Friday, September 19, 2014

alkisah ikan keli goreng sambal


. . .

selalu jumaat memang begini kalau di eye clinic. pukul 12 clinic tutup, kat surau akan ada majlis ilmu atau mengaji. Makcik-makcik yang kerja kat situ yang jemput sorang ustazah. Dan part yang paling best lepas sudah majlis mesti ada makang-makanggg. Dan harini pun tak terkecuali. 

ikan keli goreng sambal.

melangkah je masuk hidung aku dah terlekat satu aroma. Homemade food selalu buat aku rindu. Lagi pulak, ikan keli adalah benda yang rare bagi aku kalau kat terengganu. Aku kenal keli pun masa zaman matrik pahang dulu. Firstime makan terus excited sampai aku ignorekan ja muka si keli yang tak hensem tu.

nak dijadikan cerita, pukul 1 kawan aku ada appointment dengan doctor Low kat emergency. Jadinya, sebagai sahabat aku kena la ada saat dia perlukan aku. Lalu, aku melambai sayu pada si ikan keli , terpaksalah aku telan air liur cuma dengan harapan nanti kak mun ( staff eye clinic) akan simpan sekor kat aku , wiwiwi

sampai je kat emergency, aku pun ushar ushar la staf yang ada. 
eheh, selalu memang jodoh kalau orang yang kita lintaskan di hati tu muncul depan mata kan. haha. 
okeh dah, jangan merapu syahira -.-

Kemudiannya kawan aku pun berurusan la dengan doctor Low yang sangat baik hati. Nak dijadikan ceritanya, keadaan masa tu kelam kabut . Aku dah segan sebenarnya nak pergi ED tu, nampak macam gedik pulak kerja asyik lalu emergency department tu ja dopuluhpat kali sehari. Tapi sebab nanti duduk ENT clinic dah tak boleh nak buat buat lalu lalang lagi dah, jadi aku manfaatkan sepenuhnya masa melawat ED yang dah jadi sebahagian dari kenangan aku, cewah. Aku buat-buat tak nampak je batchmate aku pandang, sambil bawak buku Alif-Lam-Lam-ha buat-buat baca. Cover segan sebenarnya. Dalam keadaan kelam kabut tu la doctor Low lupa nama ubat yang dia nak prescribe, dia pun mintak tolong kitorang pergi pharmacy tanya. Kitorang pun berlalulah pergi pharmacy klinik pakar. Dapatlah nama ubat tu.

- selsun syampoo-

sudah ja dapat nama ubat tu, terus ke ED balik, nak siapkan cepat urusan sahabat aku sebab aku betul mengidam nak makan keli goreng sambal tu. Tapi, time tu pulak komputer jammed, habis tak dapat nak prescribe. Doctor Low pun mintak tolong aku pergi ambik slip ubat dekat minor OT, aku pun okay je lah. 

Slip ubat dah ambik, tiba-tiba kertas yang pharmacist tu tulis nama ubat tu hilang tah ke mana lesap. Aku dah start pening, sebab takkan nak pergi lagi pharmacy klinik pakar tanya sekali lagi. Kawan aku dah macam serba salah dah sebab dia rasa dia dah susahkan doctor, dan susahkan aku. 

Bersusun kad yang tak clerk lagi atas meja doctor low. Alhamdulillah doctor tu tolong je prescribekan ubat walaupun kerja dia menimbun. Aku tak susah pun, setakat ikan keli goreng sambal, esok-esok boleh makan lagi. Cuma beza dia yang harini boleh makan freeeee,tu je. 

lepastu, kertas yang tertulis nama ubat tu tak jumpa. Masa tu dah pukul 2 petang. Kitorang pun keluar balik cari kertas tu kot tertinggal tercicir mana-mana, sebab memang kitorang lupa nama ubat tu apa. Doctor Low pun cakap dia lupa, sebab ubat tu bukan ubat Emergency pun.

and atlast, jumpa kertas tu, rupanya tadi doctor dah ambik -.- dah siap prescribe, kitorang pun keluar. Aku pun cepat cepat tarik tangan kawan aku, nak kejar ikan keli sambal freeee kat surau. Haha.

dan atlast, biasalah kan. Ending cerita aku memang bukan macam cinderella pun. Nak pergi dancing dengan raja, tikus pun sanggup jadi driver. Aku ni apalah sangat nak dibandingkan dengan cinderella. T.T

Alkisahnya sampai ja kat surau, elok ja bekas terakhir ditutup. Licin. 

aku pandang kawan aku.
dia pun pandang aku.
aku pandang dia lagi.
dia pun gelak.

muka aku muka desperate sangat kot nak makan ikan keli goreng sambal tu. Maknanya, dah almost 2 minggu aku tak makan makanan berat. Paling berat pun bihun goreng dengan telur mata. Semuanya sebab kes allergic haritu so doctor suruh aku pantang dari makan makanan yang aku selalu makan untuk 3 bulan. 
Takpelah, roti gardenia cicah vico sedap jugak! 

 Allah nak jaga aku la tu. Mungkin kalau aku makan ikan keli tu aku dapat balik sakit haritu yang sampai nak bangun solat pun tak larat. Ada hikmah , mungkin esok baru aku tahu apa yang Allah nak tunjuk.  

aku pun tarik tangan kawan aku, pergi cafe. Dan demi sesungguhnya, lauk ikan keli goreng sambal pun dah licin. 
kecewa. 
sebab kecewa, aku pun beli cucur pisang singgit. Sedapkan hati sendiri.
kecewaaaaa T.T

alkisah ikan keli yang dikempunankan, lalu aku pun menaip lah entry ni, supaya one day aku tahu yang aku pernah meroyan sebab ikan keli. Haha.

kenapa aku rasa cara penulisan aku ni macam failed ja -.-haih. macane nak jadi penulis macam ni nih.

V,V 
 
. . .

dan, kepada abang shafeeq : abang shafeeq tengah baca ke ni ? ke tak? haha, tak kisahla abang shafeeq baca ke tak, tadi syira nampak abang shafeeq sebenarnya,taktau abang shafeeq perasan ke tak.Tapi segan nak pergi tegur sebab ramai budak laki kelas kat situ. 

ni bukannya kes anak murid derhaka yang tak kenang jasa guru tau :D !






No comments:

Post a Comment