Tuesday, September 16, 2014

yang penyayang

“ bestnya kalau dapat main skateboard time ceni “
“ awak pandai main skateboard ke?”
. . .
“tak”

“bestnya kalau dapat berenang ! “
“wah! awak pandai berenang ke?”
. . .
“tak”

harini, balik kerja pukul 5 sampai kolej pukul 6. lepastu, turun bawah court exercise kejap. Hampir satu jam menikmati udara petang, sayup dari jauh azan memanggil memecah sepi dari surau rumah seri kenangan. Aku bergegas naik ke bilik. Melangkah ke bilik, gelap. Lampu tak dibuka. Tahulah aku, roommate aku belum balik lagi. Tadi siang, katanya nak ke workshop, repair motor . Aku pun switch on lampu, buka kipas, tutup tingkap. Suasana maghrib sepi. Yang kedengaran cuma bunyi kipas yang berpusing kerana adanya arus elektrik yang mengalir,lalu menggerakkan motor-motor menjadikan ia sempurna sebagai sebuah kipas.

Beberapa minit aku berteleku di atas kerusi mengadap meja, menghilangkan peluh dan lelah. Kemudian aku bangkit menyambar tuala lalu bergegas mempersiapkan diri untuk fardhu maghrib.
. . .
Dulu suatu waktu, aku pernah ada seorang sahabat, sahabat susah jatuh bangun berlari berkejaran bersama. Cliché sikit, bestfriend forever la nama dia. Dan kemudian, kami terpisah dua benua. Dia kini dengan hidup dia, dan aku kini dengan jalan pilihan aku sendiri.

Aku tak mintak masa tu berulang, bagi aku memori yang ada cukuplah sarat ia sampai ke ini cuma. Tak larat aku nak kendong lagi, bimbang terlalu berat menahan akhirnya aku sendiri yang tertinggal di daerah sini tanpa kompas.
 Aku sayang dia, sebab dia penyayang.
. . .

First love aku senior sekolah aku. Alaa zaman tu zaman duduk hostel, ushar meja letak nota. Zaman budak sekolah baru nak up. Takde message semua sebab henfon kat hostel kira kategori barang haram.

Jatuh cinta tu kes sepak bola masuk longkang. Takde cerita sweet sweet bagai, cerita gaduh banyakla. Tapi nak buat macane, takdir Tuhan hati manusia tu kan selalu kena uji. Satu sikap dia yang buat aku tersadung jatuh cinta tu sebab dia penyayang.

At last, bila masing masing dah sedar yang kitorang sama-sama jatuh cinta, kitorang nekad nak stop. Payah la jugak at first, mengigau la jugak. Tapi dia kuat woo, sebab dia kuat la aku pun boleh lepaskan semua childish feeling tu. Islam tu indah, takkan kau nak conteng agama sebab cinta. Gila kau korban agama sebab mende yang tak pasti macam tu.
Dia penyayang, sikap tu tebal dalam diri dia. Sebab tu aku sayang kenangan tu walaupun dah almost 3 tahun cerita tu tamat.
. . .

Zaman matrikulasi zaman paling indah dalam hidup aku. Aku ada roommate, nama dia epip. Keh, nama dia rare sebab dia orang ceruk Cameron.

Lepastu satu hari, kitorang jogging pagi pagi hari. Kalau kat matrik tu, kiranya kalau kau jogging pagi hari tu memang antara yang bertuah la, sebab dapat jogging dalam kabus tebal. Lawa and goosebumps everywhere sebab akan ada habang-habang sado jugak yang selalu jogging awal pagi.

Lepastu, satu hari dia tanya aku

“ syahiraaa, kau betul ke suka izman (bukan nama sebenar)?”
“laa kau kenapa Tanya soalan pelik macam tu?”
“takdelah, aku rasa kau deserve someone better. . .”

Perbualan tentang topic tu habis kat situ.
Aku dulu, bukanlah hotstuff zaman matrikulasi. Tapi, nak buat macammana, orang minat kita bukan kita boleh buat apa pun. Kesnya sebab gaduh dalam kelas lab kimia, gaduh sampai aku angkat pipette tu nak hempuk dia. Last-last dia confess dulu. Tapi, aku hormat dia, sebab dia mintak cara baik. He also a nice guy what, and he deserve a great woman who will stand behind him and give him a rock to roll when the world slide, dan yang pasti, a great woman tu bukan aku. Sebab aku tak suka berdiri belakang orang, aku pendek. Berdiri belakang nanti tak nampak depan . haha. Okay itu tak lawak syera! -.-

Okay balik kisah epip, satu malam tu dia down. Dia menangis masuk bawah blanket aku. Sobsobsob dia duk menangis, aku tak reti pujuk orang tengah nangis, sebab aku pun akan nangis sekali. And memang pun, aku nangis jugak malam tu.

A few minutes kitorang tenggelam dalam tangisan, lepastu tiba tiba aku nyanyi lagu kehidupan-raihan. Lirik dia kan sangat menyentuh hati. Aku start nyanyi kat part

“jangan difikir derita akan berpanjangan, kelak akan membawa putus asa pada Tuhan. . . .”

Pheww, aku rasa aku sweet sangat dengan epip masa tu. Haha. And, kemudian epip stop nangis. .

Dia pandang aku dengan mata berkaca dia tu. .dengan hidung merah dia, ah perfectlah gaya orang baru sudah menangis.

“syahiraaaaa. . . . . . . . “

and aku rasa, aku dah hit punchline bila aku tengok dia senyum (:

Epip baik sangat dengan aku, dia tak pernah biar aku buat silap lama-lama. Sebab tu aku sayang dia dan kalau aku rindu dia, aku akan baca surat dia. Old school sangat. Haha. Epip ni kawan yang sangat susah nak cakap dia sayang aku, tapi semua tindakan dia obvious sangat yang dia sayang aku.

Dia penyayang, dan sangat penyayang (:
. . .

Suzie. Masa farewell kitorang, dia antara yang paling dasyat. Sebelum aku pergi lagi dia asyik mood swing . Main main tiba-tiba dia nangis. Dia belanja aku spaghetti favourite aku masa malam last kitorang pergi tutorial sama-sama. Lepas dia belanja, dia bad mood. Dia langsung takde mood malam tu, dia nangis, balik bilik dia.

Najaa. Dia bestfriend aku yang paling matang among kitorang 4 orang. Masa first aku nak keluar dari matrik, dia orang pertama yang tahu. Dia menangis. Tapi, lepas tu dia okay. Dia ni hati kering,haha. Susah sangat dia ni nak menangis. Aku selalu lepak bilik dia, tengok korea sama-sama. Hobi kitorang sama, tengok korea. Tapi, dia ni lagi dasyat. Dia punya gila korea tu sampai semua benda nak ala-ala korean style.

Al-fatin. Princess. Dia lawa, so tak hairan la dia ramai admire. Memang lawa pun, sangat. Lembut lagi. Tapi actually dia ni jenis yang tak ignore orang. Dia akan datang bilik aku bila nak pergi kelas, ataupun bila tak siap tutorial. Aku suka kacau dia tidur, sebab dia ni pantang ada masalapang, mesti nak tidur.

Ain izzati. Sekarang kat UMP, dah jadi ustazah :P dia paling rajin, paling berwibawa, atlet kat matrik dulu. Kuat membebel, macam mak nenek, tapi hati dia tu mashaAllah baiknya tak tahu nak cakap. Dia suka makan telur masak kicap, sampai aku pun terbawak sekali habit tu sampai sekarang. Dialah orang yang tolong aku angkut barang dulu masa nak pindah blok ke blok B ,tehee :3

Hakikatnya, mereka ni sejarah dan kenangan yang takkan hilang. Sikap yang penyayang yang ada pada mereka buat aku menangis kalau aku rindu.

Diorang sahabat-kawan-teman yang sangat penyayang dan sangat cintakan aku.
. . .
dan dia, nama dia
ertinya

Yang penyayang.

aku jatuh sayang pada orang yang penyayang.
orang yang ikhlas menebar sayang, selalunya akan berjaya menjala hati-hati yang rapuh di dahan dunia.

sikap penyayang yang dipinjam Tuhan, selalu berjaya membuat manusia terpesona.
. . .

Aku tak pandai main skateboard. Duduk atas skateboard lepastu kayuh pakai tangan aku rasa aku bolehla kot. Aku bukan perenang hebat, setakat dua tiga minit bertahanlah aku, lepastu sah sah terkapai-kapai. Tak reti berenang.

Dalam hidup aku, aku tak harap pun aku akan pandai main skateboard. Cukup pandang dari jauh, pun dah cukup buat aku senyum. Aku tak harap aku akan jadi terer berenang tiba-tiba, sebab selagi ada pelampung inshaAllah aku takkan mengalah dengan badai.
. . .

“ we all know a lot of people that are happy only when they are unhappy”

. . .

Usai solat maghrib, aku bangkit mengambil quran biru . sehelai dua aku selak, membersihkan ruang hati. Seharian menghadap dunia, risau andai esok tiada lagi untuk aku. Aku duduk termenung, mengambil pilot merah kesayangan. 

Puas aku termenung, aku ambil sehelai kecil nota, menconteng entah apa sahaja yang terlintas di benak.
Azan isyak berlagu dari surau al-hidayah. Aku angkat takbir memuji Tuhan. Usai memberi salam, elok saja handphone aku berlagu rixtone-me and my broken heart.

-private number-

Aku menekan butang hijau, memberi salam perlahan. Satu suara lembut menjawab salam di sebelah sana.

“ syahira, ini aina. Isteri kepada abang Aiman (bukan nama sebenar)
‘’oh, ya. Kenapa ya akak telefon saya?”

Jantung aku berdegup pantas.
Aku membahasakan akak kerana aku tahu umur kami berbeza 7 tahun.

“ syahira, akak ada anak kecil, 3 tahun usia dia. Baru nak belajar kenal porak peranda dunia, akak cuma ada seorang suami. Dialah kesayangan akak dunia akhirat, cuma dia tiada yang lain. Mohon syahira faham situasi akak”

Suara itu perlahan menikam perasaan aku lembut, tajam dan menghiris. Air mata jatuh setitis mengalir di pipi, aku seka dengan tangan kananku. Senyum.

“ Allah, akak. .saya ini cuma manusia biasa, mana betah melihat insan lain sakit. Akak, saya takkan sesekali ganggu kebahagian akak. inshaAllah, kasih sayang akak dan abang aiman akan selamanya mekar. Saya masih muda akak, saya punya banyak cita-cita dalam hidup. Akak jangan risau, mudah saja bagi saya hapuskan perasaan tu “ 
aku senyum. Apa yang aku katakan itu benar lahir dari hati, aku ikhlas.
. . .

Dari jauh aku lihat aiman senyum. Aku membalas senyuman dia, aku melambai anak kecil yang dikendongnya, dan aku hadiahkan senyuman untuk kak aina.
. . .

Disisi aku kini yang ada cuma satu pelampung, dan satu skateboard.
Aku tahu, aku mesti hidup walau aku tak tahu berenang dan bermain skateboard.

Sebab hidup aku, bukan cuma di dalam kolam dan lautan, tapi juga di dunia memijak rumput dan tanah yang berdebu.
Meski aku tidak tahu bermain skateboard, aku mesti juga berpijak di atasnya walaupun cuma sekali, biar aku jatuh, lalu baru aku tersedar sakitnya main skateboard ni.

Itulah hidup, bila sakit baru tersedar.
Kalau asyik dilempar syiling mana mungkin aku nak buka mata, cuba sekali dibaling batu pasti terus aku berpaling.
  
skateboard, benda yang aku cinta tapi aku takkan selamanya dapat capai. Dan berenang, antara tribulasi yang selalu aku kalah tapi buat aku bersemangat untuk terjun lagi.

. . .

inilah perasaan, yang takkan dapat diungkap dengan kata-kata. 
moga Allah hapuskan segala perasaan aneh yang hadir dalam jiwa aku.










No comments:

Post a Comment