Sunday, September 21, 2014

mukasurat rindu,dari buku dunia.

dan perempuan nan merindu ini
mana kuat benar sebenarnya
di celah rindu yang tercipta
dia selitkan kerinduan di helai-helai
mahu dia koyak sahaja lalu tampal
tapi mana mungkin dia mampu
kalau menyimpan rindu membuat dia kuat
maka dia akan terus selitkan satu
satu rindu di setiap mukasurat.
biarkan pada masa
kerna itu kerja Tuhan

. . .

rindu arwah. 
dialah penawar kalau ada duka yang terselit
lantunan suaranya sahaja sudah membuat jantung berhenti berdegup
apatah lagi alunan tarannum yang syahdu
Allah, rindu arwah.

selalu duduk di pangkin
bercerita kisah sekolah , mengeluh kisah persatuan
walau dia tak mengerti namun bibirnya tersenyum cuba menjadi pendengar.
kadang tangannya menghulur rambutan.
ataupun langsat.
sambil menghirup nescafe petang.
di bawah pohon mempelam, mengadap sawah yang kering kontang
angin petang pula tersengih menyapa suasana.

sesekali dia menguis hujung selipar, sambil tersenyum. 
aku jadi rindu pada petang yang menenangkan,seperti suatu waktu dulu.

 mungkin kerana serabut dengan research,
hati begitu sensitif dengan hujan yang merintik membelah malam.
kalaulah masa dapat diputar kembali,
kalaulah kenangan mampu dilakar lagi.
tapi aku tidak pernah menang dengan kalaulah.
seperti aku yang dulunya kalah di medan perbahasan
mengundang kecewa kerana terlalu berharap pada kalaulah.

masa.
terima kasih bawa aku pada dimensi rindu,
erti kata yang cuba aku luah walau tak menjadi kata cukuplah menjadi pena.

aku benar rindu ya tuhan

kenangan, kau takkan mati. walaupun dia sudah pergi, 
Tuhan, jagakan dia. rahmati dia. berkati rohnya.

temukan kami di syurga,
temukan kami di syurga
temukan kami di syurga.

allahummaghfirlahu-warhamhu-wa'fuanhu.


No comments:

Post a Comment