Tuesday, September 09, 2014

emergency department--

Emergency department , HRPB Ipoh

Sebelum aku jejak kaki kat situ, dah macam macam variasi horror stories yang aku dengar. Dan, aku pernah cakap kat roommate aku, dalam banyak banyak tempat posting sem 6 ni, ED paling aku takut .

Tuptup, hari first masuk aku dah dapat impression baru.
ED,ipoh is not as bad as what everyone is talking about. Actually it was a great opportunity for me to be there. Aku belajar banyak benda, kenal ramai orang, goreng banyak cerita, dan karang banyak memori.

Apa perkara yang sampai buat aku tulis pasal ED HRPB Ipoh ?
Jawab dia satu ja. Sebab kat situ aku kenal kerja aku.
Waa nampak sangat selama ni langsung tak dapat input kan -.-" , selama ni posting aku tak pernah terinspirasi sampai macam tu. Aku posting KK manjoi, pun best jugak. Tapi feeling dia tak sama berat dengan kat sini.

Kat ED, kerja dia penat ja banyak. Penat lagi tahan sakit hati lagi tahan menyampah dengan staf yang kerek lagi, tapi bila fikir-fikir balik kalau takde semua tu aku takkan dapat bertahan perasaan sekuat harini. Ewah! Ayat nak hebat ja, tapi itulah reality dia.

Sebelum tidur aku selalu tersengih kalau teringat ED ni, sebab aku rasa aku ni lawak sangat. Dahla kecik, nak buat CPR pun kena jinjit, lahaii. Lepastu, dengar kes red zone bunyik ja cepat cepat pergi tengok, duduk dekat dekat menyebok tak tentu pasal, lepastu bila doctor order itu ini itu ini aku jugak yang nganga. Haha, lawak betul kalau ingat balik.

Tapi itulah pengalaman. Yang kalau aku tak pergi situ aku takkan dapat cedok semua ni. Dewasa dengan pengalaman, aku nak jadi orang yang memanfaatkan pengalaman sepenuhnya untuk majukan diri. Boleh ke macam ni ? haha. Lawak pulak rasanya. aku rasa, aku matang enough. ehem, dah boleh pergi sabah sorang sorang la ceni :D 

Roommate aku selalu cakap, dia tak suka ED, dia tak suka tempat yang banyak rules and regulations ni. Dia cakap, pelik aku ni sebab asyik cakap suka ED. Tapi, entah taktahu kenapa, aku suka ED , tapi tempat tu actually untuk orang orang yang lasak sebenarnya, kalau kau manja, takyahla berangan nak duduk situ. Eh, aku lasak ke? Haha. lasak tapi cengeng tahu--

 Hari first pergi ambulace call, kena galas beg besar gedabak yang ada everythings, kalau abg-abg tu bawak dalam 2 minit dah sampai ambulance, aku bawak? Ehem, lebih 5 minit aku rasa. Haha. Lepastu penat, tercungap carik oksigen. Abang  MA tu gelak ja tengok aku. Lepastu, satu case lagi patient collapse, so pergi la rumah dia. Pergh! Patient tu aku assume berat dia about 200kg, 200 keh, bukan 20. patlima kali ganda lebih dari berat aku. Dahla aku pergi ambulance call tu pun dengan abang felix yang kurus, ehee kurus kecik kering ,3K tapi sangat cool manage situation yang haru biru tu. 

Aku taktau la aku cane kalau pergi kes teruk teruk sorang sorang. Patient tu tak sedar sebab hypoglycemia, jenuh nak ngangkat! Nasiblah ada orang kampung ramai kat situ, mintak tolong sekali. Alhamdulillah, berjaya ditolak masuk ke dalam ambulance dengan susah payah. Naik ambulance, tutup pintu. Aku pun pandang Felix, dia pandang aku. Masing masing tahan gelak, sebab ada waris kat situ. Bukan gelakkan patient, gelakkan diri sendiri sebenarnya. haha, Sebab masing masing duk sibuk lap peluh, muka menahan jaa. 

Sebenarnya aku nak cakap main point dia kat sini, bila jadi MA, kau akan berdepan dengan macam macam  keadaan sampaikan satu tahap aku rasa aku ni lasak sangat dah tak layak nak jadi gadis ayu yang duduk bersimpuh, ayun buaian bancuh tea o  segala. Aku rasa dah gaya lelaki pak sado cuma tak tuff tak ada 6pack ja. Betullah kata abang shafeeq, orang layan MA perempuan ni tetap sebagai MA bukan sebagai perempuan. Kesian, aah, memang kesian. Tapi, perjuangan dah sampai ke tahap ni, takkan nak stop tengah benua kan? So apa perancangan dia? Takkan nak tunggu terngadah ja?


Pernah dengar kata Socrates tak? Dia ada cakap “ bad law is also a law” ahh macam tu la lebih kurang. Lepastu, Shakespeare pulak cakap “ what doned, cant be undone” ahah. apa aku merapu ni macam tak kena ja dua tu. haha. 

Jadi, move on. I'm not even a tree. Aku ada kaki,takyahla tunggu hujan turun baru nak tergolek cari tempat teduh. takpelah, muda lagi inshaAllah,panjang umur elok aturan Dia, tak dapat jadi peguam jadi pensyarah pun alhamdulillah. one fine day keh aim elok elok!  jangan sampai berangan je sampai ke bulan tapi tak tahu jalan nak pulang akhirnya tenggelam dalam kelam malam sorang sorang. --

sebenarnya banyak benda lagi nak cerita, tapi dah malas nak taip. lagu plain white T's-1234 ni pulak macam makin tarik kelopak mata ja. haila, tengokla manusia ni sikit sikit malas ! -.-"
okaylah, bersambung lagi cerita dia. 


No comments:

Post a Comment