Monday, October 13, 2014

putus fius

12102014 : 2314


aku buka gadis chantek yang membuka mata manusia dengan sekali kerlipan mata, bukan juga gadis sopan yang mampu menggugah hati manusia saat kaki diayunkan ,apatah lagi menjadi gadis pingitan yang tersenyum simpul semanis air madu di pinggir bibir yang mampu mencairkan hati-hati manusia. 

Kayu. Kau kata itu aku, kalau engkau tidak mahu menerima aku ini manusia terpulanglah. Mungkin mata engkau terlalu silau untuk melihat aku sebagai seorang wanita, ah tidak perlu sebagai wanita kerana aku tahu mungkin aku juga tidak dianggap manusia. Tapi yang pasti aku seronok menjadi diri aku. Kalaupun aku kayu , semua tu tak jadi aral untuk aku tunduk sujud pada Tuhan. Aku yakin itu.


dia , seorang lelaki yang ada otak , tapi sayang otak tu dah macam bersawang bertahun tak guna. ( Maaf, ayat gagal dicerna kesopanannya) dia bagi aku adalah seorang yang tak gentleman dan gagal dalam subjek sivik dan kewarganegaraan time sekolah dulu. Kesian, aku yang selalu mengantuk dalam kelas pun boleh skor A subjek tu pejam mata ja. Heh. 

Engkau yang macam black pepper sandwich , apa yang engkau mahu? Padahal aku ini cuma penghuni sudut sepi yang tidak menganggu sesiapa, lalu mengapa mahu perdebatkan kewujudan aku. Aku tidak menganggu engkau dengan kata-kata mahupun tingkah, apatah dengan hujung mata. Memandang sahaja sudah membuat aku AGE patbelas hari apatah lagi mampir mendekat dengan engkau. 

dia kata kita kayu, kita sengih . Dia kata kita berlagak alim, eh takpe sebab kita boleh sengih lagi. Tapi bila dia cakap pergi mampus la engkau, eh eh tercabar kite. Kita tak kacau dia kenapa dia nak suruh kita pergi mampus? dia buat lawak ke tu? Tapi sayang, lawak dia failed. 

kenapa aku yang selalu kena? takde ke another orang yang boleh replace tempat aku? aku nak jadi gadis biasa biasa yang taknak ada attention dari siapa-siapa yang mahu duduk berseorang melayan bait kata dan alam semesta. Mungkin sebab aku yang terlalu hodoh dan selekeh di sudut sepi, menganggu hari-hari dia. Ah tidak mengapalah. Begini aku yang ini , begitu aku yang itu pun sudah cukup alhamdulillah , couldn't ask for more. 

Beauty lies in the eyes of beholders. i am a girl, and always being possessed by beauty. I can drag myself out for a big time just to choose the color for my notebook, or cloth and else. Because it is kinda a somewhat we called fitrah. Maka, jangan persoalkan kenapa mengapa dimana bagaimana .

how can aku nak pergi mampus, kalau lepastu kau sibuk nak mintak maaf? itulah engkau,aku dah cakap jangan kacau aku engkau degil. Aku dah cakap awal-awal, hati aku bukan warung kopi. 

dan kepada engkau, impudent-not-so-gentleman,
" i am hereby to say that do not bother me or else you'll find yourself in a great trouble. " wah! bestnya kalau aku boleh cakap macam ni, sambil tangan petik colt delta elite yang warna silver, acu kat kepala dia. Tapi sayang, setakat pistol air yang sekali tembak keluar buih tu aku mampu la pegang. Haila, kenapalah aku so not confident nak melawan ? kenapalah aku sangat tak assertive? kenapa? kenapa? -.-

wahai syahira yang dulunya pengawas sekolah, kenapa sangat lemah sekarang?

kalaulah aku bukan akak naqibah usrah, yang takde orang perlu aku jaga thiqah, mahu aku menyelusup baling bom , putuskan fius otak dia -.-



No comments:

Post a Comment