal kita dengan Tuhan.
elokkah? 
atau sudah kering di tubir hati?

aku sendiri tersentak. Sebenarnya dalam hati ini ada satu ruang yang pernah terluka. Dan apabila ia berdarah kembali, seakan segala langkah aku terhenti.

aku pernah berada di satu daerah yang mana aku merasakan seolah Allah itu jauh. Tapi kemudiannya, Dia kembali mengetuk hati aku. 

ujian itu bukan untuk membuat aku lupa, tapi untuk menyedarkan aku tentang fitrah bertuhan.
 amal aku kurang,
kerana itu aku selalu rapuh.

aku sedar itu, dan aku tidak mahu lagi ia berulang.

aku mahu sekali bebas!
lalu aku berlari mencari arah,
tanpa meminta kepada Dia.
Aku tidak meletakkan tujuan aku pada Allah.
kerna itu aku semakin menjauh dari Dia.

sedarlah diri, sedang burung yang terlihat terbang bebas, dia juga punya Tuhan yang diratibnya saban ketika.
lalu, mengapa tidak kita ?

pusinglah kembali pada Tuhan.
hanya Dia yang mengerti segenap perasaan. 

" manusia hanya mampu meminta dengan keterbatasan, sedangkan Tuhan memberi dengan segenap kesempurnaan "





Wednesday, June 11, 2014

di sebalik tembok

di sebalik tembok
ada sepasang mata yang sedang menangis
tunduknya sujud menyembah Tuhan
sedang dunia di luar begitu gemilau dengan godaan

di sebalik tembok
ada satu hati yang sedang basah
memuja mengEsakan Tuhan
sedang di sebelah sana
ada banyak hati yang ketandusan rahmat

di sebalik tembok
ada dia yang mengusung senapang
berjaga-jaga demi agama Tuhan
sedang di balik sana
mereka masih berperang dengan nafsu
entah bila mahu menang

di sebalik tembok
ada darah mujahid yang rindukan Tuhan
mengalir bagai tiada penghujung
sedang dunia sebelah sana
masih elok bersimpuh dengan duniawi
asyik hingga terlupa kisah A'd dan Tsamud.

di sebalik tembok,
masih kasih Tuhan berlabuh.
yang engkau perlu hanyalah sedikit  pengharapan
pengharapan pada Tuhan

kerna kasih Tuhan sentiasa melimpah.
terpulang engkau untuk memilih.

Tuesday, June 10, 2014

dia yang bernama tompok

sebenarnya aku nak namakan dia momoi. 
tapi abang aku bising cakap asyik asyik momoi.

momoi tu kucing kesayangan .
waktu tu aku sekolah rendah, darjah 5 .
sampai tingkatan 2 aku jaga dia.
satu hari, masa call rumah, dapat berita momoi dah mati.

sedih toksah cakaplah. Duduk asrama pulak waktu tu, jadi kesedihan tu tersangatlah tak tahu nak gambarkan macam mana.

. . .

satu hari, pak uda datang rumah. Dia bawak seekor anak kucing yang menggigil kesejukan.
mak ambik kucing tu, mak bagi makan. 
esoknya, dia makin sihat. .

bulunya panjang dan sangat tak teratur.
aku sikat - sikatkan kasi dia nampak kemas.
dia takde emak.
Kesian. Padahal waktu tu dia kecil sangat lagi. 

dekat rumah, ada lagi anak - anak kucing lain. 
Selalunya, setiap kali kucing-kucing tu menyusu dengan ibunya, dia tengok ja. 
kadang-kadang aku usik ekor dia, dia mengiau marah. Lepas tu perlahan lahan ja dia datang duduk sebelah.
dia kucing yang sangat baik.

aku tak tahu apa perasaan dia, tapi aku rasa dia pun nak kasih sayang seorang ibu.

satu hari, dia baring ja .
bila bagi makan, dia jual mahal. Tak layan.
bila buatkan susu, dia minum .
Tapi sikit.

malam tu, dia muntah.
bila dia buang air, ada darah.
Aku rasa pendarahan dalaman. Sebab dulu waktu dia datang rumah, badan dia lemah sangat. Macam kesan kena pukul. 
aku bukan veterinar, jadi aku rancang esoknya nak pergi klinik bawak dia.

malam tu dia buang air lagi. Kotor habis bulu-bulu dia. 
aku basuh badan dia dengan air suam, balutkan dia dengan tuala. 
malam tu dia betul betul lemah. 

esoknya, adik aku datang cakap Tompok dah mati. Ada kat luar rumah sebelah rumah arnab.
waktu tu hujan lebat. Bila aku keluar, aku tengok dia dah tak bergerak. Tapi, bila aku pegang, denyut jantung dia ada lagi. Dan mata dia tak dilate.

aku panggil panggil dia, dia tak response.
aku tarik kaki dia, dia tak lawan.
aku buka mata dia, kemudiannya baru dia mengiau . Tapi perlahan sangat.

waktu tu jugak aku peluk dia, mandikan dia dengan air suam. Panaskan badan dia, balut dia dengan tuala.

sampai petang dia tidur, aku kejutkan dia setiap kali dia diam tak bergerak, takut dia pergi.
malam tu, aku letakkan dia dalam kotak kecil, baringkan dia. 
Niat nak bawak dia ke klinik tertangguh lagi hari itu atas sebab sibuk dengan kenduri. 

aku nekad, esok mesti bawak jugak dia ke klinik.

malam itu, 10 Jun 2014, pukul 12.25 , aku pegang dia, tapi badan dia sejuk. Aku tarik tarrik kaki dia, tetap tiada response. Aku buka mata dia, pupils dilated. Jantung dia pun dah tak berdegup.

aku menangis. Menangis tak tahu kenapa. Sampai ke pagi aku menangis sorang-sorang. Aku tak tahu kenapa aku touching sangat, tapi aku rasa something dalam hati.

malam tu, aku ciptakan sebuah lagu untuk dia, nampak klise. Tapi aku tak peduli, sebab aku sayang dia. Dan aku belajar sesuatu dari dia. Alhamdulillah, Allah hantarkan dia pada aku sebagai pelajaran untuk aku. 

teringat kata abang, dia cakap " takpelah, biarlah dia mati. Syarat untuk mati, kita mesti hidup"

dan memang pun, sebenarnya banyak ibrah dari sebuah kematian. Terpulang pada kita bagaimana kita mencedok tarbiyyah dari Allah tu untuk masuk ke hati.

"walau Tuhan mengambilmu dulu,
aku pasti engkau kan tersenyum.
Kerana pasti Syurga itu tempatMu
tiada lagi resah tiada lagi ragu "
-tribute buat Tompok-