Tuesday, June 10, 2014

dia yang bernama tompok

sebenarnya aku nak namakan dia momoi. 
tapi abang aku bising cakap asyik asyik momoi.

momoi tu kucing kesayangan .
waktu tu aku sekolah rendah, darjah 5 .
sampai tingkatan 2 aku jaga dia.
satu hari, masa call rumah, dapat berita momoi dah mati.

sedih toksah cakaplah. Duduk asrama pulak waktu tu, jadi kesedihan tu tersangatlah tak tahu nak gambarkan macam mana.

. . .

satu hari, pak uda datang rumah. Dia bawak seekor anak kucing yang menggigil kesejukan.
mak ambik kucing tu, mak bagi makan. 
esoknya, dia makin sihat. .

bulunya panjang dan sangat tak teratur.
aku sikat - sikatkan kasi dia nampak kemas.
dia takde emak.
Kesian. Padahal waktu tu dia kecil sangat lagi. 

dekat rumah, ada lagi anak - anak kucing lain. 
Selalunya, setiap kali kucing-kucing tu menyusu dengan ibunya, dia tengok ja. 
kadang-kadang aku usik ekor dia, dia mengiau marah. Lepas tu perlahan lahan ja dia datang duduk sebelah.
dia kucing yang sangat baik.

aku tak tahu apa perasaan dia, tapi aku rasa dia pun nak kasih sayang seorang ibu.

satu hari, dia baring ja .
bila bagi makan, dia jual mahal. Tak layan.
bila buatkan susu, dia minum .
Tapi sikit.

malam tu, dia muntah.
bila dia buang air, ada darah.
Aku rasa pendarahan dalaman. Sebab dulu waktu dia datang rumah, badan dia lemah sangat. Macam kesan kena pukul. 
aku bukan veterinar, jadi aku rancang esoknya nak pergi klinik bawak dia.

malam tu dia buang air lagi. Kotor habis bulu-bulu dia. 
aku basuh badan dia dengan air suam, balutkan dia dengan tuala. 
malam tu dia betul betul lemah. 

esoknya, adik aku datang cakap Tompok dah mati. Ada kat luar rumah sebelah rumah arnab.
waktu tu hujan lebat. Bila aku keluar, aku tengok dia dah tak bergerak. Tapi, bila aku pegang, denyut jantung dia ada lagi. Dan mata dia tak dilate.

aku panggil panggil dia, dia tak response.
aku tarik kaki dia, dia tak lawan.
aku buka mata dia, kemudiannya baru dia mengiau . Tapi perlahan sangat.

waktu tu jugak aku peluk dia, mandikan dia dengan air suam. Panaskan badan dia, balut dia dengan tuala.

sampai petang dia tidur, aku kejutkan dia setiap kali dia diam tak bergerak, takut dia pergi.
malam tu, aku letakkan dia dalam kotak kecil, baringkan dia. 
Niat nak bawak dia ke klinik tertangguh lagi hari itu atas sebab sibuk dengan kenduri. 

aku nekad, esok mesti bawak jugak dia ke klinik.

malam itu, 10 Jun 2014, pukul 12.25 , aku pegang dia, tapi badan dia sejuk. Aku tarik tarrik kaki dia, tetap tiada response. Aku buka mata dia, pupils dilated. Jantung dia pun dah tak berdegup.

aku menangis. Menangis tak tahu kenapa. Sampai ke pagi aku menangis sorang-sorang. Aku tak tahu kenapa aku touching sangat, tapi aku rasa something dalam hati.

malam tu, aku ciptakan sebuah lagu untuk dia, nampak klise. Tapi aku tak peduli, sebab aku sayang dia. Dan aku belajar sesuatu dari dia. Alhamdulillah, Allah hantarkan dia pada aku sebagai pelajaran untuk aku. 

teringat kata abang, dia cakap " takpelah, biarlah dia mati. Syarat untuk mati, kita mesti hidup"

dan memang pun, sebenarnya banyak ibrah dari sebuah kematian. Terpulang pada kita bagaimana kita mencedok tarbiyyah dari Allah tu untuk masuk ke hati.

"walau Tuhan mengambilmu dulu,
aku pasti engkau kan tersenyum.
Kerana pasti Syurga itu tempatMu
tiada lagi resah tiada lagi ragu "
-tribute buat Tompok-




No comments:

Post a Comment