Tuesday, October 28, 2014

sisters; are meant forever.

" sometimes we come into a person's life not to make them love us,but to let them feel that they're  so much worth loving for"


Roommate,
I come to my sense when I have enough time to accept things.
 I’m still the same human being as you.
And I understand how terrified you felt over me.
Neither me, nor you who wish these things to happen,
Because we both know we are already stake our life on this vow.

Roommate,
Three years,
We spent our up and down.
Listening to the same routines day stories,
Laughing to the same joke every day,
And end up our night by  salaam and goodnight wish,
Do you know how special our relationship is?

Roommate,
Perhaps I could jump over the old times,
When I make mistakes and you have enough courage,
Then we will not going through this day.

Roommate,
I made mistakes, so do anyone else.
We live in a world where mistakes are things to be fix of,
Not to be forget and ignored.

Roommate,
I’m not perfect, really am not perfect.
Don’t be too inferior,
 Just because of you are wearing jeans and I’m not,
That’s doesn’t mean that I am much better than you.
I’d never judge you.
I’d accept you, for who you are today,
Not for whom you were.
We live for what we have today.

Roommate,
These pieces of things that cover me up,
Is also hiding my pieces of an ignorant cold-blooded heart,
And it is waiting for someone who will win over it.
I have friends, lots of them.
But I never have a friend who says
 I’m wrong, when I’m doing wrongful deeds.
Sometimes they realized,
But no one rise up to protect me from being astray.

Roommate,
In these three years,
We spent a lot of time,
Trying to understand each other’s heart,
We both know how pathetic our past was,
You knew how I used to be,
And I knew how you used to be.
That is how our love equation goes.

“ We made mistakes,
We made up things.
We slide the anger,
We put it back.
We break the glass,
We replace it new. “

Roommate,
Yeah I’m happy like crying.
Thank you for the hug,
And sorry for those tears,
I am a failure in hiding my tears.

For a few more years, and decade, and century. .i wish to stand by you, in a time of yeay and nay.

For being who you are,
Thank you.

I love you. Really –really –really love you.

"It’s never easy to stand when the storm hits. And that’s exactly the point. By sending the wind, He brings us to our knees; the perfect position to pray."

27th October, 14

2209: ulu kinta

Saturday, October 25, 2014

the endless-endeavor

was written on Friday : October 17th , 2014


" buat engkau yang sudi mempertaruhkan sebuah buku sebagai amal jariah. 
dan buat aku, moga mempertahankan ilmu buat bekalan fardhu kifayah."



Tak pernah terbayang mata, akan ada insan yang akan hadiahkan buku yang sarat ilmu ceni. Dan tak pernah terlintas dalam kepala untuk beli buku rujukan sendiri, bekalan  kerja nanti. Sebab dalam kepala banyak sangat roller coaster duk pusing sibuk fikir nak bukak kedai kek, nak bukak taska lah sampai lupa yang aku bakal memikul amanah dengan penduduk bumi nanti.

endearment:
- dedikasi buat dia, yang sudi menghadiahkan ini . 

Aku tahu, kita punya jarak. Jarak yang tak akan terpadam. Tapi, tali yang mengikat ini aku mahu ia terus utuh, sebagai seorang sahabat kepada sahabatnya . Payah benar mahu mendefinisikan, namun hakikatnya begitulah hidup. Mana betah apa yang kita mahu terus tertunai. Akhir tinta, aku titipkan doa moga engkau dan keluarga bahagia dunia dan akhirat. Moga langkahan engkau berteman redha dan rahmat Tuhan. Satu waktu, andai ditakdir Tuhan bertemu lagi, moga aku masih mengenali sosok engkau, sebagai seorang yang mematangkan aku. 

Terima kasih.
Kerana memberi nafas baru. Pada semangat aku yang makin kusam.

Terima kasih ,
kerana meletakkan aku sebagai seorang sahabat ,
sedang aku ini cuma layaknya menjadi habuk jika dibandingkan dengan ilmu aku dan kamu .

Terima kasih,
 kerana menitip kata-kata dan doa walhal tidaklah aku ini sesiapa untuk didoakan saban waktu.


Dan, terima kasih kerana menawarkan diri menjadi pembaca yang setia walau tiada apa yang membahagiakan di daerah sini.

dan engkau,
walau tidak terdaya di alam realiti,
tapi cukuplah sekadar di sini,
aku cuma mahu engkau tahu betapa aku menghargai. 
menghargai engkau,
atas kehadiran engkau.
juga keihlasan engkau.

semoga, suatu masa . Aku juga menjadi seseorang yang akan menghidupkan hati insan lain. Seperti engkau yang menggerakkan saraf dan neuron aku, untuk mencintai dan menghargai sekadar apa yang kita punya.





Friday, October 24, 2014

satu muharram, di ward6A

assalamualaikum 

"alhamdulillah wathummalhamdulillah . Pertama dan selama-lamanya, marilah kita merafa'kan kesyukuran ke hadrat Allah kerana masih diberi nikmat hidup dalam iman dan islam. "

almost empat tahun yang lepas, ini lah muqaddimah ayat yang selalu aku guna dalam bulatan gembira kesayangan aku. Dan, syukur pada Tuhan, kerana nikmat hidup dalam iman dan islam itu masih menjadi nadi dan nafas aku saban usia walaupun terkadang iman yang sifatnya naik turun , turun naik sering meresahkan aku.

hari ini, tahun hijrah berganjak lagi. Beerti, telah lama kegemilangan Islam yang dahulunya gah di seantero dunia dipadam sepi. Anak-anak alaf kini, telah hampir lupa tentang kehebatan sejarah empayar islam suatu waktu dahulu. 

Aku perhatikan, kanak-kanak dekat ward 6A, setiap kali menangis mesti akan disogokkan dengan tab, phone yang serba canggih, ataupun play station. Dan, terbuktilah kini dengan nyatanya bahawasanya aku kini memang hidup di zaman millenium. 

dan alkisah petang tadi, hari terakhir di ward 6A ,pediatric HRPB Ipoh. 

posting nya berlima. Sorang dah naik ke shift pagi, sebab nak balik kampung. Dua orang lagi pukul 5 dah selamat meninggalkan wad pulang ke kolej, tinggallah aku dan si anis berdua terkaku kat situ , main dengan budak -budak.

maghrib itu, kami berdua meredah hujan lebat dan kilat yang sabung menyabung , dengan memanfaatkan plastic hitam yang dihulurkan oleh serang pakcik guard yang tak sanggup tengok kami basah kuyup demi ke masjid sebelah hospital. 

memang dah target nak dengar ceramah maal hijrah, jadi nya walaupun hujan diredah jua. 

dan tadi, aku tak dapat banyak sangat, sebab datang pun dah 7.30 . tapi, aku sempat dengar ustaz ada menekankan tentang tanggungjawab kita sebagai ejen hijrah. 

ejen hijrah yang macam mana?

iaitu, seorang ejen yang menjadi pencetus perubahan kepada diri. Dari yang buruk kepada yang lebih baik, merangkumi segenap aspek kehidupan. Tak kiralah walau dalam hal yang kecil mahupun sebesar zarah.

kalau harini, solat masih di akhir waktu, puasa sunat masih entah ke mana, amal fardhi lintang pukang, berusaha keraslah untuk berhijrah menjadi hamba kepada Tuhan, yang meletakkan Allah sebagai tiang asas kehidupan.

memang payah at first, tapi usaha lah. Amal yang sikit tapi istiqamah lebih berganda baiknya daripada amal yang buat sekali harung lepastu takde buat dah. 

dan, ustaz cerita erti tanggungjawab seorang lelaki sebagai ejen hijrah kepada isterinya dan anak-anaknya. Kalau isteri tak tutup aurat, wajib seorang suami berusaha untuk menjadikan isteri dia sebagai seorang wanita yang sempurna dalam menjaga auratnya. Kalau anak tak solat, seorang suami wajib mendidik anak-anaknya untuk menunaikan solat, walau terpaksa merotan.

kerana, tanggungjawab sebagai ejen hijrah tu tak mudah, tapi sangat untung dunia akhirat.

pesan juga buat diri, 1 Muharram 1436H ini, apa yang kita nak aim kan untuk kemaslahatan akhirat kita nanti. Kalau objektif kita adalah Syurga Allah, maka buatlah sebagaimana cara seorang hamba yang mahukan Syurga Allah. 

Listkan , apa yang kita mahu ubah. Amal kita ada tiga kategori. Jadi , listkan apa perubahan yang kita mahu.

amal fardhi 
amal jamaie 
amal ijtimaie 

kalau sebelum ni kita buat tak endah bila orang ajak iftar sama-sama kat mesjid, sekarang kita lah orang pertama yang mengajak orang lain iftar jamaie. Siap sponsor ayam pusing sorang sekor atas meja.

kalau sebelum ini kita tak ambil pusing soal menegakkan agama, sekarang kita lah orang pertama yang mengajak orang lain berbuat yang ma'ruf dan meninggalkan yang mungkar. 

Sebelum ni kalau pernah kita fikir, " aku ni kerja dressar ja, mana layak nak ajak orang tutup aurat. " , sekarang ketepikan semua rasa inferior tu. Kerja mengajak orang kenal Allah tu kerja semua orang. Tak kisah kau pakcik guard, ataupun kau tukang kayu, mahupun kau seorang cleaner, kerja amar ma'aruf nahi mungkar tu tak terbatas pada pak ostad ostajahh sahaja, tapi terbuka untuk semua . 

Hijrah. 
sebab hijrah ertinya pengorbanan.
sebab hijrah ertinya perjuangan.
sebab hijrah ertinya perpaduan.
dan hijrah, dia lah yang membentuk keimanan.

maka, berhijrahlah atas nama Tuhan, Maha Besar Allah. 

sebagaimana muhajirin dan ansar, yang sanggup bergadai harta dan nyawa demi melengkapkan hijrah mereka kepada Tuhan, kerana mereka tahu, bahawa nasib mereka tidak akan berubah selagimana mereka sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya. 

Allah rakamkan dalam surah Ar rad, ayat 11.
 " dan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubahnya"

nah! kepada kita yang tak pernah berusaha mengubah nasib sendiri,  mohon palpitation, mohon syncope. -_-

dan, habis ceramah sempat kami solat isyak di situ berimamkan imam yang entah dari mana, subhanallah sedap betul suara dia. Tepat 8.50 malam kami kembali tercongok di ward 6A. ehee, konon penat habis .

dan, itulah hari terakhir posting kami di ward 6A, minggu depan inshaAllah 6C bakal kami jejaki. 

notakaki: setahun berlalu. Alhamdulillah. untuk mencetuskan sesuatu perubahan dalam diri memang perit, namun berkat doa emak dan abah, doa sahabat-sahabat yang tak pernah putus,Allah jadikan jua hati ini nekad. 

juga orang pertama yang memberi sokongan, Siti Hajar Brahim. yang menjadi saksi keluh kesah perasaan ini.Walaupun kini, kita tidak lagi seakrab dahulu, tapi kasih dan sayang yang pernah Allah takdirkan termeterai antara kita , moga akan menjadi saksi andai ditanya di Mahsyar bahwa persahabatan kita adalah kerana Allah.  

Jua Sharmine, kakyong, Anishah dan Harwani, yang memberi kata semangat untuk tidak takut dengan pandangan manusia. Jazakumullahu khairun jaza'. 

Hari ini, aku sudah berani ke hadapan dengan aku yang ini, tidak lagi menyorok di balik tiang . 


wahai hamba Tuhan yang Maha Esa,
semoga hari ini dan selamanya, 
engkau kekal di jalan ini,
bahkan lebih baik.

syurga itu mahal harganya,
maka istiqamah lah.

semoga jua, engkau tidak mengalah.

Meredah ujian itu sakitnya usahlah dicerita, tapi bila engkau niatkan segalanya demi Allah , maka  setiap jerih dan payah pasti akan dihitung sebagai ibadah. Moga-moga.

fii hifzillah. 













Wednesday, October 15, 2014

yang istimewa


I

Pagi yang bersemangat! Setelah 5 hari tidur aku terganggu dengan cerita pocong di padang HBUK akhirnya semalam aku berjaya tidur tanpa tersentak tengah tengah malam pergi tumpang katil budak sebelah. Tahniah buat diri sendiri.  Another new days begin, wake up in Allah’s hand, Alhamdulillah wathummalhamdulillah.  

Lupakan cerita pocong, banyak lagi benda lain nak fikir. Fuhh! Hembus semangat!

II

Nasi lemak makcik tepi pagar belakang hospital yang sedap dan murah. Kentang dia sedap! Makan lagi rasa nak lagi nak lagi. Beli nasi separuh pun dah tak cukup chamber perut nak isi. Nampak tak betapa banyaknya nasi makcik tu. Masa tengah beli, makcik tu Tanya pasal MA. Banyak dia Tanya, aku pun pelik jugak sekejap, sebab banyak sangat soalan ,ingatkan makcik tu nak apply MA, last last tu bila Tanya rupanya anak perempuan dia yang nak mintak MA. Belum habis makcik tu cakap aku dah potong
“makcik! Kalau result spm anak makcik okay, straight A yang ada peluang untuk benda lain, takyahlah pilih MA makcik. “

Makcik tu tergelak. Sebab ,makcik tu cakap anak dia nak apply ja dulu, dapat ke tak wallahua’lam. Kawan aku pulak menambah cakap kalau perempuan jadi MA, nanti layanan dia sama macam MA lelaki. Sedap kitorang menambah perisa. Padahal kitorang pun bakal MA,inshaAllah kalau ada rezeki.

Habis perbualan,kitorang pun santai santai berlenggang kangkung ke café acc menghabiskan sisa waktu rehat dengan menghayati nasi lemak yang marvelous .

III

Terserempak postingmate setahun setengah kerja sekali, potingmate yang paling kuat membuli  -.-  terserempak masa kat lab tunggu result darah. Dia cerita pasal ex girlfriend dia, budak nurse. Kelakar betul. Dia kena dumped, tapi bagi aku ,dia memang deserved orang yang lagi baik. dia cerita, budak perempuan tu masa kawan dengan dia pun rupa-rupanya tengah main kayu tiga dengan seorang HO. Aku tergelak ja dengar luahan dia. Dia cakap lagi memang dia menyesal , nasib baik lah dia tahu awal, kalau tak memang dia taktau lah apa jadi dengan perempuan tu. kira dia cakap dia nak revenge la ni.

dia dah siap jumpa mak ayah perempuan tu. Aku boleh bayang tahap kekecewaan dia. Tapi kira okay la tu, sebab masa dia cerita tu  dia boleh gelak gelak lagi. Lepas dah sudah cerita tu, tetiba  dia cakap

“eh, awat aku pi ceghita kat ampha .Eh,ang jangan ceghita kat oghang noh, aku percaya kat ang ni syira” dengan loghat kedah pure dia, tergelak aku.

Dah tigapoloh minit dia duk cerita kat aku , tiba tiba baru dia tersedar.  hempuk kepala dengan saunders encyclopedia baru tahu.  

Teringat kat-kata hlovate dalam buku anthem.
Bila Dash watak utama dalam novel tu bertanya pada Trisy tentang persoalan couple.

“wrong is wrong even if everyone is doing it. And right is right even if you are the only one who doing it.”

Dan, dosa itu adalah apa yang bergetar off-tune dalam hati.

Aku nak cakap kat dia masa dia cerita kat aku yang dia kena dumped dengan girlfriend dia, tapi ayat tu macam tercekik  ja nak keluar. Aku tak kuat nak nasihat orang depan depan, nak nak lagi kalau orang yang aku tak rapat. Dan aku not in my best when it comes to talk. Terabur  kacau bilau ayat aku nanti.
Cuma doa aku mampu titip. Moga one day, dia jumpa seseorang, yang terbaik. The sour of his plum. The best woman to indicate the best in him. inshaAllah,amin.

IV

Makcik ni kurus. Sangat. Kesian, makan pun tak larat. Pakcik kat sebelah peramah orangnya, dan mereka sangatlah sweet sebagai suami isteri yang meniti hujung usia. Pakcik hadiahkan aku satu buku, motivation book. Sebenarnya pakcik tengah baca, lepastu dia letak kat katil patient, aku pun tengok-tengok lah. Lepastu pakcik tegur “suka baca buku?” aku jawab “suka! “ pakcik pun balas, “buku tu best” aku jawab lagi “buku ni ke?”sambil tunjuk buku pakcik yg aku pegang. Pakcik angguk. Aku jawab “saya baru baca muka surat depan, macam best” pakcik senyum. “nah, ambiklah. Pakcik hadiahkan, pkcik dah habis baca”.

Terujanya dapat buku ,haha. Bertambah koleksi buku.  Alhamdulillah, terima kasih pakcik .

Di hujung wad, aku tengok ada seorang makcik termenung jauh. Tudung kusam yang dia sarung di kepala, dan baju kurung bercorak yang dipakai , tahulah aku yang makcik tu dah nak discharge. Aku pun pergi menyapa. Aku Tanya, makcik dah sihat? Dia senyum. Dia jawab “kalau makcik tak sihat pun, makcik akan mintak balik . “ aku Tanya, kenapa,makcik jawab ‘’ mana makcik mampu nak bayar kos hospital. Duduk 3hari ni pun makcik taktahu macam mana”

Aku diam. Makcik alih pandang ke luar. Makcik ni hidup sebatang kara. Aku baca dalam BHT makcik (buku rekod pesakit) , makcik takde suami, takde anak-anak ,duduk seorang diri, usia 66 tahun. Makcik datang ke emergency sebab sakit jantung. Dia mula rasa sakit jantung pada petang semalam, lepastu dia dah makan GTN (glyceryl trinitrate), tapi malam tu sakit makin menjadi-jadi. Makcik cerita kat aku, dia tahan sakit tu sampai tak boleh tidur. Nak pergi hospital waktu dah malam, bas dah takde. Nak mintak tolong, takde sesiapa yang ada. Nak susahkan jiran, dia tak sanggup. Dia tahan sakit sampaila subuh, dia bangkit semayang . usai semua dia pack semua barang-barang dia dalam 2 beg yang dah pun lusuh warnanya. Pagi tu, dia berjalan ke bus stop terdekat tunggu bas untuk ke hospital, makcik cakap ,sakit tu hanya Allah yang tahu. Aku terdiam. Mata dah rasa panas. Kuatnya makcik.

Kamu umur berapa?
21 makcik.
Kampung kat mana?
Terengganu makcik.
Oh, jauh kamu duduk ye.
Aku senyum angguk angguk.
Ada mak ayah lagi?
Ada makcik.

“Alhamdulillah, tu lah kekayaan sebenar kat atas dunia ni. Mak ayah ni harta, takde mereka hilang seronok hidup ni, kalau ada mereka tua terlantar pun kita bahagia. Makcik ni, usia belum pun 12, hilang kasih sayang mak. Tak lama, ayah pulak pergi. Hidup berempat dengan abang adik. Usia makcik, banyak habis jaga adik beradik. Mula-mula tanggung abang, abang pergi makcik tanggung adik. Adik –adik pun Tuhan dah ambik dulu, tinggal makcik seorang tunggu Tuhan datang panggil makcik balik. Orang raya, makcik tak rasa nikmat raya. Allah dah tarik. Orang berkumpul adik beradik makcik sorang diri hidup, tunggu saat malaikat datang. Tak seronok hidup makcik, tapi makcik syukur, sebab Allah bagi makcik macam ni makcik jadi kuat.”
Aku diam, sebak. Air mata dah jatuh. Aku paling dari makcik, taknak makcik sedar aku menangis.

“kamu nanti dressar ye. Kamu  kerja la betul-betul. Biarlah kita tak suka pun, bila Allah dah bagi tu, pegang lah betul-betul. Benda Allah bagi ni bukan saje-saje. Kamu kena pegang dia. Jangan sia-siakan”
Aku diam. Tangis yang aku sorok dah makin menjadi-jadi. Kenapa apa yang makcik ni cakap semua macam hempap kepala aku.

Tiba-tiba aku rasa tangan aku disentuh. Makcik tu senyum,
“minta maaf lah kalau makcik cakap ni salah, “
“eh tak! Bukan makcik, saya ni memang cepat tersentuh sikit ”aku senyum. Aku tengok mata makcik bergenang, dia berpaling ke kiri, dengan hujung baju kurung dia lap air mata yang membasah pipi. Aku terkedu.

Aku mintak diri, aku hulur salam kat makcik, pipi dia aku cium.

Lama aku diam bertafakkur. Semua yang makcik tu cakap, semua betul. Aku yang silap. Persepsi aku yang salah, aku tahu. Tapi kenapa aku payah nak terima. . Allahuakbar. .

Aku tulis sepucuk surat. Aku berlari kejar makcik tu , masa tu dah kat tingkat 5. Aku salam makcik tu, aku cakap. “makcik,terima kasih. “ makcik tu gosok kepala aku. And at that time, baru aku tahu yang selama ni kerja MA ni kerja yang sangat bahagia kalau difahami  erti " kerana Allah" dengan mata hati .

Sometimes it takes only a minute to understand that you have done it wrong, but it goes for months for you to admit it.

IV

Balik kolej, masih lagi dengan krisis air yang tak berkesudahan. Aku dapat satu message dari adik usrah. Dia minta tangguh usrah yang sepatutnya malam ni . .terkilan sebenarnya bila adik-adik mula payah nak bagi komitmen. Sekarang baru aku faham perasaan kak aishah, kak fifah, kak alya, kak syira, kak bie, kak khalilah dan kakak kakak lain dulu yang selalu kena datang jemput aku untuk usrah. Degil aku dulu dah berjangkit. “kita akan diuji dengan kata-kata kita sendiri” , dan sekarang memang teruji. Alhamdulillah. Wathummalhamdulillah. Aku bahagia Allah uji, sekurang nya aku tahu, Allah ada lagi untuk aku.

The past matters. Only sebagai reference point untuk kita tengok sejauh mana kita dah berubah. The past is nothing but a force to drive you forward. Do not let your past dictates you (:


Coretan 14 oktober 2014,
f-1-107/kskb SAS/1835

now playing : dare you to move,switchfoot. 

Tuesday, October 14, 2014

kosong



in tough time, i care to write more than i choose to talk. i know it's no good for me to express everything here. And absolutely i know He would always listens to me. But, to think that i can only feel ease at time just by writing is just me. i can't help myself.

saja-saja aku mahu bercerita, sebab cuma di sini aku rasa aku punya ruang. 

hidup ini terlalu singkat untuk mencipta musuh.
hidup ini terlalu sekejap untuk merasa dilambun ombak jerih.

selagi punya kudrat, hiduplah atas nama Tuhan.

kecewa. Hari ini angin kecewa menjadi penglipur. Kecewa dengan diri aku yang tak tahu nak behave how to be a noble woman after all. 

Aku tak reti serius, serius lah aku tak reti serius. Payah , sebab aku akan serius bila dalam certain hal yang patut aku serius. Dan aku pun tak faham kenapa aku serius sangat dengan joke yang tak pasti,yang aku sendiri merasa bahangnya. 

dalam hidup, ada perkara yang di luar keterbatasan kita. Kudrat kita tak mampu menampung takdir Tuhan. Kadangkala, kita kena redha apa yang telah dititip Tuhan buat kita. Sebab tak selalunya epal yang segar rasanya manis, kadangkala masam itu lebih menjadi intinya. 

Akan ada waktu kita merasa lelah, lelah meniti usia remaja yang penuh ujian tanpa penghujung. berkali juga kita berlari mencari pangkal, tapi yang ada cuma sauh yang makin menjauh. Aku mahu ke teluk sana yang menjanjikan bahagia, namun ternyata kaki aku masih tidak berganjak dari pesisir sini, pesisir yang masih banyak hutang aku yang belum dilunaskan.

aku penat bermadah dusta , penat menipu padahal aku langsung tak tahu siapa aku apa yang aku mahu kenapa aku menulis. Aku rasa tulisan aku sangat tak memberi makanan kepada jiwa, tiada kasih sayang Tuhan aku tebarkan buat menjadi santapan, aku sibuk berceloteh kisah hidup aku saban hari. 

dan, meski dunia sudah tenat, aku masih lagi tidak tersedar.

tell the world,
a tale which is hurt you the most.

i wish to have your time,
or evenly your heart.

but i know which parties i am to be
and i am insisted.

how i wish times goes back.

and, if i was born early than 93', maybe i should never have to put up the white flag. 

Allah sedang menguji.
menguji kesabaran.
menguji cinta dan sayang.
menguji kesetiaan.
pada Dia yang aku pernah canangkan.

jangan down.


"feels like crying."

"let it be"

"doesn't it sounds weird for a sinner to crying over the same things he does?"

" i dont think i have to repeat myself about Allah's blessing to you ,right ? "

wallah,bismillahitawakkaltu 3lallah

Monday, October 13, 2014

putus fius

12102014 : 2314


aku buka gadis chantek yang membuka mata manusia dengan sekali kerlipan mata, bukan juga gadis sopan yang mampu menggugah hati manusia saat kaki diayunkan ,apatah lagi menjadi gadis pingitan yang tersenyum simpul semanis air madu di pinggir bibir yang mampu mencairkan hati-hati manusia. 

Kayu. Kau kata itu aku, kalau engkau tidak mahu menerima aku ini manusia terpulanglah. Mungkin mata engkau terlalu silau untuk melihat aku sebagai seorang wanita, ah tidak perlu sebagai wanita kerana aku tahu mungkin aku juga tidak dianggap manusia. Tapi yang pasti aku seronok menjadi diri aku. Kalaupun aku kayu , semua tu tak jadi aral untuk aku tunduk sujud pada Tuhan. Aku yakin itu.


dia , seorang lelaki yang ada otak , tapi sayang otak tu dah macam bersawang bertahun tak guna. ( Maaf, ayat gagal dicerna kesopanannya) dia bagi aku adalah seorang yang tak gentleman dan gagal dalam subjek sivik dan kewarganegaraan time sekolah dulu. Kesian, aku yang selalu mengantuk dalam kelas pun boleh skor A subjek tu pejam mata ja. Heh. 

Engkau yang macam black pepper sandwich , apa yang engkau mahu? Padahal aku ini cuma penghuni sudut sepi yang tidak menganggu sesiapa, lalu mengapa mahu perdebatkan kewujudan aku. Aku tidak menganggu engkau dengan kata-kata mahupun tingkah, apatah dengan hujung mata. Memandang sahaja sudah membuat aku AGE patbelas hari apatah lagi mampir mendekat dengan engkau. 

dia kata kita kayu, kita sengih . Dia kata kita berlagak alim, eh takpe sebab kita boleh sengih lagi. Tapi bila dia cakap pergi mampus la engkau, eh eh tercabar kite. Kita tak kacau dia kenapa dia nak suruh kita pergi mampus? dia buat lawak ke tu? Tapi sayang, lawak dia failed. 

kenapa aku yang selalu kena? takde ke another orang yang boleh replace tempat aku? aku nak jadi gadis biasa biasa yang taknak ada attention dari siapa-siapa yang mahu duduk berseorang melayan bait kata dan alam semesta. Mungkin sebab aku yang terlalu hodoh dan selekeh di sudut sepi, menganggu hari-hari dia. Ah tidak mengapalah. Begini aku yang ini , begitu aku yang itu pun sudah cukup alhamdulillah , couldn't ask for more. 

Beauty lies in the eyes of beholders. i am a girl, and always being possessed by beauty. I can drag myself out for a big time just to choose the color for my notebook, or cloth and else. Because it is kinda a somewhat we called fitrah. Maka, jangan persoalkan kenapa mengapa dimana bagaimana .

how can aku nak pergi mampus, kalau lepastu kau sibuk nak mintak maaf? itulah engkau,aku dah cakap jangan kacau aku engkau degil. Aku dah cakap awal-awal, hati aku bukan warung kopi. 

dan kepada engkau, impudent-not-so-gentleman,
" i am hereby to say that do not bother me or else you'll find yourself in a great trouble. " wah! bestnya kalau aku boleh cakap macam ni, sambil tangan petik colt delta elite yang warna silver, acu kat kepala dia. Tapi sayang, setakat pistol air yang sekali tembak keluar buih tu aku mampu la pegang. Haila, kenapalah aku so not confident nak melawan ? kenapalah aku sangat tak assertive? kenapa? kenapa? -.-

wahai syahira yang dulunya pengawas sekolah, kenapa sangat lemah sekarang?

kalaulah aku bukan akak naqibah usrah, yang takde orang perlu aku jaga thiqah, mahu aku menyelusup baling bom , putuskan fius otak dia -.-



Saturday, October 11, 2014

arrogant

almost one week -doned. alhamdulillah. can't wait any longer . Tolonglah habis cepat ,tak larat nak mengulat dah -.-

10102014

seorang staff nurse minta tolong seorang student nurse, untuk dilute noradrenaline. Student nurse ni dah semester 5, tapi ni first time dia buat kerja dilute ubat segala bagai. Aku pun ikut lah dia, saja la nak tengok dia. Tangan dia terketar-ketar, menggigil dia masa nak syringe out noradrenaline tu. Aku senyum je sebelah dia sambil sembang pasal telekung sembahyang dia-yang-dia-cakap-warna-hitam-dalam-beg-warna-purple walaupun tak ada langsung kaitan dengan proses nak membancuh ubat tu. Dia cakap nervous sebab tak ada experience sebelum ni. Teringat aku dulu, pun menggigil macam tu masa first time kena dilute si nor-ad tu. 

nak dipanjangkan hikayat tok nujum mandi bunga, datanglah staff nurse tadi. Sambil jenguk jenguk kat trolley .

"lambatnya kau buat dik, akak dah habis bagi dua tiga pat lima patient dah ubat. Buat cepat sikit, lama nak menunggu kau"

si Teha ni dah terketar-ketar, bila kena sergah ubat yang dia syringe out tu pun dah macam leaking sebab terkejut kena sergah . Lepastu bila dah kena sergah macam tu, syringe out nor-ad tu tak sempat habis lagi  tapi tangan dia dah sambar heparine-saline. Aku tengok ja dia pegang heparine -saline tu sebab aku tahu dia saja nak cover depan staff nurse tu. Tiba-tiba. .

" eh adik! pakai dextrose la kalau nak dilute ubat ni! kamu ni kalau tak tahu tu tanyaaa la jangan nak memandai! "

habis kerja menyergah , akak staff nurse yang kening bentuk piramid mesir tak jadi tu pun berlalu pergi. Aku yang tukang jadi penonton ni fuhh , tahan sabar mashaAllah taktau nak cakap. Kalau lepas sergah-jerkah macam tu, dia datang ajar takpe. Ni, lepas marah-marah budak tu boleh dia lari macam tu. 

aku pandang teha, teha cakap " gelabah tadi, sebab tu pegang ja botol kat atas ni"
aku tahu, sebab awal-awal tadi aku dah tanya dia tahu ke tak nak dilute pakai apa. Lancar ja dia jawab 

" tahu, pakai dextrose 5"

teha dah terkulat-kulat dah dengan syringe 50cc dia, aku pun tolonglah sikit-sikit dah settle cepat-cepat si teha ni lari lari pergi kat akak staff nurse tadi.


Benda mudah ja sebenarnya kalau kena cara nak mengajar. Tapi akan jadi susah bila tukang yang nak jadi cikgu tu macam nak kena ajar dulu. Macamlah tak boleh cakap elok-elok. Budak tu kan dah cakap masa awal-awal tu yang dia nak buat tapi ni firstime buat. Jadi, faham-fahamlah kalau lambat pun. 

i know, alasan dia kalau tanya kenapa nak cepat mesti "sebab-kita-bekerja-dengan-nyawa-orang".

yeah, indeed. memang pun kita kerja libatkan nyawa orang, tapi salah cara mengajar tu, sepatutnya bila nak cepat, datanglah tolong ajar sekali, sama-sama buat sama -sama rasa sama-sama bersatu hati. Gitu. Baru lah blossom kasih sayang dalam hati. Am i right or am i right? heh.


apa dulu masa lahir-lahir ja terus boleh berlari lompat pagar ke? 
even dalam hidup pun ada step dia.
meniarap dulu- lepastu merangkak. Dah lepas merangkak baru boleh bertatih perlahan-lahan. Lepastu barulah start terkedek-kedek jalan, lepas dah terer jalan baru nak lari-lari pulak. Adatlah hidup. 

dulu aku firstime belajar dilute ubat ni kat hospital manjung. Dengan abang Siddiq , MA kat emergency department manjung. Dia ajar satu-satu, dari dilute ubat sampai nak letak dalam infusion pump. Proses mengajar kena ada cara, kalau duduk pertahan ego-aku lagi hebat -tu sampai bila pun takkan habis.

erti hidup pada memberi. What you give, you get back. Kalau tak dapat dalam bentuk air milo ais, dapatlah nanti dalam bentuk doa. Kalau pun takde yang hargai, jangan risau, Tuhan sentiasa ada untuk hitung setiap zarah kebaikan yang kita buat. Jadi, takyahla rasa kita ni berdarjat sangat, setakat ilmu yang setitis dari selautan tu takkan bawak ke mana jugak kalau ikhlas tu takde.

aku hairan, kenapa setiap kali aku berdepan dengan staff nurse, mesti ada ja yang nak buat aku letak dia jadi draco malfoy dalam cerita aku. -.-

aku bukan anti dengan staff nurse. Aku cuma tak boleh nak go on dengan certain mereka yang cara mereka tu sangatlah seniority nak suruh kita hormat- julang tinggi mereka . Padahal, mereka mereka ini takde pun nak menghormati orang-orang di bawah. Kerja tu tahu nak jadi cik kiah jual budu je, sikit-sikit nak mengata belakang. Mata pandang atas bawah atas bawah. 

aku tahu, MA pun ada certain yang macam tu. entry ni bukan nak kutuk kerja staff nurse. Ada ja staff nurse yang baik, macam kak ani staff nurse kat KK Parit tu. Entry ni cuma selingan.

 Tu staff nurse dengan student nurse sendiri dah macam tu, tak payahla bagi aku cerita macam mana dia layan student MA pulak kat ward tu. Sebab nanti dah tak jadi cerita, takut jadi mengata. Haih. Lambat lagi ke 2 minggu ni nak habis? TAKNAK duduk ward T.T

*eh, tapi hakikatnya memang aku tak duduk sangat pun kan kat ward tu? ehee. Hospimart bakal kayaraya setiapkali aku duduk kat nurses-territory.

jealous dengan bebudak ED sekarang, round last diorang kat tempat yang teluk ilmu macam tu. End up 3 years of posting life dengan kenangan yang best kat situ. 


takpelah, selagi ada ruang dan kesempatan buat buatlah belajar duduk wad tu . Ada ja ilmu boleh dapat kalau betul aku rajin. 

"eh, awak ada sugus? "





Friday, October 03, 2014

#nowplaying you are the one-raef


I thought of this before over a million times

Who would’ve ever thought that it would be our time?
I just know it, ’cause you’re the one
It ain’t a selfish love, when I’m with you
You remind me of Allah, and so I know it’s true
I’ll just say it: you are the one


. . .

perkakas hati, kalau makin disorok usangnya makin ketara.
sebab ia punya apa yang semut tidak punya.
setiap satunya tidakkan sama apatah lagi serupa.

dan bulan malam ini tidaklah seindah purnama berlagu,
tapi untuk homosapien yang macam aku, 
 bulan malam ni such a perfect beauty.

yang bagi aku ilham untuk menconteng lagi di gelanggang perasaan kosong tak berisi ,sini.

literally.

. . .

Won’t you be my BFF (best friend forever) and ever?
Won’t you be my partner after this world?
We’ll see it, when we believe it together
Dreams are meant to be, ’cause you’re the one for me

. . .

partner, after this world.

krikk-krikk-krikk

. . .

I never thought that I would ever feel this way
I ask Allah to bless you every single day
I’ll just say it, ’cause you’re the one
And when times are tough, and we’ve got the world to see
Standing right beside you is where I want to be
I just know it: you are the one

. . .

setiap baris yang terucap dari yang namanya bibir, itu adalah ketul-ketul doa.

aku pun tak pernah sangka rupanya aku ni banat yang berperasaan. Bila every each head around aku selalu cakap

"awak ni selalu menulis ayat yang simple tapi deep"

pesan ostad zaman patpolohan dulu, masa aku risau bila kena jemput untuk bagi tazkirah dalam kelas.

"apa -apa yang datangnya dari hati, akan jatuh ke hati jua.
kalau datangnya dari nafsu, tempat jatuhnya juga nafsu."

. . .

I prayed about this just over a million times 
Who would ever thought that I could call you mine? 
I just know it, 
'cause you're the one 
And when there's gray in our hair
 and we've not much to do
 I want to spend the rest of my days with you... 
Oh don't you know it? 
You are the one, 
you are the one 
Oh won't you be the one?
. . .

aku ingat ajar emak pada aku.
di satu petang berteman nescefe menghadap bendang yang kering.

"hidup ini bagai lampu dinding,yang dinyalakan di malam hari.Apabila minyak sudah kering,ia kan pasti padam sendiri" (lagu pelita hidup-hijjaz )

emak cakap,letak mati sebagai acara untuk kita balik pada Allah. Ya, sebagai jalan untuk kita jangan lalai dengan dunia.
Kita akan terpadam, taktahu bila, taktahu dimana. Rahsia yang paling agung tu sepatunya kita kena takut. Tapi, aku dah makin susut dari pencahayaan agung tu. Dunia ni, indah sangat pada mata aku. . .


dan malam ni, lagu by raef ni buat aku leka . Terus teringat kenangan kelam malap . Dulu aku selalu rasa aku dah seriously all out bercinta kerana Allah, merindu kerana Allah. Konon. Padahal dalam hati setiap saat tekan punat fon takde pun teringat Allah. Berbohong dengan guna agama sebagai nak tutup yang jahat. Itulah aku, yang serba kosong tapi berangan konon hebat benoww.

 Alhamdulillah, i'm doned with myself. Tolonglah tarik telinga aku kalau aku lupa lagi.


"so, bila kau nak kahwin ?"
"whenever will be, will be. jangan tanya"








Wednesday, October 01, 2014

this feeling -.-

this feeling.

is
.
.
.

. . .

sebab stress dengan staff kat situ, yang sanggup lock toilet ladies pakai mangga berpassword sebab taknak share dengan student. sangat tak berperikemanusiaan. Orang tengah tunggu kat luar, boleh dengan relax senafas cakap "dik, kau takleh guna toilet sini" dan sebetulnya memang itu satu-satunya toilet dekat situ.
tak faham what the minyak cap kapak yang ada dalam kepala diorang.

akibatnya. .
tiga jerawat dengan riaknya terus selamat mendarat di atas forehead -.-
dan, lagi double jerk bila dah 3 hari takde tanda nak hilang.

takpe jerawat, sokay for you to live there. As long as you know that you don't belong there .
keh, tu baru small matter. 

lepastu, toilet kat luar tu sangat tak menenangkan perasaan. 
dan takde cermin .
jadi terpaksa rajinkan kaki melangkah ke toilet jaaauhh depan sana. 
dan pasal ni, pun takpe. 
Sebab lagi seronok dapat keluar dari zone the-somewhat-jerky-people macam tu.
tak semua jerk, cuma yang tertentu yang takde nilai kemanusiaan yang takde perasaan yang pandang enteng orang yang tak berpangkat. Tu ja.

tapi, part yang tak best.
islam atau muslim just don't belong in there.
there are in, but they actually not.

kalimah assalamualaikum, pun tak dibenarkan hanging on the wall. And, things comes worsen bila muslim kat situ tak boleh buat apa-apa just because of the things called " pangkat."

sebab kau bawah, jadi kau tak sama level dengan mereka.
kau boleh sembang kencang, tapi actually kau just blew the wind. Nothing changes.
and i am doing the same.
nak protes, but cannot.
perasaan yang tak tertahan dengan tulisan.

. . .

mungkin aku yang over.
staff kat situ okay, boleh anggap biasa dan relax dengan semua tu, aku ja yang fefeeling membongkak melebih.

tapi, hakikatnya aku taknak merasa biasa
. . .

aku tak boleh nak maki Head of department kat situ semata-mata sebab tak kasik gantung Assalamualaikum tu.
aku tak boleh nak marah kalau diorang pandang rendah kat most of the muslim kat situ.

sebab hakikatnya,
memang aku dibawah.

pangkat aku, buat aku rasa diri aku not belong anywhere.

sedangkan toilet pun aku tak layak guna,
apatah lagi hendak bertentang mata .

i know, pangkat and sort tak menjanjikan sorga, tapi sampai bila aku nak merasa selesa saja? kawan aku pernah cakap, time sekolah dulu,  lepas tasmi' quran kitorang duduk melepak kat depan bilik rehat ,dia cakap 

"you go, and jadi politician. So you can change the world"
"why politician? kenapa tak engineer ke doctor?"
"sebab nowadays everyone nak pleased politician untuk pangkat dan nama, so kalau kau jadi politician kau boleh cantas semua yang membusukkan amanah "
"tak, aku tetap nak jadi lawyer. "

"i'll rules the rule, i'll change the rule. Rock my head, and have islam in everyone hearts. That's it! "

tapi.
angan angan mat jenin. Sekali dah jatuh pokok , barulah terngadah depan klinik orthopedic berbalut orthoban tambah perasa plaster of paris. 

aku cuma seorang gadis cengeng, yang selalu down yang penyegan , how can i lead this worldly world?
bet me.

Fong Po Kuan,bukan muslim pun dia tapi boleh masuk UIA, cool ja dia bertudung ,belajar bahasa arab walaupun actually she's not belong in there. Dia bertahan, follow the rules sampai dia grad, 
dan kemudian, join politics, menang pilihanraya 1999.

batu gajah change a lot, and thanks to YB Fong Po Kuan.

aku bukan nak cakap dia hebat ke apa, cuma aku suka baca sejarah dia. Yeah indeed memang ramai lagi tokoh tokoh islam yang hebat, tapi c'mon lah. She's just agood example. 26 years old -chinese and she's can change every-each-peoples mind at that time untuk support dia .
padahal masa tu fikiran kolot orang melayu kuatnya tak payah sebut. Very the melayu.
eh,aku pun melayu -.-

and,this is the feeling. 
.
.
.
where i can't pin myself to find the words.

. . .
tapi whatever will be, 
i'm not easy to stay by wait and see.

kalau tak dapat  by hook, by crook pun will do
 halal ways!

inshaAllah.

. . .
dan aku sangat lemah nak reka tajuk untuk entry -..-