Friday, October 24, 2014

satu muharram, di ward6A

assalamualaikum 

"alhamdulillah wathummalhamdulillah . Pertama dan selama-lamanya, marilah kita merafa'kan kesyukuran ke hadrat Allah kerana masih diberi nikmat hidup dalam iman dan islam. "

almost empat tahun yang lepas, ini lah muqaddimah ayat yang selalu aku guna dalam bulatan gembira kesayangan aku. Dan, syukur pada Tuhan, kerana nikmat hidup dalam iman dan islam itu masih menjadi nadi dan nafas aku saban usia walaupun terkadang iman yang sifatnya naik turun , turun naik sering meresahkan aku.

hari ini, tahun hijrah berganjak lagi. Beerti, telah lama kegemilangan Islam yang dahulunya gah di seantero dunia dipadam sepi. Anak-anak alaf kini, telah hampir lupa tentang kehebatan sejarah empayar islam suatu waktu dahulu. 

Aku perhatikan, kanak-kanak dekat ward 6A, setiap kali menangis mesti akan disogokkan dengan tab, phone yang serba canggih, ataupun play station. Dan, terbuktilah kini dengan nyatanya bahawasanya aku kini memang hidup di zaman millenium. 

dan alkisah petang tadi, hari terakhir di ward 6A ,pediatric HRPB Ipoh. 

posting nya berlima. Sorang dah naik ke shift pagi, sebab nak balik kampung. Dua orang lagi pukul 5 dah selamat meninggalkan wad pulang ke kolej, tinggallah aku dan si anis berdua terkaku kat situ , main dengan budak -budak.

maghrib itu, kami berdua meredah hujan lebat dan kilat yang sabung menyabung , dengan memanfaatkan plastic hitam yang dihulurkan oleh serang pakcik guard yang tak sanggup tengok kami basah kuyup demi ke masjid sebelah hospital. 

memang dah target nak dengar ceramah maal hijrah, jadi nya walaupun hujan diredah jua. 

dan tadi, aku tak dapat banyak sangat, sebab datang pun dah 7.30 . tapi, aku sempat dengar ustaz ada menekankan tentang tanggungjawab kita sebagai ejen hijrah. 

ejen hijrah yang macam mana?

iaitu, seorang ejen yang menjadi pencetus perubahan kepada diri. Dari yang buruk kepada yang lebih baik, merangkumi segenap aspek kehidupan. Tak kiralah walau dalam hal yang kecil mahupun sebesar zarah.

kalau harini, solat masih di akhir waktu, puasa sunat masih entah ke mana, amal fardhi lintang pukang, berusaha keraslah untuk berhijrah menjadi hamba kepada Tuhan, yang meletakkan Allah sebagai tiang asas kehidupan.

memang payah at first, tapi usaha lah. Amal yang sikit tapi istiqamah lebih berganda baiknya daripada amal yang buat sekali harung lepastu takde buat dah. 

dan, ustaz cerita erti tanggungjawab seorang lelaki sebagai ejen hijrah kepada isterinya dan anak-anaknya. Kalau isteri tak tutup aurat, wajib seorang suami berusaha untuk menjadikan isteri dia sebagai seorang wanita yang sempurna dalam menjaga auratnya. Kalau anak tak solat, seorang suami wajib mendidik anak-anaknya untuk menunaikan solat, walau terpaksa merotan.

kerana, tanggungjawab sebagai ejen hijrah tu tak mudah, tapi sangat untung dunia akhirat.

pesan juga buat diri, 1 Muharram 1436H ini, apa yang kita nak aim kan untuk kemaslahatan akhirat kita nanti. Kalau objektif kita adalah Syurga Allah, maka buatlah sebagaimana cara seorang hamba yang mahukan Syurga Allah. 

Listkan , apa yang kita mahu ubah. Amal kita ada tiga kategori. Jadi , listkan apa perubahan yang kita mahu.

amal fardhi 
amal jamaie 
amal ijtimaie 

kalau sebelum ni kita buat tak endah bila orang ajak iftar sama-sama kat mesjid, sekarang kita lah orang pertama yang mengajak orang lain iftar jamaie. Siap sponsor ayam pusing sorang sekor atas meja.

kalau sebelum ini kita tak ambil pusing soal menegakkan agama, sekarang kita lah orang pertama yang mengajak orang lain berbuat yang ma'ruf dan meninggalkan yang mungkar. 

Sebelum ni kalau pernah kita fikir, " aku ni kerja dressar ja, mana layak nak ajak orang tutup aurat. " , sekarang ketepikan semua rasa inferior tu. Kerja mengajak orang kenal Allah tu kerja semua orang. Tak kisah kau pakcik guard, ataupun kau tukang kayu, mahupun kau seorang cleaner, kerja amar ma'aruf nahi mungkar tu tak terbatas pada pak ostad ostajahh sahaja, tapi terbuka untuk semua . 

Hijrah. 
sebab hijrah ertinya pengorbanan.
sebab hijrah ertinya perjuangan.
sebab hijrah ertinya perpaduan.
dan hijrah, dia lah yang membentuk keimanan.

maka, berhijrahlah atas nama Tuhan, Maha Besar Allah. 

sebagaimana muhajirin dan ansar, yang sanggup bergadai harta dan nyawa demi melengkapkan hijrah mereka kepada Tuhan, kerana mereka tahu, bahawa nasib mereka tidak akan berubah selagimana mereka sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya. 

Allah rakamkan dalam surah Ar rad, ayat 11.
 " dan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubahnya"

nah! kepada kita yang tak pernah berusaha mengubah nasib sendiri,  mohon palpitation, mohon syncope. -_-

dan, habis ceramah sempat kami solat isyak di situ berimamkan imam yang entah dari mana, subhanallah sedap betul suara dia. Tepat 8.50 malam kami kembali tercongok di ward 6A. ehee, konon penat habis .

dan, itulah hari terakhir posting kami di ward 6A, minggu depan inshaAllah 6C bakal kami jejaki. 

notakaki: setahun berlalu. Alhamdulillah. untuk mencetuskan sesuatu perubahan dalam diri memang perit, namun berkat doa emak dan abah, doa sahabat-sahabat yang tak pernah putus,Allah jadikan jua hati ini nekad. 

juga orang pertama yang memberi sokongan, Siti Hajar Brahim. yang menjadi saksi keluh kesah perasaan ini.Walaupun kini, kita tidak lagi seakrab dahulu, tapi kasih dan sayang yang pernah Allah takdirkan termeterai antara kita , moga akan menjadi saksi andai ditanya di Mahsyar bahwa persahabatan kita adalah kerana Allah.  

Jua Sharmine, kakyong, Anishah dan Harwani, yang memberi kata semangat untuk tidak takut dengan pandangan manusia. Jazakumullahu khairun jaza'. 

Hari ini, aku sudah berani ke hadapan dengan aku yang ini, tidak lagi menyorok di balik tiang . 


wahai hamba Tuhan yang Maha Esa,
semoga hari ini dan selamanya, 
engkau kekal di jalan ini,
bahkan lebih baik.

syurga itu mahal harganya,
maka istiqamah lah.

semoga jua, engkau tidak mengalah.

Meredah ujian itu sakitnya usahlah dicerita, tapi bila engkau niatkan segalanya demi Allah , maka  setiap jerih dan payah pasti akan dihitung sebagai ibadah. Moga-moga.

fii hifzillah. 













No comments:

Post a Comment