Thursday, September 18, 2014

rahsia dari Tuhan #1

“When I’m sad, someone asked me what’s went wrong, and asking me to be strong. But how can I be strong? when you are not trying to pick me up off the ground!“

. . .
Sweater puma yang disarung di tubuhnya, dan topi sudu bertulis lalilahaillallah . hoodie ditarik menutup kepalanya. Okeh! Aku dah ready. Bisik Felix bersemangat.

Sesekali kelihatan dia menginjakkan kakinya, menjinjit melihat suasana yang gamat di depannya. Alunan ya hanana memecah sepi malam, terasa segar saraf bila lidah turut mengalun perlahan senada.

Dia lihat kiri kanan, ada satu kelompok pemuda memandangnya hairan. Ah, persetankan semua tu, hati Felix berbicara. Mungkin cara dress up dia agak tak sesuai, tapi lantaklah. Yang penting dia dapat tengok wajah-wajah ulama’ yang menyejukkan mata tu.

Pukul 11.30 malam. Majlis tamat dan Felix bergegas mahu pulang. Bingit telinganya nanti menahan bebelan pakcik guard yang dah gaya warden penjara tu. Dari jauh dia melihat seorang gadis berbicara dengan seorang lelaki berkopiah putih dengan rida' di bahunya tersidai. 

dah kawen kot. hatinya bersangka.

 Dalam cepat dia melangkah, tiba tiba bahunya melanggar sesusuk tubuh serba hitam yang sedang tunduk menekup wajah. Dia cuba mengimbangkan badannya dari jatuh ke arah lembaga hitam itu. Dibetulkan cap nya yang senget sedikit. Felix angkat kepala, dihadapannya seorang gadis  berpakaian serba hitam jatuh terduduk, tangannya memeluk lututnya. Luka barangkali. Felix segera tunduk dan meminta maaf.  Tangannya laju mahu melihat keadaan gadis itu, namun belum sempat tangannya mendarat ke arah gadis itu, terasa bahunya ditolak ke belakang.

“ jangan ! jangan sentuh saya! “ suara gadis itu kelihatan sebak. baru lepas mennagis mungkin.

Felix terpempan. Apa gaya aku tadi ada macam muka perogol bersiri ke? Felix diam dan menjarakkan diri sedikit.

“sorrylah, aku nak tolong kau je tadi. Kau boleh bangun tak? Kau datang sorang ke? Mana kawan –kawan kau lagi?”

“ maaf. Saya tak biasa. Kawan saya dah pergi kat parking. hm, saya tertinggal payung tadi, sebab tu patah balik. Tak apa, awak boleh pergi. Saya okay, terseliuh sikit saja. Saya boleh call kawan saya’’ dia tunduk menekur tanah. Handphone dikeluarkan dan kedengaran dia berbicara perlahan.

Felix hilang akal. Ish, baik sangat budak ni, karang aku tinggal nanti kang entah sape-sape je datang ushar. eh, kata ambik payung , mana payungnya? felix bermonolog sendiri.

“takpelah, aku teman kau sampai kawan kau datang” felix melangkah menjarakkan sedikit kedudukannya, dari tadi dia lihat gadis tu seolah segan dengan dirinya.

“ kau umur berapa ni? Mak kau tahu tak kau datang sini ni? Dah lewat ceni, tak elok la anak dara berembun’’ felix menghamburkan semua solan yang menerjah di fikirannya, untuk elak dari sunyi yang menambahkan lagi cuak dan segan.

“ 21 . tahu, dah bagitau, mak saya izinkan sebab pergi ramai-ramai” dia tunduk lagi.

Felix hilang akal lagi. Ish budak ni, patbelas patah aku tanya dua patah dia jawab. Hampeh betol.

“kau nama apa, ? “ felix mengipas-ngipas dirinya menghalau nyamuk yang mulai mencari rezeki di tengah malam.

“Maryam” halus suaranya menjawab.

“ hah Maryam.perempuan ni, tempat dia kat rumah. Majlis macam ni memang elok, tapi bila dah tengah malam ceni, kau agak la kan. Pompuan ni darah manis, baik kau tengok live ja kat tv, yang penting ni kat dalam ni.. “ felix menepuk dadanya .

". . . niat kau tu, kalau niat kau nak tengok sebab memang benda ni baik, baguslah. Tapi kalau sebab kau nak tayang solehah kau, baik tak payah” laju felix membebel. Entah dari mana datang idea ke otaknya yang  menyala-nyala. Maryam tertunduk.

eh, aku dah label dia ke apa ni? ah lantaklah, bukan kenal pun. Jangan abang kau abanglong kawasan sudah, mati aku nanti kalau dia mengadu,eheh. hatinya bercakap seorang.

“ kau memang spesis tak bercakap dengan budak lelaki eh? Asal dari tadi aku tengok kau tunduk je. Kau tengok tanah tu lama-lama buat apa?”

‘’maaf. Saya tak biasa” laju dan lancar, namun masih kedengaran lembut menyapa gegendang telinganya.

Pergh, meruntun hatikuuu.
ayuuuuuuu

Felix senyum. Ceh, geng- geng ostajah nii,spesis  isteri cerdik dan solehah, wakakaka , felix tergelak di dalam hati.
Kau ni lawaaa, pakai purdah macam ninja pun Nampak lawa jugak. Felix tersengih , namun cuma terdetik di hatinya sahaja segala pujian itu.

“aku panggil kau ninja je la eh, senang sikit sebut. Ahahahahahahha” felix menghamburkan tawa, namun tiada balasan .

“ehem, sorry. Aku main-main je” felix terdiam bila melihat jelingan mata Maryam yang seolah menyampah dengan dirinya.

Tiba tiba kedengaran suara memanggil nama Maryam.

Sahabat-sahabat nya segera mendekat bila melihat Maryam yang terduduk. Sampai sahaja kawan-kawnnya, Maryam segera memeluk salah seorang dari kawannya dan menangis.

Eh, felix mulai cuak. Pehal ni, nanti sah sah kawan-kawan dia ingat aku apa-apakan dia.

“eh, aku tak buat apa-apa ,korang jangan salah paham pulak kat aku, aku cuma temankan dia je tadi, kesian takkan nak duduk sorang-sorang dalam gelap ceni” sekali lafaz felix membina ayat mempertahankan dirinya.
Kawan-kawannya memapah Maryam. Sebelum pergi Maryam berpaling, dia mengeluarkan buku notanya dan mencatit sesuatu, lalu dihulurkannya kepadaku. Dan terus berlalu.

“jazakallah , apa pun nama awak dan siapa awak, semoga Allah temukan kita dalam keadaan yang jauh lebih baik. Terima kasih tolong saya, dan saya datang sini, inshaAllah segalanya adalah demi Tuhan .assalamualaikum- ninja”

Aku tergelak membaca patah akhir yang dilakar Maryam. Malam itu, walaupun teruk aku kena maki dengan pak guard, aku sengih ja. Dah gaya jatuh cinta pandang pertama. Phewwww
Apa, aku dah kena sumpahan hadis orang melayu ke apa nih?
Cinta pandang pertama, ewahh.
Malam tu aku tidur dengan bibir tersungging sengih. Lahai, bukan budak ninja tu confess ailabiyu ke apa pun , yang aku bergegar sangat hati ni kenapa? -.-

Comes to your sense la felix. Fuhfuhfuh!
. . .
“Perempuan yang tak cantik, tapi kerana dia ada agama , kau akan nampak dia sebagai manis. Perempuan yang tak kaya, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sebagai seorang yang redha. Perempuan yang keturunan tak berdarjat, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia seorang yang rendah diri. Perempuan yang tak pandai, tapi kerana dia ada agama, kau akan nampak dia sebagai ibu mithali “ –penulis.sahaja/terfaktab


-Bersambung-

No comments:

Post a Comment