Saturday, October 11, 2014

arrogant

almost one week -doned. alhamdulillah. can't wait any longer . Tolonglah habis cepat ,tak larat nak mengulat dah -.-

10102014

seorang staff nurse minta tolong seorang student nurse, untuk dilute noradrenaline. Student nurse ni dah semester 5, tapi ni first time dia buat kerja dilute ubat segala bagai. Aku pun ikut lah dia, saja la nak tengok dia. Tangan dia terketar-ketar, menggigil dia masa nak syringe out noradrenaline tu. Aku senyum je sebelah dia sambil sembang pasal telekung sembahyang dia-yang-dia-cakap-warna-hitam-dalam-beg-warna-purple walaupun tak ada langsung kaitan dengan proses nak membancuh ubat tu. Dia cakap nervous sebab tak ada experience sebelum ni. Teringat aku dulu, pun menggigil macam tu masa first time kena dilute si nor-ad tu. 

nak dipanjangkan hikayat tok nujum mandi bunga, datanglah staff nurse tadi. Sambil jenguk jenguk kat trolley .

"lambatnya kau buat dik, akak dah habis bagi dua tiga pat lima patient dah ubat. Buat cepat sikit, lama nak menunggu kau"

si Teha ni dah terketar-ketar, bila kena sergah ubat yang dia syringe out tu pun dah macam leaking sebab terkejut kena sergah . Lepastu bila dah kena sergah macam tu, syringe out nor-ad tu tak sempat habis lagi  tapi tangan dia dah sambar heparine-saline. Aku tengok ja dia pegang heparine -saline tu sebab aku tahu dia saja nak cover depan staff nurse tu. Tiba-tiba. .

" eh adik! pakai dextrose la kalau nak dilute ubat ni! kamu ni kalau tak tahu tu tanyaaa la jangan nak memandai! "

habis kerja menyergah , akak staff nurse yang kening bentuk piramid mesir tak jadi tu pun berlalu pergi. Aku yang tukang jadi penonton ni fuhh , tahan sabar mashaAllah taktau nak cakap. Kalau lepas sergah-jerkah macam tu, dia datang ajar takpe. Ni, lepas marah-marah budak tu boleh dia lari macam tu. 

aku pandang teha, teha cakap " gelabah tadi, sebab tu pegang ja botol kat atas ni"
aku tahu, sebab awal-awal tadi aku dah tanya dia tahu ke tak nak dilute pakai apa. Lancar ja dia jawab 

" tahu, pakai dextrose 5"

teha dah terkulat-kulat dah dengan syringe 50cc dia, aku pun tolonglah sikit-sikit dah settle cepat-cepat si teha ni lari lari pergi kat akak staff nurse tadi.


Benda mudah ja sebenarnya kalau kena cara nak mengajar. Tapi akan jadi susah bila tukang yang nak jadi cikgu tu macam nak kena ajar dulu. Macamlah tak boleh cakap elok-elok. Budak tu kan dah cakap masa awal-awal tu yang dia nak buat tapi ni firstime buat. Jadi, faham-fahamlah kalau lambat pun. 

i know, alasan dia kalau tanya kenapa nak cepat mesti "sebab-kita-bekerja-dengan-nyawa-orang".

yeah, indeed. memang pun kita kerja libatkan nyawa orang, tapi salah cara mengajar tu, sepatutnya bila nak cepat, datanglah tolong ajar sekali, sama-sama buat sama -sama rasa sama-sama bersatu hati. Gitu. Baru lah blossom kasih sayang dalam hati. Am i right or am i right? heh.


apa dulu masa lahir-lahir ja terus boleh berlari lompat pagar ke? 
even dalam hidup pun ada step dia.
meniarap dulu- lepastu merangkak. Dah lepas merangkak baru boleh bertatih perlahan-lahan. Lepastu barulah start terkedek-kedek jalan, lepas dah terer jalan baru nak lari-lari pulak. Adatlah hidup. 

dulu aku firstime belajar dilute ubat ni kat hospital manjung. Dengan abang Siddiq , MA kat emergency department manjung. Dia ajar satu-satu, dari dilute ubat sampai nak letak dalam infusion pump. Proses mengajar kena ada cara, kalau duduk pertahan ego-aku lagi hebat -tu sampai bila pun takkan habis.

erti hidup pada memberi. What you give, you get back. Kalau tak dapat dalam bentuk air milo ais, dapatlah nanti dalam bentuk doa. Kalau pun takde yang hargai, jangan risau, Tuhan sentiasa ada untuk hitung setiap zarah kebaikan yang kita buat. Jadi, takyahla rasa kita ni berdarjat sangat, setakat ilmu yang setitis dari selautan tu takkan bawak ke mana jugak kalau ikhlas tu takde.

aku hairan, kenapa setiap kali aku berdepan dengan staff nurse, mesti ada ja yang nak buat aku letak dia jadi draco malfoy dalam cerita aku. -.-

aku bukan anti dengan staff nurse. Aku cuma tak boleh nak go on dengan certain mereka yang cara mereka tu sangatlah seniority nak suruh kita hormat- julang tinggi mereka . Padahal, mereka mereka ini takde pun nak menghormati orang-orang di bawah. Kerja tu tahu nak jadi cik kiah jual budu je, sikit-sikit nak mengata belakang. Mata pandang atas bawah atas bawah. 

aku tahu, MA pun ada certain yang macam tu. entry ni bukan nak kutuk kerja staff nurse. Ada ja staff nurse yang baik, macam kak ani staff nurse kat KK Parit tu. Entry ni cuma selingan.

 Tu staff nurse dengan student nurse sendiri dah macam tu, tak payahla bagi aku cerita macam mana dia layan student MA pulak kat ward tu. Sebab nanti dah tak jadi cerita, takut jadi mengata. Haih. Lambat lagi ke 2 minggu ni nak habis? TAKNAK duduk ward T.T

*eh, tapi hakikatnya memang aku tak duduk sangat pun kan kat ward tu? ehee. Hospimart bakal kayaraya setiapkali aku duduk kat nurses-territory.

jealous dengan bebudak ED sekarang, round last diorang kat tempat yang teluk ilmu macam tu. End up 3 years of posting life dengan kenangan yang best kat situ. 


takpelah, selagi ada ruang dan kesempatan buat buatlah belajar duduk wad tu . Ada ja ilmu boleh dapat kalau betul aku rajin. 

"eh, awak ada sugus? "





No comments:

Post a Comment