Monday, September 22, 2014

bulatan gumbira #1

“ sama ada kau menjadi pejuang yang menyumbang, atau petualang yang menumbang. Seperti antara syurga dan neraka, tiada pilihan di tengah-tengah”
. . .

Bulatan gembira

sepenakut-penakut aku, bising-bising aku, aku sebenarnya ada anak-anak yang nak kena jaga, yang nak kena belai , yang nak kena pujuk. 

Mereka anugerah yang Allah bagi, tak sikit. Ramai.

Mereka aku panggil super junior, aiwah ala-ala Korean style sikit.

Semalam, kami berhalaqah selepas isyak. Walaupun ada anak-anak yang tak dapat hadir, aku teruskan jugak liqa’ kami, memandangkan sudah agak lama kami tidak sama-sama tenggelam dalam taman-taman syurga, pastinya rindu tidak tertahan lagi .

Tajuk malam itu :  sekularime musuh islam.

Tajuk ni antara tajuk hot yang kalau tak baca memang payah nak digest, kalau tak study nak terang pun tak tahu acano.

Secara summary nya, sekularisme ni adalah satu keadaan yang mana agama dipisahkan dari kehidupan. Macam contohnya, dalam pentadbiran,  agama tak akan dicampur adukkan . Bagi mereka agama tu hanya untuk di masjid masjid surau surau segala. Sekularisme ni jugak sebenarnya satu doktrin yang cuba memalingkan manusia dari fitrah agama dan lebih mencintai duniawi semata-mata.

sekularisme ni ada pulak adik beradik dia.
Ada pat orang semuanya.
Yang paling sulong, nasionalisme. Yang second kapitalisme, yang third sosialisme, yang bongsu komunisme.
Semua isme-isme ni adalah sangat bercanggah dari agama.

Nasionalisme :

Nasiaonalisme ni merupakan satu kefahaman yang menanam kecintaan kepada bangsa dan Negara lebih dari mencintai agama. Mereka menjadikan bangsa dan Negara sebagai asas kepada kesetiaan,hingga menimbulkan banyak permusuhan sesama islam. umat islam berpecah belah, dan islam tidak lagi menjadi penjaga kepada segala pergerakan dan perbuatan mereka. Umat islam pula dikosongkan dari cita-cita dan keinginan islam. lalu, ditiupkan pula semangat nasionalisme ini ke dalam diri.

Takrif ini menjelaskan bahawa nasionalisme adalah fenomena yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, mereka meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain samada ianya merupakan kepentingan peribadi ataupun kepentingan negara-negara lain. Fahaman ini adalah bertolak daripada andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa.

Doktrin ini dibawa masuk oleh Pakcik Machiavelli, Uncle Rousseau, dan Johan Gottfried. Ia adalah satu fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada pergolakan sejarah yang berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan masyarakat barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran dan kezaliman kuasa gereja.

Kapitalisme:

Memang sudah menjadi lumrah manusia untuk mengejar kesenangan dan kemewahan hidup. Tiada manusia yang mahukan kedaif dan kepayahan dalam hidup mereka kecuali kewarasan pemikiran mereka di angkat oleh Allah. Islam tidak melarang umatnya untuk mengumpul harta dan menjadi kaya raya selagi methodnya tidak melanggari batas-batas agama. Islam menetapkan kewajipan pembayaran zakat dan saranan bersedekah untuk menolong umat islam yang memerlukan.

Fahaman kapitalisme yang berasaskan oleh pemikiran yang jahil. Penciptaan fahaman ini hanya untuk memperjuangkan hak kebebasan berekonomi tanpa batasan.

Kesannya, wujudlah golongan kaya menjadi semakin kaya dan golongan miskin terus papa kedana. Fahaman ini juga ditolak kerana ia menyebabkan peradaban kemanusiaan menjadi rosak, moral dan akhlak mereka runtuh, dan ia juga punca segala bentuk kezaliman dan penindasan sesama manusia kerana kejahilan dan kebodohan manusia sendiri yang tidak tahu hakikat kehidupan yang sebenarnya.

Sosialisme :

Fahaman ini dicetuskan untuk memperjuangkan nasib dan hak kesamarataan orang bawahan dan nasib buruh. Walaupun Nampak macam baik dan adil namun sebenarnya socialism adalah sesuatu yang melanggari fitrah.

Walaupun kerja yang dibuat oleh pekerja sangat banyak, namun nilai upah atau ganjaran yang diberikan tetap sama dengan pekerja yang sedikit kerjanya. Paham tak macane konsep dia?
Maksudnya lebih kurang kau buat kerja penat-penat, tapi gaji kau tetap sama dengan orang yang kerja goyang kaki. Kira macam tak fair la.

Komunisme :

Komunisme adalah fahaman sosialis ala Karl Marx dari Jerman. Dia berketurunan Yahudi dan meluaskan skop sosialisme dengan memperjuangkan nilai kekuasaan untuk membina sistem kesamarataan.

Sistem ini menafikan hak mencari harta bagi yang mampu sebaliknya harta seseorang diagih kepada orang ramai tanpa usaha golongan yang menerima itu. Fahaman ini diteruskan oleh Lenin,kerana itu ia disebut marxis-leninisme,

kesimpulan :

kita sebagai umat terpilih, kita tak diberi pilihan lain selain dari menjadi muslim. Sebab kita cuma punya dua pilihan,

Sama ada nak jadi muslimin atau jahiliyyin.

Benda fahaman macam ni hakikatnya ada lagi sisa-sisa dia dalam diri . dan kita kena ingat, kalau kita pilih fahaman selain dari islam, syahadah kita boleh terbatal, nauzubillahimindzalik.

Jadi, dalam buat apa apa pun, jangan jadi macam babi yang berjalan tak tengok kiri kanan, menonong ja sodok semua yang ada depan. Kaji dulu, banyakkan baca buku.

Ubah dunia dengan buku, sebab dengan membaca lah ilmu kita akan bertambah, dan kita takkan lagi duduk dalam kotak yang tersepit dengan didnding kiri kanan atas bawah.
. . .

Sebelum usrah habis semalam, aku buka ruang untuk anak-anak aku luahkan perasaan. Dan, salah seorang anak buah bertanya soalan kepada aku tentang sahabat. Dia macam nak menangis, aku faham perasaan dia.

Tapi bagi aku, bab sahabat memang payah kalau kita duduk dalam komuniti kolej . memang nak cari sahabat yang sempurna tu payah, jadi terimalah segala ketidaksempurnaan tu supaya menjadi pengerat kasih sayang kita dengan dia.

Kalau sayang,kata sahaja sayang.
Kalau cinta, kata sahaja cinta.

Kerana sahabat tu anugerah, bukan hak milik.

Cari kelebihan, jangan asyik pandang kekurangan. Nanti lama-lama kita jadi buta melihat dunia hingga lupa nak cermin diri. Lalu, terjadilah penyakit hati yang meleraikan tali cinta. Maka tergolonglah kita dalam kategori orang-orang yang rugi. Sangat tak untunggg. .
. . .

Sayang anak-anak, kerana Allah. (:
anak-anak aku ni baru nak belajar kenal dunia remaja. Aku ni dahla kecoh,haila macane nak jadi contoh yang baik ni. Pakai selipar jepun pun ada gambar hello kitty lagi, pakat kena gelak ja di hanak-hanak tu. haila --"

Jadi syahira,kau kena jaga thiqah. Jadi contoh. Boleh?
kau bawak imej islam,di pundak engkau ada agama yang mesti kau tegakkan dalam diri engkau dulu. 

sokay sokay sokay,janganstress.sokay sokay sokay. keh!

Okay?

Okayyyyy !

No comments:

Post a Comment