Saturday, June 14, 2014

terima kasih


kerana melangkah pergi, itu adalah satu tindakan yang paling bernilai dari engkau untuk aku. Maaf jika sekiranya perkataan 'engkau' itu agak kasar. (:

tapi ketahuilah. aku kini sedang melangkah. Walau aku tahu langkah aku tidak sekencang langkahan engkau ,tapi aku sangat berusaha. Dan untuk aku bermula, aku korbankan segenap kekuatan. Andai sahaja engkau tahu, payahnya untuk aku bermula pasti engkau juga terguris. Engkau bernilai bagi aku, tapi drama hitam-putih yang pernah kita garapkan itu sudah menjadi cerita purba. Yang nilainya hanya sekadar torehan di gua hati. Berhabuk--

aku sudah punya kompas Tuhan. 
Tidak lagi perlukan engkau.
 Maaf.
Bukan aku mahu melupakan, 
tetapi intipati ingatan aku kepada engkau
hanya akan menambahkan lagi drama melayu.
yang meloyakan

aku meluat dengan drama melayu.
yang terlalu hilang simbolik melayu
dan aku juga tidak mahu Tuhan melihat aku seperti itu,
kealpaan semalam tidak akan berulang.

walau sekali,aku akan berusaha untuk tetap tidak akan.

aku sudah punya hidup yang baru,
itu yang engkau perlu tahu.

. . .

dini malam pekat membisu
tabir hati tersingkap lesu
kisah semalam menusuk kalbu
kini mampir bagai hempedu

wahai Tuhan Raja sekalian
aku yang hina garapkan harapan
hati ini perlukan panduan
kurniakan aku segenap kekuatan

. . .

hidup ini kadang tergendala seketika, kerana hal yang tidak sewajarnya. Teringat pesan murabbi, dalam satu usrah ringkas dia berbicara.

" mengapa kita tidak dapat memberi sepenuh komitmen pada Tuhan? Sedang yang memerlukan Tuhan adalah diri kita sendiri? "

dan jawabnya cuma satu

-diri kita sendiri-

hisablah, bagaimana amal kita dengan Tuhan.
elokkah? 
atau sudah kering di tubir hati?

aku sendiri tersentak. Sebenarnya dalam hati ini ada satu ruang yang pernah terluka. Dan apabila ia berdarah kembali, seakan segala langkah aku terhenti.

aku pernah berada di satu daerah yang mana aku merasakan seolah Allah itu jauh. Tapi kemudiannya, Dia kembali mengetuk hati aku. 

ujian itu bukan untuk membuat aku lupa, tapi untuk menyedarkan aku tentang fitrah bertuhan.
 amal aku kurang,
kerana itu aku selalu rapuh.

aku sedar itu, dan aku tidak mahu lagi ia berulang.

aku mahu sekali bebas!
lalu aku berlari mencari arah,
tanpa meminta kepada Dia.
Aku tidak meletakkan tujuan aku pada Allah.
kerna itu aku semakin menjauh dari Dia.

sedarlah diri, sedang burung yang terlihat terbang bebas, dia juga punya Tuhan yang diratibnya saban ketika.
lalu, mengapa tidak kita ?

pusinglah kembali pada Tuhan.
hanya Dia yang mengerti segenap perasaan. 

" manusia hanya mampu meminta dengan keterbatasan, sedangkan Tuhan memberi dengan segenap kesempurnaan "





No comments:

Post a Comment