Tuesday, June 24, 2014

dijemput Izrail

hujan lebat mencurah-curah hari ini. Langit kelam walau jam baru menginjak ke angka 4. Suram berteman sepi. Gerimis yang mencurah menimpa atap kedengaran riuh bagaikan pesta. Leha duduk sendiri berteman kan novel sambil fefeeling melayan richie sambora . 

anak pak leman si ali mazlan berjalan laju dengan sekaki payung kelabu berjalur merah yang telahpun tertanggal pemegangnya . Kain pelikatnya disingkap tinggi sambil mengelak lopak-lopak air yang membanjiri lubang lubang jalan di kampung Gong benjok, eh. 

leha mengelap air matanya yang tersisa. Ah, sedihnya ceritaa ni. Girlfriend dia mati masa hari pernikahan, tersedu sedu leha gara-gara penangan novel yang sangat retoric. Leha bangkit ke dapur, diambilnya mug dari atas rak. Air panas diisi suku, milo 3 sudu dan sedikit susu cap junjung menambah perisa. Diambil sebungkus cream cracker dibawa ke atas. 

Ali mengelap mukanya dengan hujung lengan baju. Dicedok air takungan di dalam tempayan bersebelahan tangga lalu disiram ke kakinya, membersihkan kakinya sebelum bibirnya perlahan membaca doa.

'' allahumaftahlii abwaba rahmatik"

disusun langkah kanan, lalu ditolak perlahan pintu usang yang telah pudar catnya.

Leha masih disitu, dihirup perlahan air milo kegemaran. Matanya merah dek menjiwai cerita non-fiksyen yang tidak memberi makna. Dari jauh, sayup azan asar berkumandang memecah kesepian petang.

kemudian terdengar suara emaknya Leha melaung dari dapur menyuruhnya si Leha solat. 
"sekejap lah mak" Leha membalas malas.

Leha membelek muka surat seterusnya, air matanya makin meleleh. dan kini di corong ipong nya terdengar pula suara john legend membelai jiwa Leha dengan lantunan all of me. Leha makin tenggelam.

takbir diangkat membesarkan yang Esa. Satu saf penuh petang itu. Ali leka dengan Tuhannya. Asyik sekali dia menyerahkan hati dan jiwanya pada yang Esa.

. . . . .

dari Dia kita datang, kepada Dia jua kita akan dikembalikan. Hening petang itu di kg gong benjok , pepohon menunduk , gerimis masih merintik. Lontaran suara lebai leman ayahnya Ali gemersik mentalkinkan jenazah anaknya. Air mata yang mengalir ikhlas dipipi diseka dengan hujung serban, redha dengan takdir, lontaran suaranya dikawal kemas.

"Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam. Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa. Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran, untuk menjadi iktibar kepada  orang yang lalai dan sebesar-besar amaran kepada yang masih hidup."


Pemergian Ali ketika di dalam sujud terakhir sewaktu solat asar membangkitkan rasa iri di hati semua. Perginya dengan husnul khatimah. Makmum menahan sebak. Malah ada yang sudah mengalirkan air mata. Jenazah Ali diletak elok ke dalam liang lahad. Wajahnya yang tenang menginsafkan semua yang memandang. Lebai Leman menolak perlahan lahan tanah menutup wajah anak kesayangannya. " Tunggu Abah di Syurga wahai Ali. "

. . . . .

petang itu gempar satu kampung apabila mayat Leha dijumpai terbaring di sofa rumahnya dalam keadaan memegang sebuah novel. Pemergian Leha mengejutkan seisi kampung. Polis dipanggil untuk menyiasat sama ada kematian Leha adalah berunsur jenayah atau tidak. Mayat Leha dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Bapaknya Leha menenangkan emaknya Leha yang sedari tadi tidak berhenti menangis.


. . . . .

ironi sebuah kematian. Satu saat pun tidak terbayang ngerinya. Usah dilambatkan untuk mengerjakan perkara kebajikan, kerana lintasannya sahaja sudah mengupah pahala masuk ke poket, apatah lagi dengan mengerjakannya.walaweh enaknya mati dalam iman! 

WallahiAllahukbar

No comments:

Post a Comment